Thursday, November 10, 2011

Duduk serumah dgn mertua. Suami tak nak pindah.

salam..sy dah berumahtangga hampir 3 thn dan baru mempunyai seorang anak..tp kini masih lagi menetap di rumah mertua..baru2 ini sy dan suami telah sama2 mencapai kata sepakat untuk pindah dan duduk sendiri (rumah sewa)..dan kami telah pun menemui sebuah rumah sewa yang mampu untuk kami sewa..

masalahnya skrg mak mertua sy seolah2 tidak suka dgn perancangan kami untuk berpindah ke rumah sewa..seringkali mak mertua sy menarik muka apabila sy ade di rumah terutamanya waktu sy cuti @ x bekerja..sy berasa sgt2 tidak selesa dgn keadaan ini..Ya Allah,apakah keputusan yg telah sy buat ini salah???satu perkara lagi,sy adalah seorang isteri,seorang ibu dan juga seorang pekerja..sy sering tertanya2 adakah sy mampu uruskan rumahtangga sy sendiri??

tp jika difikirkan semula,smp bila sy mesti harapkan bantuan org lain esp. dari mak mertua..coz buat ms skrg mak mertua sy yg tlg jg anak sy sementara sy dan suami pergi kerja..sy perlukan nasihat dari kawan2 sekalian....harap2 dapat lah membantu sy..diharapkan juga,identiti sy dapat disembunyikan..sekian terima ksih..

No comments:

Post a Comment