Suami tiada nafsu. Dah 6 bulan tak sentuh aku. Aku mahu nafkah batin.

Admin
7
Askum....saya merupakan seorg isteri yg berkerjaya.Saya sudah berumahtangga 1 tahun 10bulan..dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel yang berusia 7bulan. Masalah saya, sejak saya bernikah hingga la skg, suami saya tidak suka menyentuh saya....Boleh dihintung berapa kali suami saya menyentuh saya sebagai isteri yang sah..seolah2 dia tidak "berselera" dengan saya...Skg ni dah hampir 6bulan dia tidak menyentuh saya selepas saya melahirkan anak.

Masalah ini selalu saya bawak berbincang dgn dia, pada awal perkahwinan saya ingin meminta bercerai disebabkan hal ini. Ketika itu saya teringin sgt zuriat sbg peneman saya, pelbagai alasan dia beri utk melarikan diri drp tanggungjawab memberi nafkah batin.Satu soalan yg pernah diajukan pada saya yg buat saya terasa sampai ke hari ini..."bila waktu subur saya? sekiranya dah subur, beritahu kat dia utk lakukan hubungan semata2 nak kan anak"..waktu tu hanya Tuhan saje yg tahu bertapa pilu nya hati ini mendengar soalan dr suami yg tiada nafsu menyentuh saya..Saya selalu mengadu masalah ini pada org tua saya..nasihat mereka supaya bersabar dn bawak berbincang.Pernah suatu hari, ayah saya membawa suami berubat.

Kononya ayah saya membuat anggapan yg tenaga batin nya lemah...suami saya akur dgn kehendak ayah. Tetapi hasil nya ttp sama.Ubat yg diberi tidak pernah disentuh nya, malah dibuang bgitu saje.Dan hasilnya tetap sama sampai skg.Sebagai seorg isteri, teringin sentuhan dr suami...kdg2 berfikir apa gunanya kahwin sekiranya hubungan yang halal tidak dilakukan.Entah la, puas hati ni memujuk..untuk kepentingan anak yang lahir dari berkat doa org tua dan usaha yang yang tidak disangka2 (setelah 5 kali melakukan hubungan sepjg perkahwinan, saya disahkan hamil)...saya terpaksa telan seksa hidup berumahtangga ni.

Hati ni sudah tiada perasaan cinta buat suami.Hanya kesabaran demi anak yg tersayang membuat saya bertahan...tapi tak tahu la sampai bila....Kalu diceritakan banyak lagi masalah yg wujud diantara kami...disebabkan saya ni seorg berilmu, berfikiran waras dan berkerjaya...nafkah selain batin saya redhakan...Saya berharap, para pembaca sekalian dapat memberi sedikit pendapat dan nasihat utk saya berdepan dgn masalah ini..

Post a Comment

7Comments
  1. Ada sesuatu yg tak kena.Berbincang secara baik gn dia.Jika tak berjaya ,cari org tengah dan berubat tradisional,jumpa ustaz2 yg pandai mistik.Mungkin ada gangguan jin @ buatan org lain.Mesti berusaha.Jika tidak berjaya,jumpa kaunsling jab.agama.Adik perlu bertindak demi kebahagiaan hidup adik.Klau kaunsling tidak perjaya...adik tau jawapannya...

    ReplyDelete
  2. ask urself..fikirkan tentang anak..semua mslh boleh diselesaikan secara baik..perkahwinan baru setahun lebih..masih jauh lagi perjalannya..so, fikirlah yg tbaik untuk diri akak & masa depan akak..tanya hati..tanya diri sendiri..adakah akak masih sggup nak lalui semuanya?adakah perasaan syg pada suami dah xde sikit pun?...akak yg boleh menentukan segalanya..jgn nanti akak lebih sengsara dikemudian hari..pilihlah jalan yg tbaik kak..kebahagiaan & kasih syg masih boleh dicari..apa yg penting..perbetulkanlah niat kita dlm mbuat segala hal..niat yg baik, insyaallah..Dia akan bagi yg baik..maafkan sy klu ada yg tsilap..yg baik semua dari-Nya

    ReplyDelete
  3. salam.. saya mempunyai kisah lebih kurang sama dgn anda... saya sudah berkahwin selama 7tahun, saya tidak menyangka boleh bertahan selama itu kerna saya berkahwin atas suka sama suka.. tetapi sayang sepanjang perkenalan saya dgn suami saya tidak mengetahui ttg dia adalh penagih tegar... family nya pun sembunyikan tentang dirinya semasa saya hamil baru saya mengetahui ttg dirinya.. saya amat bersedih kerna fmlynya sentiasa masuk belah dia... sedihnya rasa.. suami saya tidak bernafsu dgn saya mungkin krn dia adalah penagih.. tetapi yg membuatkn saya berdiam diri dan terima apa yg terjadi kerna suami saya menjaga mkn,minum dan sentiasa memberi wang ringgit secukupnya dan menjaga org tua saya serta adik2 saya,beliau tidak menyentuh saya hampir 2tahun.. saya ttp sabar kerna masih sygkan perkahwinan yg dibina selama 7thn ini.. kerna mungkin ini nasib saya.. apapun dekatkan lah diri kita dgn ALLAH S.W.T sentiasa lah solat kerna ALLAH S.W.T mengetahui apa yg berlaku.. tetapi apa yg terjadi kita kena ada usaha.. jgn biar benda berlaku begitu shj.. kena ikhtiar sesuatu kalau masih sayangkan perkahwinan dan kesian kan anak... saya pun ttp ikhtiar juga utk menolong suami supaya meninggalkn benda jahanam itu krn dia baik tetapi benda tu lah yg menggangu idupnya serta umahtgga kami.. apapun nasihat saya kpd anda dn juga diri ini kuatkan lah diri tabahkn lah hati demi anak yg masih memerlukan sokongan kita.. saya tak kan mengalah walau suami dah tawar hati dgn saya.. setiap mslh mesti ada jln penyelesaian nya... carilah penawar utk lembutkn hatinya kembali..

    ReplyDelete
  4. salam..saya pun mgalaminya..kadang kadang duk tanya pada diri sendiri ,dimana kekurangan dan kelemahan,trasa sangat stress dan sedih..kadang kadang tak dapat nak tau isi hati dia,dia sayang atau tak pada kita..malangnya perkataan romantik juga sukar diungkapkan..perbuatan apatah lagi.. :(

    kami baru nk msuk 2 tahun brkahwin dan anak baru 5bulan,dapat anak tue pun kira tak dirancang....bile ade anak,anak la peneman hati pilu ni...bila brsamam pun flling rasa mcm dia terpaksa,mcm x rela...sentuhan kasih n sayang tue xdpt dirasa..

    ReplyDelete
  5. Terbaca kisah puan ni. Terbalik pulak dengan saya. By the way sebagai seorang lelaki dan suami adalah baiknya jika puan bertanya samada dia ada perempuan lain atau tidak? Ataupun post moterm quality hubungan yang telah lalu samada terdapat kegurisan hati,makan hati, layanan hambar dlm hubungan kelamin. Sebab lelaki memiliki satu perasaan iaitu serik.

    ReplyDelete
  6. Terbaca kisah puan ni. Terbalik pulak dengan saya. By the way sebagai seorang lelaki dan suami adalah baiknya jika puan bertanya samada dia ada perempuan lain atau tidak? Ataupun post moterm quality hubungan yang telah lalu samada terdapat kegurisan hati,makan hati, layanan hambar dlm hubungan kelamin. Sebab lelaki memiliki satu perasaan iaitu serik.

    ReplyDelete
Post a Comment