Isteri Nusyuz, Boleh Minta Cerai?

Admin
0
Soalan: Assalammualaikum Ustaz, Saya skrg dlm process penceraian dan akan pergi mahkamah Syariah utk mediation. Cuma isteri saya yg tuntut minta diceraikan.Sebab2x 1.kurang nafkah zahir 2. takde nafkah batin 3.kurang kasih sayang 4.berubah sikap setelah berkahwin. Sebab2x yg disebutkan semua saya tolak kerana makan minum dan rumah saya sediakan.mungkin saya tk dpt memberi dia nafkah lebih utk berbelanja tapi akibat beli rumah saya ada hutang loan bank jadi kurang la nafkah saya.bagi nafkah batin mungkin kurang bukan takde dan juga kerana sama2x bekerja shift (tapi itu tk saya jadi sbg alasan).atas kurang kasih sayang dan berubah sikap itu, saya akur kita suami isteri kurang berkomunikasi.Masing2x sibuk dgn kerja dan saya akur saya patut pandai mengatur masa utk isteri saya. Namun apabila dia tuntut cerai dan terus tinggal rumah kakaknya saya tinggal bersendirian di rumah (tk dihalau oleh saya).Saya akur yg saya abaikan shalat saya dan ibarat lupakan Allah tapi saya dah insaf dan bertaubat.Waktu2x ini saya byk bertafakur dan berdoa dan cuba cari huraian tapi isteri saya tetap berkeras hati tak ingin hidup bersama saya. Telahpun saya meminta maaf kepada isteri saya atas kesalahan saya yg ada tapi pada saya kalau dimaafkan tak akan jadi begini.saya menjadi bingung. walaupun demikian nafkah zahir tetap saya beri hingga appointment di mahkamah nanti. Saya ingin tahu mengikut hukum syarak boleh kah isteri saya tuntut cerai dan saya pernah baca ada cerai nusyuz dimana isteri tk bole tuntut cerai dari suaminya.apa erti itu nusyuz?harap ustaz bole huraikan. Mungkin pada saya ini ada satu ujian dari Allah dan saya redha.namun kalau boleh dihuraikan saya amat bersyukur. Saya tak mahu bercerai kerana kami baru kahwin 3 tahun belum ada cahaya mata. Saya minta maaf pada ustaz jika email saya panjang lebar tapi saya hendak terangkan duduk perkara sebenar.harap ustaz boleh memberi pandangan dan nasihat mengenai perkara ini. Sekian. Wassalam Suami runsing =================================================================== Jawapan Saya: Waalaikumsalam. Pertama sekali saya doakan semoga saudara dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Saya tidak dapat menilai sebab-sebab dan alasan yang dikemukakan oleh isteri anda kerana tidak pasti duduk perkara yang sebenarnya. Cuma mungkin saya dapat kupaskan secara ringkas komen saya seperti di bawah: 1. Kurang nafkah zahir. Nafkah ialah penunaian belanja daripada harta seseorang untuk sesuatu yang baik, atau untuk dirinya dan untuk orang-orang yang di bawah tanggungannya seperti isteri atau anaknya. Nafkah secara secara ringkasnya ialah: 1. Menyediakan tempat tinggal. 2. Menyediakan wang makan minum (duit pasar) 3. Menyediakan pakaian bagi isteri 4. Menyediakan wang bagi perubatan. Suami tetap wajib memberikan nafkah kepada isterinya, namun ia tertakluk kepada kemampuan suami dan isteri perlu redha dengan apa yang sahaja yang diberikan oleh suami. Contoh: Suami hanya mampu menyediakan tempat tinggal berupa flat 3 bilik sahaja, maka isteri perlu redha dengan pemberian tersebut. Namun, tiada bersalahan dari segi syarak jika si isteri ingin meringankan beban suami seperti membantu membayar bil atau mengambil alih dari segi penyedian wang makan minum (duit pasar) dan sebagainya. Atau si isteri ingin menokok wang bagi pembayaran rumah untuk mendapatkan flat lebih besar yang berada di luar kemampuan suami. Namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan jika si isteri bersetuju dan tidak boleh dipaksa. Jika segala perkara di atas telah terlaksana atau pihak isteri memang bersetuju untuk membantu meringankan beban perbelanjaan, maka anda dikira sudah menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah. Adapun wang poket tidak termasuk dalam kewajipan nafkah, namun ia sangat digalakkan jika si suami mempunyai kelebihan wang. 2. Nafkah batin. Perkara ini rumit, saya tidak dapat memberikan jawapan kerana tidak tahu duduk perkara yang sebenar. Cuma sebaik-baiknya perkara ini perlu dirunding untuk kepuasan bersama. 3. Kurang kasih sayang. Saya rasa faktor ini perlu diberikan perhatian. Saudara perlu mendapatkan penjelasan isteri dari sudut manakah beliau rasa kurang mendapat belaian kasih sayang. Pada masa yang sama, saudara perlu memperbaiki komunikasi saudara dalam hal ini bagi menyelamatkan rumahtangga saudara. Saudara juga boleh melayari laman blog saya http://abahyasir.blogspot.com bagi tips komunikasi dalam rumahtangga. 4. Berubah sikap selepas perkahwin. Ini juga tidak dapat saya kupas kerana perlukan makluman lebih lanjut. Bagi persoalan keluar rumah tanpa izin, memang dikira sebagai nusyuz dan derhaka walau apa jua alasan yang dikemukakan. Nusyuz ialah durhakanya si isteri terhadap suami dan pelanggaran yang dilakukan atas ketentuan-ketentuan yg diwajibkan Allah swt dan hak-hak suami yang telah diberikan Allah kepadanya. Para ulama juga menganggap nuzyuz itu boleh berlaku terhadap suami yang durhaka, bukan pada isteri sahaja. Si isteri tetap boleh memfailkan perceraian di mahkamah walaupun dia dalam keadaan nusyuz. Pada masa yang sama, suami tidak wajib memberikan nafkah jika isteri nusyuz dan mahkamah juga boleh membuat pertimbangan atas faktor nusyuz dalam menganugerahkan mut'ah atau pampasan kepada isteri jika bercerai kelak. Saudara boleh hubungi saya di pejabat melalui talian 62353172 bagi maklumat lanjut. Saudara suami isteri juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling dari saya di Masjid Al-Falah jika berhajat.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)