Panduan Melawan Nafsu

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal." Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya. Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan. Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menumpai perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya. Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi. Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal. Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya. Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan. Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W aga r sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia. Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri? Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri. Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya. Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun. Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya... berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya. Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal." Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi. Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syhwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjanga... Posted by Fadzly at 1:18 PG 1 ulasan:

Sebelum kahwin, syaitan akn cuba merapatkan kamu pasangan kekasih utk semakin rapat dan terlanjur

"Sebelum kahwin, syaitan akn cuba merapatkan kamu pasangan kekasih utk semakin rapat dan terlanjur.. Selepas kahwin, syaitan akn cuba merenggangkan hubungan kamu supaya renggang dan bercerai-berai.. Selepas bercerai, syaitan akn cuba merapatkan kamu dgn suami org atau isteri org supaya smakin rapat dan terlanjur, dia meracuni kamu supaya xbercinta dgn lelaki/wanita bujang, kononnya x matang punca bercerai.. Selepas terlanjur, syaitan cuba memujuk kamu supaya teruskn maksiat tnpa berkahwin, dia meracuni supaya kamu takut berkahwin lagi krn bimbang akn bercerai lagi.. lihatlah panahan syaitan.."

Nushuz Suami Isteri : Konsep dan Penyelesaiannya Dari Perspektif Hukum

1.0 Pendahuluan Firman Allah bermaksud, Al-Rum, 20-21 " Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan kamu dari tanah, kamudian kamu menjadi manusia hidup bertaburan di muka bumi. Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu ( laki-laki) isteri-isteri dari kamu sendiri supaya kamu menjadi tenteram ( aman damai ) hidup bersamanya. Dan ia menjadikan antara kamu suami isteri berkasih-kasihan dan belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu sebagai tanda ( kebesaran Allah) bagi mereka yang ingin berfikir. " Firman Allah S.W.T yang bermaksud, Al-Baqarah, 187 " Mereka adalah Pakaian bagimu, dan kamupun adalah Pakaian bagi mereka. " Itulah hakikat manusia asal kejadiannya adalah dari tanah. Kemudian Allah menjadikan mereka hidup perpasang-pasangan berdasarkan konsep berkasih-kasihan antara satu sama lain. Namun begitu manusia tidak sunyi daipada melakukan kesilapan yang menyentuh hak orang lain. Apabila timbul krisis dalam rumahtangga yang melibatkan suami isteri ia diistilahkan sebagai Nushuz . Nushuz adalah punca berlakunya krisis atau ketidakstabilan rumah tangga yang kalau tidak dibendung kemungkinan besar membawa kepada perceraian yang termasuk dalam perkara halal yang amat dimurkai Allah. Sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan Nushuz secara berpanjangan dan mengelak berlakunya perceraian, maka Islam telah menentukan cara-cara penyelesaiannya.. Perbuatan Nushuz kadangkala berpunca dari isteri dan kadangkala berpunca dari suami dan kadangkala disebabkan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi apa yang berlaku dalam tanggapan masyarakat apabila disebut Nushuz tergambar dalam pemikiran mereka Nushuz hanya berlaku dipihak isteri sahaja, tidak