Suami pinjam duit isteri, tak pulangkan balik

Admin
0

saya telah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. saya juga sedang hamil 6 bulan. saya seorang suri rumah sepenuh masa. saya seorang warga singapura dan suami saya seorang warga malaysia. di singapura, setiap anak yang dilahirkan akan mendapat duit untuk perbelanjaan anak. saya telah mengumpulkan duit tersebut untuk kegunaan anak2 kelak. tetapi, 6 bulan yang lepas, saya telah meminjamkan duit2 tersebut untuk menolong suami saya memulakan perniagaan. suami saya mengatakan bahawa dia boleh mendapatkan wang itu semua jika dia mahu berhenti. 6 bulan sudah berlalu dan perniagaan tidak membawa hasil.

suami saya berhenti berniaga dan "business partner" dia telah mengembalikan wang itu semua kepada suami saya. sampai hari ini suami saya tidak kembalikan duit itu kepada saya. saya cuba mendapatkan wang itu untuk saya simpan dalam account anak2 tetapi dia berdiam kan sahaja. sekarang saya dan suami mempunyai banyak masalah rumahtangga dan kesulitan. kami kerap bertengkar disebabkan hal2 lain. sudah berberapa kali dia "mahu menceraikan" saya di dalam sms, tetapi tidak pernah lafazkan perkataan tersebut di depan saya. saya sangat risau kalau dia menceraikan saya dan saya tidak mempunyai wang simpanan kerana telah meminjamkan suami saya. bagaimana harus saya berbelanja untuk keperluan saya dan anak2 jika dia lepaskan saya. boleh kah saya mendapatkan wang itu semula?

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)