Punca perceraian dari prespektif suami dan isteri

Admin
1
Punca cerai dari perspektif suami biasanya adalah kerana isterinya derhaka , tidak menurut perintah dan ikut kehendak sendiri sahaja. Bagi suami isteri yang degil dan tidak mahu mendengar kata ini telah nusyuz dan tidak layak menjadi isteri yang bertanggungjawab. Suami mengangap bahawa Isteri yang tidak menjalankan tangungjawab yang sesuai dengan norma seorang isteri. Sikap dan taste tinggi dan melebihi kemampuan suami juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya perceraiaan. Hal ini, akan menyebabkan konflik yang sering kali berlaku disebabkan perbezaan harapan atau pun expectation. Kadang kala pergaduhan yang sering berlaku akan menyebabkan suami dan isteri sudah tidak tahan dan tidak mahu duduk atau pun tinggal bersama lagi. Lebih mengecewakan apabila suami menganggap bahawa isterinya menyusahkan dirinya.

Dari perspektif isteri, suami tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan keperluan dan kemudahan mengikut tahap pendidikan atau sosioekonominya. Hal ini sering berlaku apabila wujud jurang pendidikan dan sosio ekonomi keluarga antara pasangan suami isteri. Isteri yang melihat suami sebagai tempat bergantungkan sumber eknomi dan pelindung. Lazimnya mereka menilai suami ketika di alam percintaan yang mana mereka sanggup membelanjakan wang ringgit dan tenaga tetapi sikap ini berubah selepas kahwin. Sikap kecewa dengan suami yang mengambil sambil lewa keperluan dan kehendak mereka. Ini akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati yang apabila meletup akan menjadi pertengkaran yang sangat buruk. Hal ini menyebabkan isteri makan hati dengan suami, maka bebelan dan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan akan diluahkan untuk meredakan tekanan. Namun, pertengakaran yang berterusan ini lama kelamaan akan menjadi barah yang merosakan serta memusnahkan isntitusi perkahwinan. Lebih mengecewakan apabila isteri menganggap bahawa perkahwinan ini sebagai sesuatu yang mengongkong dan sering menuntut cerai.






Post a Comment

1Comments
  1. Mmg bnr...bla suami ambil sikap smbil lewa ttg tggungjwbnya. .itulh pnyebabnya bakal runtuhnya sebuah prkhwinan.. bila prasaan syg brtukar mnjdi bnci...siapa yg snggup utk hidup sebumbung...tiada keharmoniaan dlm rmhtgga...blamna selama ini yg dibincangkn tp x prnh diambil peduli..haruskh peluang trus dberikn....sdgkn jiwa raga kta smkin skit..

    ReplyDelete
Post a Comment