Isteriku terlanjur berpuluh2 kali. Dayuskah aku?

Admin
1

Saya seorang suami yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak perempuan, saya berumur dalam lingkungan 30an dan telah berkahwin selama 10 tahun. Saya merupakan seorang kakitangan kerajaan dan isteri saya merupakan seorang kaunselor. Saya merupakan seorang yg agak terbuka dari segi pergaulan. Maksud saya adalah saya bukan seorang yang jenis cemburu buta.

Saya boleh keluar dgn kawan perempuan sama pejabat dan isteri saya juga selalu keluar dgn kawan lelaki yg satu pejabat. Sebelum ini saya tidak mengesyaki apa-apa dengan isteri saya. Namun sejak beberapa tahu kebelakangan ini, saya dapati isteri saya sudah berubah, isteri saya kini boleh membalas balik cakap saya kepadanya. Saya mengesyaki bahawa isteri saya mempunyai lelaki lain dalam hidupnya.

Ini kerana kebelakangan ini saya dapati handphone isteri saya semua msg telah didelete, Keadaan ini telah berterusan. Saya juga mendapat email dari seseorang yang mengatakan bahawa isteri saya telah curang kepada saya dgn beberapa lelaki lain. Siapa kah yg perlu saya percayai? isteri atau email?

Ini kerana saya dapati hidup isteri saya begitu mewah dgn brgan yg berjenama? Kalau nak kata saya beli, tak mampu nak beli brg2 sebegitu.Mungkin kalau isteri saya pernah terlanjur utk beberapa kali saya akan maafkan, namun email itu mengatakan bahawa isteri saya telah terlanjur berpuluh kali dan dgn beberapa lelaki kali. Saya sygkan isteri saya dan anak-anak saya, namun saya tak blh terima isteri yg curang sebegini. Adakah saya seorang yang dayus?

Post a Comment

1Comments
  1. Ko dayus. Orang bodoh dan bengap je biar isteri menyundal. Ko cerai dia,then cari pompuan lain sudah. tak payah nk terhegeh2 simpan pompuan mcm tu, yg dosa dia ko nak tanggung buat apa? Pasni lebih berhati2 cari calon isteri.Jgn pisang berbuah 2 kali.

    ReplyDelete
Post a Comment