Thursday, November 10, 2011

Suami pemalas, buat isteri macam MAID

Salam....
Sejak akhir2 ini hati aku terasa kosong..... aku harap dengan meluahkannya di sini dapatlah aku merawat kekosongan dan kelukaan hati ini...

Aku ni seorang isteri dan ibu kepada 4 org cahayamata. Aku bekerja di sebuah hospital di selatan tanahair. Masalah aku adalah sikap suamiku yang tak pernah berubah dari awal berkahwin sehinggalah punya anak 4. Dia amat susah untuk membantuku dalam melakukan kerja2 di rumah. Kadang2 bila diminta membantu seribu satu alasan diberikan. Padahal dia hanya bekerja hanya 15 hari je sebulan. Bukan aku nk dia buat semua kerja di rumah ... cukup la sekadar membantu.Kadang2 kain baju yg aku dh cuci pon dia tak nk tolong sidaikan... dari aku pergi kerja sampai laa aku balik kerja kain baju tu masih di tempat yg sama. Tak ade ke perasaan kesiaan pada aku ni?? Dah la tiap2 pagi aku akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk masak sebelum pergi kerja... ingatkan balik kerja dapatla berehat sekejap. Tapi harapan aku hanya tinggal harapan.... kadang2 belum pon buka baju kerja aku terus sambung dengan kerja2 di rumah. Sedinya aku......Bila aku cakap dengan dia, dia selalu cakap kalau nk buat.. buat.... kalau x nak buat biarkan aje. Tp kalau aku x buat ada ker orang lain yang nak buat??? perlu ke aku mintak TOLONG hari2 kat suami aku sendiri??. dia tak ada inisiatif sendiri ker untuk menolong isteri dia sendiri. Dia jugak cakap susah kalau aku tak kerja. Aku kerja untuk menambah pendapatan keluarga dan membantu dia. Tp dia????? Kadang2 aku rasa aku ni macam orang gaji kat umah sendiri.... Dia tak tahu ker aku aku ni penat bekerja... Bantulah aku...... Kepenatan aku tak dapat diluahkan dengan kata2.... bila dah terlalu penat hanya air mata aku yang berguguran....Sedih....Aku hanya berdoa berilah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini dan berharap agar suatu hari nanti terbukalah pintu hati suamiku untuk menolong aku...

1 comment:

  1. Ada jenis lelaki macam tu. Taktau nak buat macam mana. Jenis nak serah semuaaaaa pada perempuan. Kerja dia cari duit je. Dahtuh kalau banyak sangat duit. Amik maid. Ni duit pun xmasyuk.

    ReplyDelete