Kekasih lama suami ganggu rumahtangga

Admin
0
Terdetik untuk meluah serta berkongsikan sesuatu tentang rumah tangga saya. Diharapkn identiti sy di rahsiakn dari umum.

Sy telah berkahwin pada tahun 2009. Sy kawin atas dasar suka sama suka dgn suami sya. Telah di kurniakn seorg cahaya mata pada March 2010. Masalah yg saya hadapi sekarang ialah kekasih lama suami saya sengaja menganggu rumah tangga kami. Sblm suami berkahwin dgn sy, dia penah bercinta, dek kerana sikap kekasih lama yg terlalu kurang sopan dan tidak menghormati keluarga suami, membuatkn keluarganya menyuruh suami sy berhenti berkwn dgn dia. Suami sy juga x tahan dengan kerenah dia dan membuat keputusan tuk meneruskan perhubungan mereka. Suami sy berpegang pada pesanan org tua, sesuatu perhubugan itu x kan bahagia kalo tiada restu dari keluarga. Suami mengenali sy selepas berpisah dgn kekasih lama dia dan tidak smp setahun suami buat keputusan utk berkahwin dgn sy.

Setelah berkahwin dgn saya, kawan baik suami sy merangkap abang ipar pada kekasih lama dia juga cuba utk meruntuhkn rumah tangga saya. Apa yg sy dapati mereka seolah2 tidak puas hati bila suami sy berkahwin ngan sy. Dari mula kawen, kawan suami sy tue cuba utk meruntuhkan masjid yg kami bina, walaupun x terang tp dlm samar2 niat x baik tue ttp ada. dari mula sy mengandung smp sy besalin dan sehingga kini, mereka masih lagi mencuba utk merosakkan umah tangga sy.

Kekasih lama tu pulak cuba mcm2 cara utk menganggu sy dan suami. kadangkala sy tertekan dgn keadaan mcm nie, sy akan lepaskn pada suami. Utk pengetahuan KRT, bekas kekasih suami tu masih belaja di sebuah institusi di Nilai. Semasa mereka berkwan, suami sy telah menanggung segala berbelanjaan dia di sana. Bila berpisah, bekas kekasih mmg x puas hati dgn suami sy. dari mula kami bertunang sehingga ada anak, dia masih lagi menganggu sy dan suami. Sy slalu bertanya apa salah sy sehingga rumah tangga di ganggu sebegini rupa. Sejak kawin, mcm2 dugaan sy dan suami tanggung bersama2. Dari suka mahupun duka.

Mgu lepas kakak ipar sy kawin dn kawan baik suami sy tue dtg dgn membawa kekasih lama suami sy. dgn alasan terpaksa bwk mereka sbb nk blk kmpg selepas kenduri tue nnt. apa yg menyedihkan sy, kekasih lama suami sy tue dgn x th malu, menyatakan ingin berkawan dgn suami sy, sedangkan suami sy tidak mahu ada apa2 hubugan lagik dgn dia.


Usia perkahwinan sy, br setahun jagung. sy x th apa akan terjadi pada rumah tangga sy kalo pekara ini berterusan. sy dh cuba buat yg terbaik, tetapi sy x th smp bila bole bertahan. Suami sy amat sygkan sy, tp saya takut dia akan berubah hati suatu hari nnt. Suami sy juga th niat x baik kwn dia tue, tp dia x leh buat apa2 melainkn menjauhkn diri sahaja. Bila suami cuba utk menjauhkn diri, mereka tuduh mcm2 pada suami sy. kadang2 sy kesiankan dia, tp dlm masa yg sama, dia kena jaga hati sy. Dia mmg x mo sy terluka dek perbuatan mereka, tp apakn daya dia.

Penah sy terfikir andaikata jodoh sy ngan suami x berpanjangan, semua dek kerana hasutan kawan baik dia. Sy cuba nk minta pendapat dari KRT apa yg perlu sy lakukan sekarang utk menyelamatkn rumah tangga sy. Saya buntu dan kadangkala sifat cemburu selalu menguasai sy sehinga bila bertengkar dgn suami, mesti masalah ini akan sy ungkitkn. Apa kan daya sy seorang isteri utk mempertahan masjid yg di bina tanpa sokongan dari org tersyang. Sya mengharap pendapat2 dari KRT utk masalah sy ini.

Bantulah sy utk terus mempertahankan rumah tangga sy yg dibina atas dasar kasih dan syang.

Salam Syg utk Semua.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)