Aku sihat ke, sakit ke, suami tak pernah ambil tahu

Admin
0

Saya seorang isteri dan ibu kepada 3 org anak. Anak ke-3 baru je berusia belasan hari.

Suami pula seorang yang workaholic,pentingkan kerja,pentingkan diri daripada family & anak2. Malahan

suami jarang2 berhubung dengan family dia yang menetap di luar negara kecuali ada keperluan sahaja.

Sewaktu saya pulang ke kampung bersama anak2,saya pernah meluahkan perasaan saya yang terpendam selama ini.

Berikut antara luahan saya pada suami ketika itu:

" Saya tak merasa bahagia,saya tak merasa seperti ada sebuah keluarga,ini bukan kehidupan yang saya mahukan.

Kita kurang berkomunikasi,tanggungjawab menjaga dan mendidik anak2 semua pada bahu saya seorang baik sebelum

atau selepas saya berhenti kerja. Anak2 juga perlukan didikan dan kasih sayang daripada awak. Awak x pernah faham

& belajar tentang tanggungjawab seorang bapa."

Ini jawapan yang suami berikan agak mengejutkan & mengecewakan saya ketika itu...

"Saya penat bekerja sebab itu saya malas nak berinteraksi dengan awak bila balik rumah. Pasal

anak2 yang penting kita tak sakiti mereka. Kita lindungi mereka."

Saya dah cuba cara lembut agar suami sedar tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan bapa.

Apalagi sekarang kami dah menimang cahayamata ke-3 tapi sikap suami masih juga sama. Sewaktu

masih mengandung pun suami x pernah bertanya pasal keadaan saya ataupun anak dalam kandungan.

Saya sakit ke sihat ke suami x pernah ambil tau. Balik kerja yang suami tau merokok,mandi,makan,games

dan tidur. Anak2 langsung dibiarkan bermain sesama sendiri tanpa suami hiraukan apa yang mereka lakukan ataupun main.

Padahal anak2 di usia sebegitu (anak sulong 2thn 10bln,anak ke-2 1thn 9bln) sepatutnya dididik,djaga dan diberi perhatian sepenuhnya

malah perlukan komunikasi dengan ibu bapa.

Saya x tau lagi apa cara untuk menyedarkan suami. Orang selalu kata kalau nak orang lain berubah,kita sendiri yang kena berubah dahulu.

Saya dah cuba tapi tetap x nampak hasilnya pada sikap suami. Please I really need some advise. Tolong la bagi pandangan yang bernas pada saya.

TQ

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)