Suami kata aku isteri tak guna, walau aku jaga dia ketika dia sakit

Admin
0

As Salam, Semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Disini saya ingin mencerita masalah saya Bukan Bermaksud Membuka Pekong DiDada Hanya Minta Pendapat Saja. Saya Telah Berumahtangga selama 16 tahun. Sebelum ini RumahTangga Yg saya Bini atas Cinta dan suka sama suka amat Bahagia sekali, Biasalah kadang2 ade juga bergado tapi itu semua dpt diatasi. Dalam Tempoh setahun kawin saya dikurnaikan sorang bayi perempuan dlm tempoh 14 tahun kawin saya dikurnaikan sorang bayi lelaki.

Itu pun dgn usaha saya dan Berkat doa saya utk mempunyai bayi lagi, Suami saya disah kan mendapat penyakit cronik, itulah permulaan titik hitam yg melanda diri saya. Seban hari kita selalu bergadoh, kenapa bila sakit saja saya lah tempat dia melepaskan marah. Sewaktu dihospital saya lah yg orang yg melawat dia. Kadang2 ade juga saya tak dtg sebab keletihan sbb saya bertugas. Nasihat Doktor tak pernah dituruti puas saya BERnasihat tapi tak pernah dengar. Dia saja yg betul.

Suami terlalu bergantong pada Nasib dia mcm tak mahu usaha supaya cepat semboh. Sewaktu dia sihat dia tak pernah pedulikan saya anak beranak, mati atau hidup. Hari2 ddk di kedai kopi hingga ke lewat pagi. Kedai Kopi sudah jadi Rumah Ke2 bagi dia. Maaf cakap lah setelah melahir anak ke2 saya dan suami tak pernah bersama. Anak saya sudah masuk umur 2 tahun kami tak pernah bersatu. kadang saya begitu kecewa dan sedih dgn perangai suami saya. Saya Tak tahu ape kesudahan RumahTangga yg saya bina selama ini. Kadang2 hati saya memberontak ingin pergi jauh dari sini. Walaupun dia tak pernah pukol saya tapi saya rasa hidup saya sunyi dan sepi mujurlah anak saya ade mereka lah permata hati saya. Bila penyakit datang menimpa saya lah yg dicari.

Hari2 saya disuroh menjaga makan dan minum dia padahal sewaktu dia sihat saya tak pernah dipedulikan. Lepas pulang kerumah malam keluar lagi jumpa kawan. Tak abis2 jumpa kawan. Kalau di suroh buat kerja rumah macam2 alasan yg diberi. Mujurlah anak saya da dewasa dia lah yang byk membantu saya. Sekiranya saya bergado dia akan ckp dia akan melepas saya atau saya di suruh keluar dari rumah Ini Bukan Pertama kali suami saya halau saya dari rumah. Tiap2 kali bila kita bergado.. Hati dan perassan saya begitu sedih sekali, kenapa balasan ini yg saya terima. Kadang2 teman sepejabat menceitakan suami mereka penyayang tak pernah mengabaikan hati saya cukup tersentuh, Hanya Allah Saja yg Tahu Hati Saya. Bila dia di Rumah tak pernah membantu saya, alasan tak bole buat kerja berat2.

Doktor tada ckp pun dia tak oleh buat kerja Ringan2. Saya cuma menyuruh dia kemas tmpat tido saja. Rumah saya Berserak Cawan & Baju sana sini ditaruk, Saya kadang menjadi bosan dgn keadaan Hidup saya. Suami saya pernah Berkata kepada Ibu saya Yang dia menyesal memperistrikan saya kerana bagai dia saya tak jaga dia dgn sempurna, Kenapa Baru sekarang kenapa tidak dari dulu lagi. Kalau sya bergado dia mesti suroh cari lelaki lain.Bila saya menulis kisah hidup saya Airmata lah yang menemani saya selama ini, Hidup saya betul2 rasa tertekan. Mungkin betul kata2 suami saya, saya istri yang tak berguna. Sekian Terimakasih Wasalam Insan Yang Malang.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)