Suamiku dalam klip video sex dalam hp?

Admin
0
saya ada masalah. saya keliru..
saya dah berumah tangga selama 10thn..saya ada 4 cahayamata..sebelum berkahwin, sy tidak berapa mengetahui latarbelakang suami kerana kami berkahwin atas dasar cinta tetapi tidak mendekati keluarga.
selepas berkahwin saya baru tahu suami sy seorang kaki perempuan. namun suami telah berjanji selepas berkahwin, dia cuci tangan. pada awal perkahwinan sehingga 5 tahun awal semuanya tidak menunjukan sebarang masalah. walaupun saya dikategorikan dalam golongan yang agak susah.
walau saya dan suami bekerja namun pendapatan kami kecil. namun saya bersyukur dengan apa yang saya ada. tetapi selepas 5 tahun berikutnya setelah suami bertukar kerja menjadi pemandu lori menghantar barang2 logistik sikapnya ada berubah. suatu hari dia ada menunjukkan satu video clik sex didlm hp dia kepada saya dan dia juga bluetoot ke hp sy. namun saya jenis tidak berminat kepada video sex jd sy buat endah tak endah.
tetapi suatu hari sy membuat ulang lihat video berkenaan dan saya melihat lelaki didalam video tersebut menyerupai suami saya. walau didalam video tersebut tidak menunjukkan mukanya tetapi sy sebagai isteri mengenali setiap inci tubuh suami. sy ada berterus terang bertanyakan suami namun dia memarahi saya serta bersumpah bahawa itu bukan dia.
pada bulan puasa tahun 2009 suami juga sekali lagi cuba membuat hubungan cinta dengan seorang gadis. dimana saya sendiri telah terbaca sms yang dihantar. suami cuba untuk mengelak. dimana waktu itu sy mengangdung 3 bulan anak ketiga. saya terasa dunia saya hancur. saya menelan panadol sebanyak 20 biji. saya betul2 tertekan ketika itu. namun suami telah memujuk dan menyatakan bersumpah tidak lagi mengulangi keadaan itu.
yang menggusarkan hati saya setelah lima tahun lepas, baru2 ini saya mendapat maklumat ada kemungkinan besar itu memang suami saya kerana saya ada memperlihatkan video tersebut kepada adik ipar saya yang sekerja dengan suami ketika itu. dia menyatakan kepada saya bahawa perempuan itu dikenalinya.
hati saya hancur. hati saya luluh.
kepercayaan kepada suami sekali lagi hancur. saya tidak lagi menyayangi suami, apa yang perlu saya lakukan.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)