Isteri tuntut cerai jika suami kawin lagi

Admin
1
Seorang suami ingin berkahwin seorang lagi (nombor 2) kerana tuntutan emosi beliau terasa tidak dipenuhi. Si isteri pula berkata akan menuntut cerai jika suami ingin berpoligami. Apakah yang harus dilakukan oleh si suami supaya ia tidak mengundang kemurkaan Allah? Adakah Allah murka terhadap suami yang melukai perasaan isteri dengan berkahwin seorang lagi? Bolehkah kita menggelar lelaki yang berbuat demikian sebagai `tidak berhati perut' atau gelaran buruk yang lain? Saya bimbang jika kata-kata demikian boleh mungundang kemurkaan Allah kerana Allah maha mengetahui membenarkan poligami. Jawab: Isteri boleh menuntut cerai jika terdapat perjanjian semasa akad yg dipersetujui suami (aku janji taklik), "yakni perkahwinan akan terbubar jika suami berpoligami." Pendapat ini adalah dari madzhab Hanafi dan Hanbali dan banyak dipraktikkan di Khaleej (negara2 Teluk) (Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat) Jika tidak ada perjanjian sebegini, maka isteri tidak boleh mengugut suami kerana kuasa poligami berada di tangan suami, isteri cuma boleh menuntut keadilan dilaksanakan sahaja. Perbuatan isteri menuntut cerai dalam hal yg harus adalah nusyuz sebagaimana sabda Nabi saw. HR Imam Lima (kecuali anNasaiy) dari Tsauban ra, "Mana-mana perempuan yg meminta talak tanpa ada sebab (syar'iy), maka haram atasnya syurga." HR Abu Daud dan Ibn Majah dari Ibn Umar ra," (sabda) perkara halal yg paling dibenci oleh Allah ialah talaq." Poligami sudah semestinya mendatangkan kedukaan dan serangan psikologi kepada isteri tua, namun jika suami boleh memberi keadilan (nafkah, giliran malam), maka sudah tentu kedukaan dan keperitan poligami itu akhirnya mengeluarkan madu yg manis. (Dr Qardhawi, Malameh almujtama' Islami) WA

Post a Comment

1Comments
  1. Apakah hukum seorang isteri meminta suaminya menceraikan madunya? Apa hak seorang suami apabila isteri meminta cerai? Adakah kesemua harta akan di berikan kepada isteri setelah bercerai?

    ReplyDelete
Post a Comment