Suami enggan sentuh diriku. Tidak beri nafkah batin. Alasannya penat.

Admin
1

salam..saya kat sini nak mintak pendapat kaum2 lelaki n hawa,sy baru mendirikan rumah tangga lebih kurang setahun yg lalu.dikurniakan seorg cahaya mata, masalah saya sekarang apabila sy melahirkan anak, hubungan dengan suami sangat hambar..suami berumur 35 merupakan duda dan berbangsa cina manakala saya 23 tahun..disebabkan terlalu kuat bekerja, suami selalu penat dan apabila sy nk bersama keinginan die hilang..tolong la saya..ade ke cr nak mengatasinya..

tiap kali sy nak bersama mesti die ckp penat.suudah hampir 5 bulan lepas pantang sy tidak disentuh...hati sy sakit dan sedih..knp sy diperlakukan bgini,tp suami sy seorg suami yg baik, x pernah mngabaikan saya dr sgi makan, kasih syg dan tmpt tinggal, cuma apabila sy mintk bersama die akan menolak. apabila sy tnye adakah die x de keinginan bersama sy lagi?, die cuma jawab abg penat...

sedihnya ati sy ni...bukan sy tidak pndai bersolek, sedangkan sy mmnpunyai rupa dan paras yg cantik dan sempurna (bukan niat untuk riak, cuma untuk menerangkan situasi yg sebenar)..rmai lelaki di tempat keje cuba memikat hati sy walaupun tau sy sudah berumahtangga...tp die x bersyukur ape yg ade dpn mata...atau die mmg x perlukan sy lg...tolongla sy...akum

Post a Comment

1Comments
  1. saya simpati juga dengan masalah puan ini. Tapi tak dapat dikatakan bahawa suami puan bersalah dalam hal ini. Mungkin dia penat bekerja dan banyak berfikir bagaimana hendak menyara keluarga. Banyak yang difikirkan oleh suami lebih lebih masalah kewangan.

    Cuma saya boleh beri idea mungkin puan boleh amalkan sebagai panduan. Okay puan cuba bertanyakan suami bilakah dia ada masa untuk bercuti bersama keluarga.Bila dia kata okay dan ada masa dan set tarikh dan puan tahu tempat dan masa percutian, puan gunakan kesempatan ini untuk berhibur dengan keluarga.

    Saya tak nafikan bukan soal kecantikan diumpamakan oleh si suami. Mungkin suami hendakkan lain dari puan. Mungkin puan boleh tunjukkan minat pada kerja suami puan. Tanya kerjayanya di tempat kerja. Appriciate suami dan kagum dengan kebolehannya.

    Satu lagi puan kena tunjukkan manja dengan suami. Manja tak semesti di tempat tidur. Puan boleh bermanja dengan kata kata dan usik mengusik dan puan boleh kacau kacau semasa dia tengah tengok tv atau baca akhbar.Puan kena buat sentuhan ciuman manja di pipi atau di lehernya. Biar dia geli dan akhirnya ketawa. Bila ini dah menampakkan respond yang baik puan senang nak berbincang dengannya....Kadang kadang suami hendakkan isteri yang tunjuk erotic walhal isteri yang hendak begitu. Tapi tak apa isteri kena buat sesuatu yang boleh menaikkan syahwatnya. Terpulanglah kepada puan untuk berseronok dengan suami puan. Atau lebih senang puan tanya apakah kemahuannya dan turutilah kemahuannya nescaya dia sayang pada puan. Cubalah insya Allah puan akan berjaya....

    ReplyDelete
Post a Comment