Terbongkar, suami curang dengan b*tina lain

Admin
0

Salam..

saya sudah berkahwin selama hampir 2 tahun, masih belum dikurniakan cahaya mata dan masih menetap di rumah family saya. kami berkahwin atas dasar suka sama suka, bukan paksaan dari sapa2. saya dah dapat rasakan perubahan sikap suami saya lebih setahun lalu. tapi saya tetap bersabar dan amat berharap suami akan berubah. baru-baru ni terbongkar perangai suami saya bahawa dia memang ade perempuan lain. saya amat kecewa bila dapat tahu pasal ni. suami saya katakan pada saya bahawa dia memang dah tak de hati kat saya, nak sentuh saya pn dah tak de feel. mmg x nafikan yg tubuh saya agak gempal.

satu hari saya nekad utk telefon perempuan tu utk dapatkan kepastian dan menasihatkannya supaya tidak lagi layan suami saya. suami saya ade berkata kpd perempuan tu bahawa kami dalam proses utk bercerai. menurut perempuan itu juga suami saya yg selalu cari dia dan perempuan itu tak pernah nak dekat suami saya. saya terfikir, kalau tak nak kenapa perlu bagi harapan kpd suami saya? macam-macam lagi yang suami saya bohong perempuan tu tentang kami. seperti: kami dh tak tinggal sebumbung, ttp hakikatnya kami masih sebumbung.

suami saya juga berbohong kepada saya. dia katakan ke Penang utk join kwn2 fotographer, tp terbongkar juga yg dia keluar dgn perempuan tu. dah banyak kali suami saya berbohong dengan saya. tiap kali suami saya berbohong utk kemana2, hati saya kerap berkata2 dan resah. mungkin inilah naluri seorang isteri bila suami melakukan perkara yang tak elok. suami saya juga kata saya tak perlu tanya banyak-banyak dan jangan sibuk pasal dia. salahkah saya sebagai isteri mengambil tahu hal suami?

suami saya ade mencadangkan supaya kami berpisah. tapi saya tak nak dan akan tetap berusaha selamatkan rumahtangga kami yang semakin pudar. suami saya jarang bersembahyang dan tak tahu mengaji. sudah banyak kali saya mengajak suami utk bersembahyang tapi dia selalu buat tak tahu je.

jadual kerja yang padat juga antara sebab hubungan kami renggang. saya keluar awal pagi, suami masih tidur. suami pulang dari bekerja pn dah lewat malam. banyak mana sangat masa utk kami berbual2 setiap hari? saya amat2 berharap suami saya dapat berubah dan menjadi seorang insan yang lebih bertanggungjawab kepada dirinya sendiri, saya dan keluarganya menandangkan dia adalah anak sulung.

saya harap rakan2 KRT dapat memberikan cadangan2 yang bernas utk saya dalam menghadap masalah ni.

terima kasih

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)