Suami suka maki hamun. Selalu ugut nak cerai kalau aku buat salah.

Admin
2

saya sangat-sangat mencintai suami.........setiap saat dan waktu saya sentiasa setia dan taat padanya....saya pertahankan rumahtangga hingga ke hari ini demi cinta dan sayang yang tak berbelah bagi padanya....namun ya allah....

Tolonglah beri nasihat dan semangat pada saya apa perlu saya lakukan dengan keadaan suami sering dan sentiasa menggugut cerai sekiranya saya buat salah kecil atau besar....malah kesalahan yang dia buat tak boleh dinasihatkan dan tak boleh ditegur...ia akan berbalik pada saya dengan dicerca,dimaki,dihamun,diherdik,kadang dipukul malah di caci dengan perkataan yang teruk seperti kau cipap,kauisteri durjana,kau bangsa yang teruk,kau hanya nakkan hubungan seks,kau jahat,cipap kau busuk dan memacam lagi hinaan yang menyebabkan air mata ini sentiasa mengalir siang dan malam...suami sering menipu apa yang dia lakukan di luar walau dalam masa yang sama saya dah mesej atau bertanya dengan baik-baik......malah bila saya cuba marah dalam sesuatu hal,dia akan mogok tak balik rumah dengan pergi entah ke mana...setiap kali marah juga dia akan melepaskan marah pada anak sehingga menendang anak yang berumur 3 tahun....tiap kali bergaduh jugak keluarga saya akan dihina dan dicerca dengan perkataan-perkataan yang teruk...sedangkan keluarga saya sangat-sangat menghormatinya sehingga tiap kali balik kampung,mak ayah saya sibuk menyediakan makan minum yang terbaik buatnya...

Saya dengan suami berlainan bangsa dan asal...dia orang kelantan dan saya orang sarawak....pada mula-mula perkahwinan kami sangat bahagia namun selepas 3 tahun, pihak keluarganya di kelantan banyak menghasut dan mempertikaikan hubungan saya dengan suami...malah keluarga mereka tidak pernah menerima saya dengan ikhlas...sekarang ni pulak suami selalu menghina dengan berkata saya tak terima kamu dengan ikhlas hanya kerana kesian...allah je yang tahu sedihnya.....saya sebenarnya tidak mahu bercerai sebab itu sampai sekarang masih bertahan dengan kelakuannya...lagipun saya memikirkan masa depan anak yang semakin membesar......sebenarnya dia kurang sayangkan saya,semua benda saya yang uruskan sendiri,makan minum dan pakaian anak serta dia saya yang urus dan sediakan semua.....segala urusan pembayaran bil serta yang lain-lain jugak saya yang banyak buat,dia hanya berkerja,balik rumah makan dan tidur.....malah setiap malam asyik online tanpa meluangkan masa bersama anak dan isteri...bila hari cuti pulak dia suka beralasan tak boleh jalan-jalan kerana dia tak suka,namun dia suka berjalan-jalan dengan kekawannya dan lepak semacam...saya hanya bersabar memikirkan tak nak diceraikan....saya sangat-sangat ikhlas menerimanya sebagi suami namun dia buat saya macam sampah...setiap hari saya menangis memikirkan nasip yang tak disayang oleh suami sendiri...maruah saya jugak selalu dihina-hina depan keluarganya tiap kali balik kampung...apa perlu saya lakukan...tolonglah saya wahai insan-insan yang bijaksana dan beriman...sesungguhnya saya amat terseksa dengan keadaan ini....

Post a Comment

2Comments
Post a Comment