Suamiku dah 3 kali curang. Alasannya, tak bahagia.

Admin
0

Saya dah berkahwin selama tujuh tahun. tapi dah 3 kali suami curang. sentiasa menipu. alasannya dia tak bahagia dengan saya..dia bgtahu sy yg dia dah cuba tuk hidup dgn sya tapi tak terbuka hatinya untuk menyayangi saya...saya buntu pelbagai cara dah sya lakukan tuk buat dia bahagia tp dia tetap x nak buka hatinya untuk saya,, lagi satu alasannya ialah kami x ada anak perempuan..Saya ada terfikir mungkin ini salah saya sebab berkenalan dgnnya dlm masa yg singkat kemudian terus kawin..x sampai 6 bulan kami kenal, kami dah buat keputusan tuk kawin...kami pernah bercerai atas sebab dia ada perempuan lain..tapi rujuk semula setelah memikirkan anak-anak yang masih kecil..

sekarang saya hamil anak yg ke-3. baru petang td dapat tahu dia ada perempuan lain lagi..bila ditanya kenapa buat hal lagi alasanya tetap sama.. dia tak bahagia dan dia akan tinggalkan saya..langsung dia tak fikirkan keadaan saya yg tgh mengandung ni...sy anggap ini ujian dari Allah dan mudah-mudahan saya akan dapat kehidupan yg lebih baik dari sekarang..hati saya dah terlalu sakit....adakah patut sy setuju dgan permintaannya untuk berpisah dgn saya?

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)