Suami mengaku 'main' dgn isteri orang dan dapat bayaran

Admin
0

AKU BUNTU.. sikap suami benar-benar menekan perasaanku. Segala kemahuannya aku cuba untuk penuhi & laksanakan sebaik mungkin. Namun setiap peringatan dan pesananku padanya ternyata sia-sia. Perlukah lagi aku bersabar dengan kerenahnya dan menerima segala ketentuanNYA. Dia adalah jodoh aku yang telah dipilih olehNYA. Tetapi, hati aku sakit!!. Kurang ajarkah aku? Aku ingin menjadi seperti isteri-isteri orang lain, yg sentiasa kelihatan gembira dan bahagia disisi suami masing-masing.

Kenapalah aku diperlakukan begini? Apakah salahku padanya? Sehingga ke tahap ini aku diperlakukan. Pantang berlaku kesilapan, ada saja yang nak disergahnya. Sedangkan aku boleh disergah sewenang-wenangnya di hadapan orang, inikan pulak anak2ku.Aku malu kerana diperlakukan begitu, begitu juga anak-anak, tetapi bolehkah aku menyatakan rasa sedih & tak puas hati kepada suamiku & anak-anak kepada ayah mereka? Jawapannya TIDAK!!!!

Apakah hak aku sebagai isteri? Tiada satu pun pendapat & pandangan serta nasihatku di amalkan dengan berterusan. Kalau ikutpun, 2-3 haripun dah paling lama dah tu. Tetapi, hak dia sebagai suami selalu dipertahankan & ditegakkan. Aku tidak berhak untuk ambil tahu hak peribadi dia. Jadi, apakah hak 'wanita' yang bergelar isteri ini selama 13 tahun hidup bersama dia. Susah senang dialah nyawaku. Tapi pada dia, aku ni tak lebih dari pemuas nafsu serakahnya sahaja. Ketika aku diperlukan, aku diheret ke alam yang amat indah baginya dan apabila tidak diperlukan, akulah segala yang buruk padanya.

Salahkah aku sebagai isteri untuk ambil tahu dari mana sumber pendapatannya apabila kehidupannya yang sederhana selama ini tiba-tiba menjadi mewah. Pelik bukan? Tapi apa yang aku dapat hanyalah tengkingan dan kenyataan yang aku tak berhak untuk ambik tahu hal peribadi dia. Siapakah aku ini disisi dia? Bukankah aku isterinya, yang sanggup berkongsi susah & senang bersamanya, atau hanya aku yang beranggapan demikian. Bukankah kehidupan berumahtangga adalah sebuah perkongsian, kejujuran & berkasih sayang adalah keutamaan untuk kebahgiaan & masa depan keluarga? Kenapalah aku dilayan sebegini.

Sebagai suami & ayah, tanggungjawab dia amat berat. Cukupkah nafkah hidup yang telah diberikan kepada kami, tanggungannya? berapa helai seluar dalam/baju dalam, pakaian kami yang dibelikan untuk kami setiap bulan. jawapannya ZERO.... RM400.00 sebulan!! cukup ke? Rumah, Kereta, Belanja Harian (kadangkala barang-barang dapur/lauk/duit belanja hari-hari, duit belanja anak-anak dll). Itu semua tanggungjawab SUAMI kan? Atau saya silap?

Kebebasan seorang lelaki tidak saya ragui, tetapi biarlah ada had dan batasnya. keluar dari jam 10 mlm sampai 2-3 pagi, bersukan katanya. Saya tidak menafikan keinginan untuk sekali sekala menenangkan diri dan menghilangkan stress dan saya tidak pernah menyekat kebetetapi keadaan mcm ni dah lama berlaku & dia semakin lupa bahawa dia ada tanggungjawab yang ditinggalkan di rumah..

Pernah sekali kecurangannya saya hidu dan dia telah mengaku melakukan perbuatan terkutuk dengan isteri orang, demi bayaran lumayan (mcm gigolo la). Saya jijik bila dapat tahu tentang itu. Tetapi, setelah dipujuk & percaya pada janji dia untuk berubah dan memberi lebih perhatian pada saya dan anak-anak, hati isteri ini masih boleh menerima dia kembali demi masa depan saya sendiri dan anak-anak. Saya terlalu sayangkan dia. Kerana pada hari kami disatukan, saya telah memasang tekad yang takkan saya padam sampai bila-bila yang hanya dialah pasangan saya sampai mati (dengan izinNYA).. Insyaallah..

Tapi kadang-kadang saya terfikir juga, kenapalah saya sayang sangat kat dia tu? Padahal dia dah lukakan hati saya dengan amat teruk sekali. Pada sayalah, kalaulah perkara tu terjadi pada saya, saya berani potong jari yang dia takkan terima saya kembali. Tapi, saya takkan sanggup melihat dia terus melakukan maksiat & tidak sempat bertaubat..Nauzubillah...

Solat???? Kadang-kala saya terfikir dibenak ni, knp ada ketikanya di sembahyang mengalahkan ustaz/imam. Tapi kadangkala, dia biarkan saja waktu solat tu berlalu mcm tu jer.. Tidak merasa berdosakah? Setahun 'disana' sama dengan 80 thn 'didunia'. Allahhuakbar.. Sanggup ke? Bila acapkali di tegur tau plak marah. Bila anak2 lewat2kan solat/tidak solat, pandai plak rotan anak2. Tapi mcm mana cara yang perlu saya ambil untuk menyedarkan dia tentang itu?

Tolonglah.. berikan pendapat & pandang korang tentang masalah saya ni. Semoga apa yang kita kongsikan ini akan dapat diselesaikan segera.

Terim kasih.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)