1st time suami aku tampar aku dan hempuk kepala aku dgn bantal

Admin
0

Salam,

Tahun ni dah 10 tahun kami kawin. Dah ada 4 orang anak pun. Paling besar 9 thn paling kecik 1 thn. Bercinta bagai nak rak dulu. Sempat la 5thn dok menyulam cinta. Memula kawin, bahagia juga la. Dia panggil aku sayang...seronok juga...

Ok. Straight to the point....1st time dalam hidup aku, orang bagi aku penampar. Baru semalam berlaku. Suami aku sendiri yang lempang aku bertubi-tubi. Dah nak pitam baru dia berenti. Aku dah tumbang tapi dia tambah lagi hempuk kepala aku dengan bantal peluk. Ya....bantal ajer tapi bayangkan tenaga lelaki camaner. Walau camaner pun, semasa dia lempang aku sekali, aku sempat juga bagi dia 2 3 tumbukan padu kat badan tapi tau sajer laaa...badan dia lagi besa daripada aku. Dia tahan cam gitu ajer. pastu...hmmmmm abis muka aku dia tala. Aku tak mampu menangis lagi....hatiku ini dah membatu. Aku pun tatau camaner nak terang perasaanku sekarang. Dah abis air mata tapi hatiku berbuku kat dalam.

Masalah apa? Masalah yang kecik tapi dah lama sangat dipendam, meletup2 la.

Sampai hati dia lempang aku?

Aku nak p ngadu pejabat kadi tapi tak tau di mana.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)