Suami hulur RM400, tapi mintak balik

Admin
0

Assalamualaikum….

Aku seorang isteri yg baru kawin 2 thun lebih. Sekarang tengah mengandungkan anak kedua, tengah tunggu masa untuk melahirkan. Awal kawin xde gaduh2, tp bila mengandung kali kedua rasanye tiap2 hari kena tengking kat suami. Salah aku ke kerana mangandung? Sepanjang perkahwinan kami aku tak pernah kisah tentang nafkah zahir dan batin. Tiap2 bulan aku yang banyak support hal kewangan rumahtangga. Sampaikan kad kredit aku pn dia yang guna sampai sekarang. aku yang tukang bayar tiap2 bulan. Lampin, susu, upah orang jaga anak dan belanja dapur semuanya aku yang tanggung. Kadang2 ada jugak dia hulurkan dalam rm400 sebulan. Tapi bila blm sampai tengah bulan dia dah start mintak balik. Dekat2 hujung bulan tu dengan duit aku sekali terpaksa bagi dia.

Dengan family dia semuanya dia yang lebih. Kalau boleh nk bagitau family dia yang dialah orang yang paling kaya. Padahal hakikat yang sebenarnye aku yang menanggung pedih. Ibu mertua aku sering memuji anaknya, tapi aku tahu suami aku macama. Kadang2 meluat mendengarnye. Dua kali bersalin xpernah pn dia sediakan duit untuk bayar bil hospital. aku ni awl2 lagi dah mintak pinjam dengan adik aku untuk bayar bil, takut bla time nk kuar hospital xde duit nk bayar. Bila aku pinjam dah tentunye aku yang kena fikirkan macamana nak bayar balik. Ingat lagi masa bersalin kali pertama dulu, aku serahkan kad atm yang dapat gaji kat dia, supaya dia tolong bayarkan kereta n kad kredit sebab aku balik pantang kat kampung. Kat sana mana ada intenet, klu kt kl ni bleh online je. Last2 dia kirim rm250 je untuk kami 2 beranak. Tu pn duit gaji aku, nafkah yg dia patut bagi xde langsung.

Mmgla kami xkebulur lagi, sebab mak ayah aku ada bleh bg makan. Tapi dlm pantang tu nk kena berurut, bertungku n baby tu nk kena pakai pampers. Xkn nak pakai lampin kain kt, mana larat nk suruh mak aku basuhkan. Lainla dia yang jaga. Sedih sangat rasa.

Lagi satu bila aku bagitau yang adik beradik aku nak datang rumah, banyak sangat tanya kenapa, kenapa n kenapa. aku pun jadi tension bila diaorang cakap nak datang. Tapi kalau adik beradik dia nak datang fuhh mgu dpn nk datang tiap2 hari telefon tanya. Pelik kn………

Tiap kali pergi beli barang mesti nak beli yang paling mahal coz dia pk itulah yang paling elok. Kalau dia yang tukang bayar xpela jugak ni aku je yang kena. Nak merungut xboleh sebab laju je mulut dia kata aku kedekut. Agaknye kalau betul2 aku kedekut dah banyak mana agaknye simpanan aku. Dulu sebelum kawin boleh simpan duit, tapi lepas kawin satu sen pn xboleh simpan. Xcukup lagi ada. Habis duit simpanan keluarkan coz tolong bayar hutang kad kredit yang xpernah dia bayar. Semuanye xde kena mengena dengan aku. Semuanye dia apply sebelum kawin, katanye untuk beli barang2 hantaran. Tapi masa beli barang hantaran tu semua kad tu dah decline.

Kadang2 aku kecewa sangat kerana setiap kita pastikan inginkan kesempurnaan walaupun hakikatnye xde manusia yang sempurna di dunia ni. Tapi biarlah setiap pengorbanan kita dibalas dengan layanan yang baik pn cukuplah….

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)