Sunday, April 8, 2012

Tips-Tips Mengelak Suami Isteri Bercerai


Sebelum ini,

1. Mencintai pasangan Secara Total..

Antara bentuk cinta yang total adalah tidak mementingkan diri sendiri. Suami mengalah, isteri pula menyerahkan diri sepenuhnya kepada suami. Dalam mencintai pasangan kebahagiaan si dia lebih diutamakan daripada kebahagiaan anda. Jangan hanya isteri yang terus menerus dituntut taat sedangkan suami tak sudi menonjolkan kemesraan dan belas kasihan. Cuba benkongsi secara adil hak dan tanggungjawab anda berdua, tiada yang dilebihkan dari yang lain.

Cinta ini dibuktikan dengan sikap yang dimahukan, oleh pasangan bukan yang disukai diri sendiri. Suami dan isteri saling memuaskan bukan hanya di atas katil tetapi setiap inci kehidupan yang dikongsi bersarma. Jangan kata kalau dah selesai masalah seks, maka selesai sudah segala-galanya. Ramai isteri yang disuap oleh seks untuk menidakkan hak-haknya yang lain.

Tak boleh tolak apa-apa saja keputusan suami, tiada kebebasan bensuara sama sekali.

Begitu juga ramai suami yang jadi mangsa queen control’ isteri. Cinta total tidak memaksakan kehendak anda kepada pasangan, ia lebih kepada pengorbanan tak meminta balasan. Cinta secara total juga tidak sesekali menghalalkan balas dendam.

Jangan balas jika isteri membuli dan jangan balas jika suami menyakiti. Cinta sebenar adalah mengorbankan diri untuk kebahagiaan kekasih. Jika anda berdua sudah mencapai tahap cinta setinggi ini agaknya tak payah risau sangat tentang perceraian, berserah pada Allah SWT yang menentukan kerana anda telah berusaha yang paling maksima setakat ini.

2. Nikmati Persahabatan
Tip menghindari perceraian yang kedua adalah nikmatilah persahabatan dengan pasangan. Mengapa suami cepat bosan dengan isterinya dan begitu sebaliknya? Jawabnya kerana isteri tak bersahabat, suami pula kaku dan serius sepanjang masa. Tiada masa bersama dan sibuk dengan dunia masing-masing.

Suami dengan laptopnya, isteri pula dengan blackberrynya. Jika bertemu tidak ada cerita yang menarik minat pasangan. Apatah lagi jika tekanan kerjaya dibawa pulang mesti tiada ruang langsung untuk menaikan pasangan yang ada cuma melampiaskan stres, kemarahan dan kebencian.

Mengapa dulu anda boleh menjadi sahabatnya, sekarang pula anda ketepikan dia dan mencari sahabat-sahabat lain di luar sana? Mengapa tidak mulakan sekali lagi pencarian sahabat sejati itu pada diri pasangan kita? Mulakan menjadi orang yang paling menarik untuk didekati, dimesrai, pandai bergosip, pandai menceriakan suasana dan tumpukan sepenuh minat anda kepada pasangan.

Tak salah tanya isteri tentang fesyen terkini, dandanan rambut yang dia suka atau baju apa yang dia syorkan untuk anda lebih bergaya. Jangan biarkan sehari pun tiada komunikasi yang menyeronokkan.

Masuk bilik tidur masing-masing senyap, keluar bekerja pun tak cakap, depan meja makan diam, pergi kenduri pun bisu? Kalaupun bercakap, dalam telefon, tersenyum dalam skype, meluahkan rasa dalam facebook bukan dengan pasangan tapi dengan orang lain.

Bagaimana ikatan persahabatan dapat dijalin jika masing-masing bersikap tidak peduli? Pedulilah sikit walau sekadar sentuh tangannya dan senyum kemudian berboraklah semesra anda melayan pelanggan di tempat kerja.

Jadilah raja lawak untuk isteri anda, atau pakar gosip untuk suami anda. Barulah suasana menjadi hangat dan bersahabat. Tahukah anda banyak perceraian dimulakan dari satu proses yang terkecil iaitu tak bercakap hingga terbesar iaitu saling melaknat?

3. Fokus Pada Visi Perkahwinan
Perkahwinan yang terkandas di tengah jalan dimulakan dengan suami isteri yang tak pandai merancang hidup. Tiada visi dalam perkahwmnan, tak tahu mana yang harus dijadikan fokus terpenting dalam kehidupan. Memulakan hidup baru dengan hutang kahwin yang tak habis-habis. Tak tahu menyimpan dan membina kerjaya, tak tahu umur berapa mesti habis bayar kereta, rumah dan hutang-hutang lainnya.

Tak tahu bila nak menunaikan haji, nak balas jasa ibu bapa, nak hantar anak ke universiti. Semua serba kabur, tanpa perancangan. Pasangan yang mempunyai sifat sebegini amat terdedah kepada bahaya perceraian. Apakah tiga tip ini mampu menjadi benteng menghadapi tsunami perceraian? Hanya anda dan pasangan yang boleh menjawabnya dengan usaha yang berterusan sepanjang hayat.

Cintailah dia secara total, jadilah sahabat yang hangat dan fokuslah pada visi kehidupan lnsya-Allah perkahwinan akan berkat.. Selamat mencuba Tips-Tips Mengelak Suami Isteri Bercerai..

2 comments:

  1. Salam kenapa dalam Ni kebanyakkan suami dipersalahkan.
    Sedangkan kadang kesalahan Isteri suami juga dipersalahkan.. Mungkin saua silap baca kot

    ReplyDelete
  2. Salam kenapa dalam Ni kebanyakkan suami dipersalahkan.
    Sedangkan kadang kesalahan Isteri suami juga dipersalahkan.. Mungkin saua silap baca kot

    ReplyDelete