Tak tahan dgn sikap suami

Admin
0
salam..
saya ingin meminta pndangan n nasihat pembaca kisah rumah tangga.
usia perkahwinan saya baru 2 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata..skrg saya sedang mengandung ank ke 2.
Apa yang menjadi mslh saya, saya seringkali bergaduh dgn suami berkaitan hal yang kecil2..
untuk pengetahuan semua, suami saya memang seorang yang panas baran sejak kami bercinta lagi tetapi saya nekad
utk berkahwin dgn suami kerana memikirkan dia pasti akan berubah setelah berkahwin nti..tetapi apa yang saya harapkan
bkn lah seperti itu. suami berubah menjadi lebih penyayang setelah lahirnya ank 1, tetapi akhir2 ini dia sering marah2..
saya tau dia ade mslh duit n hutang yg bertimbun2 tetapi wajarkah setiap kali dia tertekan dia pasti melepaskan kemarahan tu pada saya.
apa saja yang tak kena pasti saya yang akan dipersalahkan tak kira lah dalam hal ape skali pun.
dia pernah marah n tunjuk perangai barannye itu depan ibu bapa saya yang msa itu datang ke rumah. saya tersangat malu dgn sikapnye.
Dia juga sering menghina keluarga saya, menghempas2 barang kerana geram bile saya cuba menerangkan segalanya. Dia tidak mahu saya
menjawab setiap kata-kata nya walaupun tidak benar, saya mmg tidak dapat mempertahankan diri,jika tidak dia akan mengamuk2 dan menyatakan
saya seorang yang degil kerana tidak memahami perangainya. Bile saya diam, dia juga tak berpuas hati kerana dia menyatakan saya menganggap nye
macam tunggul kerana bercakap seorang. Jadi apakah tindakan terbaik untuk saya lakukan? Saya seringkali mengalah dlm setiap pergaduhan dan sekarang
saya tidak tahan lgi dgn sikap dia..saya bernekad n niat selepas melahirkan ank ke 2 saya ingin berpisah dgn nye. Biarlah ape pun yang terjadi , drpd menanggung dosa
n memendam perasaan sakit hati n luka ini seorang diri. Ibu bapa dia jg tahu perangai suami tetapi mereka tidak dapat berbuat apa2. Apa yang mampu, dorang hanya meminta saya bersabar sahaja.
Tolonglah, adakah ini jalan terbaik ?

terima kasih...

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)