Akum.. Harap KRT sembunyi kan identiti saya.. ni cuma luahan saya.. Kami telah berkhawin selama 3 tahun dan mempunyai seorang anak yang comel. Saya seorang yang sederhana sahaja, suami pula boleh dikategorikan handsome.
Kami hanya bercinta selama3 bulan dan dia melamar saya, saya belum bersedia namun dia memaksa dan dia menuduh saya masih mencari yang lain. Saya pun bersetuju dan kami berkhawin. Walaupun saya tak cantik, biasa2 je, namun saya seorang yang baik, peramah dan berkerjaya. Mungkin tu yang membuatkan dia terpikat dengan saya. Di awal perkhawinan kami mengalami perbagai rintangan, kami tinggal di dua negeri yang berbeza, 6bulan kemudian baru kami tinggal bersama di KL.
Awalnya kami sangat bahagia, tetapi semuanya bermula apabila saya melahirkan anak yang pertama dan saya telah balik ke kampung untuk berpantang. Suami juga menjalani kursus perkhidmatan selama 9 bulan. Selepas 3 bulah saya telah kembali ke KL bersama anak. Saya terpaksa tinggal sendiri bersama anak. Anak saya hantar kepada pengasuh semasa kerja. Suami akan balik selang 2 minggu dan kadang2 sebulan sekali. Setiap kali suami balik saya akan tengok rekod handphone, dia sangat rapat dengan seorang perempuan bernama YATI. Suami akan tidur di ruang tamu dan akan berbalas sms sehingga jam 3 pagi tanpa masuk ke bilik.
Saya fikir positif, mgkn itu hanya rakan sekursus. Namun setelah habis kursus, mereka masih berhubung, dan Yati telah datang ke KL untuk berjumpa dengan suami. Saya sangat kecewa. saya berbincang dengan suami tapi dia hanya gelakkan saya, dan cakap saya ni cemburu buta. Saya pun diam.. Namun Bulan berganti bulan, mereka masih berhubung. Saya pernah menggunakan hp suami dan menghantar sms dgn yati dengan menyamar sebagai suami.. Sakitnya hati bila Yati membalas. "Yati rindukan abang".. " I love u ".. Aduiii.. Saya tujukkan dgn suami, suami terdiam, malam tersebut saya telah keluar memendu kereta.. Tak lama suami telepon memujuk dan menyuruh balik. Saya akur dan balik rumah. A'lilah selepas itu suami tidak berhubung lagi dengan yati.
Tetapi itu beberapa bulan kemudian suami rapat lagi dengan seorang rakan sekerjanya. Saya dan perempuan itu saling mengenali. Awalnya saya anggap mereka hanya kawan. Namun semakin hari pelbagai perkara berlaku, Suami pinjam keta p'puan tu, wlupun kami ada 2 keta, saya terjumpa selipar p'puan dalam keta suami, p'puan itu col suami jam 2 pagi ajak keluar makan, klu ada apa2 mslh dia akan col suami untuk meminta tolong, keta rosak mesti col suami, lunch bersama, chating dlm FB hingga jam 3 am.. Namun setiap kali saya tanya dengan suami, mesti suami akan marah saya, suami cakap saya ni control suami dan kuat cemburu.. tapi saya tak pernah halang pun dia keluar n jumpa sesiapa.. Kecewanya hati..
Hal kewangan, suami hanya membantu apabila dia mendapat bonus atau membuat pinjaman bank.. Gaji bulanannya hanya dia yang berhak. setiap kali suami ajak shopping beli itu-ini, tapi d kaunter dia kan biarkan saya seorang membayar. Sewa Rumah, Bil elektrik, insuran kereta, belanja harian, belanja anak, gaji pengasuh, minyak kereta dan banyak lagi semuanya saya tanggung sendiri. Dia juga gunakan kad kredit saya,beli HP, MOTORCYCLE, PS2,Minyak ketanya .. tetapi dia tidak pernah membayar..
Tetapi hujung bulan bila duit saya tidak cukup, dia akan memarahi saya tidak pandai kawal duit, dan dia akan bertanya, ke mana semua duit gaji saya.. Sedih hati .. Saya faham gajinya tidak sebesar saya, itu sebab saya tak pernah meminta dari dia.
Apapun, semua masalah ni saya tak pernah cerita kan kepada sesiapa, keluarga juga tidak tahu. Saya sangat sayangkan suami dan anak. Saya tak nak aibkan suami, KRT ni memberi ruang kepada saya mengurangkan tekanan, saya berani menulis coz xde sesiapa disini mengenali saya n suami. Semoga saya di limpahi kebahagiaan dan KESABARAN.