berlaku di pihak suami. Walau apa pun bentuk Nushuz yang berlaku di pihak isteri tidak sama dengan Nushuz yang berlaku dipihak suami. Dengan itu kaedah penyelesaian pun tidak sama. Berlainan bentuk Nushuz dan berlainan kaedah penyelesaian antara lelaki atau perempuan suatu hakikat yang tidak boleh di nafi kerana ketidaksamaan kejadian lelaki dan perempuan baik dari bentuk fizikal dan emosi. Ini suatu Sunnah Allah bagi menstabilkan kehidupan manusia di dunia. Bagaimana pun kertas ini akan menghadkan perbincangan kepada bentuk-bentuk Nushuz yang berlaku sama di pihak isteri dan juga di pihak suami serta kaedah penyelesaiannya dari aspek hukum, tidak dari aspek punca atau sebab berlakunya Nushuz. Namun begitu secara umumnya terjadinya Nushuz atau krisis rumahtangga kerana ketidakpatuhan atau tunduk kepada hukum yang ditentukan. 2.0 Pengertian Nushuz 2.1 Pengertian Nushuz Secara Umum. Nushuz pada pengetian Bahasa, Mengangkat dan Pertelagahan. Pada sudut istilah ialah penolakan taat pasangan suami isteri terhadap satu sama dalam menunaikan hak. Dari pengertian ini jelas Nushuz berlaku di kedua-dua belah pihak. 2.2 Pengertian Nushuz Isteri Ibn Arabi mengistilahkan Nushuz isteri sebagai al-Imtina` ( menahan ). Isteri menahan dirinya dari melaksana hak suami. Al-Baydawi menjelaskan isteri menarik diri dari mentaati suami Badran Abu al-Aynayn Badran memberi pengertian yang lebih jelas, Nushuz isteri bermaksud sebagai perbuatan isteri tidak mentaati suami, dan termasuklah keluar dari rumah tanpa izin dan tanpa apa-apa alasan yang diharus oleh Syara`. Dari pengertian di atas dapat difahami apabila dikatakan Nushuz isteri ia bermaksud perlanggaran tanggungjawab oleh isteri terhadap hak-hak suami yang ditetapkan oleh Syara`. Ini memberi erti sebaliknya isteri tidak dikatakan melakukan perbuatan Nushuz sekalipun tidak melaksana hak suami sekiranya mempunyai alasan Syara'. Kewajipan isteri mentaati suami ialah berasaskan kepada konsep kepimpinan lelaki dalam rumahtangga dan tanggungjawab. Firman Allah, An-Nisa', 34 Laki-laki adalah pemimpin ke atas kaum perempuan dengan apa yang Allah lebihkan setengah kamu ke atas yang lain dan dengan apa yang mereka nafkahkan dari harta mererka itu (laki-laki), perempuan yang salih ialah yang taat kepada Allah …(Lampiran 3) Ayat ini menjelaskan kewajipan isteri mentaati suami ialah kerana sifat kepimpinan lelaki dan kewajipannya menyediakan segala peruntukan untuk isteri. Oleh kerana hak taat merupakan hak suami, maka suami diberi kuasa menta’dibkan isteri sekiranya berlaku Nushuz. 2.3 Bentuk-bentuk Nushuz Isteri Isteri dikatakan melakukan perbuatan Nushuz apabila ia melaku perkara berikut : (i) Keluar Rumah Tanpa Izin . Isteri disifatkan sebagai melaku perbuatan Nushuz sekiranya ia keluar rumah tanpa mendapat keizinan suami terlebih dahulu kerana asal bagi seseorang perempuan ialah sentiasa berada di rumah suami . Firman Allah, (al-Ahzab : 33) Hendaklah kamu tetap di rumah-rumah kamu dan jangan sekali-kali kamu keluar sebagaimana orang-orang jahiliah yang dahulu-dahulu. (Lampiran 4) Ayat ini menjelaskan perempuan di minta supaya sentiasa berada di rumah dan tidak boleh keluar tanpa alasan Syara`. Dengan itu bererti keluar rumah tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz, sekiranya kerana alasan Syara`. Antaranya, seperti rumah yang diduduki tidak sesuai atau tidak terdapat alat keperluan asasi atau kerana gangguan jiran atau sebagainya. Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walau pun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira samada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,samada sebelum atau selepas kahwin dan samada ibu bapa Islam atau tidak. Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz sekiranya mereka sakit. Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizin isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturrahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melaku perbuatan derhaka. Sedangkan melaku kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara`. Firman Allah, (al-Isra’ : 24), maksudnya Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan. (Lampiran 5) Hadis Qudsi: Ertinya, Aku adalah Allah, Aku amat pemurah, Aku jadikan rahim (perhubungan), aku pecahkan namaku baginya (rahim) dari nama Aku, sesiapa yang menyambung tali perhubungan aku akan menyambung tali perhubungannya, dan sesiapa yang memutus tali perhubungan Aku akan memutuskannya. Dari pendapat di atas ada beberapa pandangan mengenai keluar rumah meziarahi ibu bapa tanpa izin. Pandangan pertama, isteri tidak melaku perbuatan Nushuz sekalipun tidak diizin sama ada sakit atau pun tidak . Pandangan kedua, ziarah ibu bapa semasa sakit tanpa izin sahaja tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz dan ketiga menziarahi ibu bapa tanpa izin termasuk dalam perbuatan Nushuz, sama ada sakit atau pun tidak Bagaimana pun makruh suami melarang isteri menziarahi ibu bapa kerana membuat kebaikan kepada mereka adalah tuntutan Syara` (i) Kedudukan Isteri Keluar Rumah Untuk Bekerja Isteri keluar untuk bekerja apakah ia tergolong dalam perbuatan Nushuz atau pun tidak. Dalam masalah ini tidak timbul perselisihan pendapat antara ulamak sekiranya mendapat izin suami. Perbuatan itu tidak termasuk dalam perbuatan Nushuz. Tetapi yang timbul perselisihan sekiranya berlaku penarikan balik izin oleh suami terhadap izin yang diberi. Apakah ia dianggap sebagai melaku perbuatan Nushuz atau pun tidak. Dalam masalah ini ada dua pandangan berbeza. Pendapat pertama, sebahagian besar ulamak samada ulamak yang terdahulu atau semasa berpendapat setelah berlaku penarikan balik izin dan sekiranya isteri masih lagi keluar untuk bekerja sedangkan segala kemudahan telah disedia suami maka perbuatan itu adalah sebagai perbuatan Nushuz. Ibn Abidin menyatakan : Sekiranya ditegah bertenun dan ingkar, keluar tanpa izin suami, maka ia dikira sebagai Nushuz selama mana ia keluar dan sekiranya ia tidak menegah dari keluar maka ia tidak dikira sebagai Nushuz.. Muhammad Abu Zuhrah memberi pendapat yang sama : Perempuan bekerja apabila diminta berada di rumah, tidak berhak mendapat nafkah apabila ia tidak mematuhi permintaan tersebut. Perbuatan demikian (izin bekerja) dikira sebagai penyerahan tidak sempurna. Suami berhak meminta isteri menyerah diri secara penuh. Enggan mematuhi permintaan suami ia dianggap sebagai melaku perbuatan Nushuz. Pendapat yang sama dinyatakan oleh Abd al-Rahman Taj, dalam kitabnya al-Shariat al-Islamiyah fi al-Ahwal al-Sakhsiyah dan Umar Abdullah dalam kiatabnya Ahkam al-Shari'at al-Islamiyah fi al-Ahwal al-Sakhsiyah, h.340. Pendapat Kedua, Menyatakan suami tidak lagi mempunyai hak untuk menarik balik izin sekiranya suami telah memberi keizinan. Ini berdasarkan kepada keputusan oleh Mahkamah Rendah Kaherah, tahun 1956, keputusan Mahkamah Rendah Iskandariah, 1964 Mesir. Hak untuk tidak boleh menarik balik izin juga sebagaimana dinyatakan oleh Muawwab Abd al-Tawwab. Bagaimana pun ia terikat dengan syarat-syarat di bawah, Pertama, Apabila disyarat semasa akad pengekalan isteri untuk bekerja atau memberi hak untuk bekerja. Kedua, Apabila suami mengetahui yang isterinya bekerja sebelum berlaku akad. Ketiga, Apabila isteri bekerja selepas akad tetapi sebelum dukhul dan suami redha dengan kerja tersebut sama ada keredhaan itu secara terang atau secara tersirat. Keempat, Apabila isteri bekerja selepas dukhul dan suami redha dengan kerja tersebut, sama ada secara jelas atau tersirat. Keluar dalam keadaan di atas setelah dipersetujui oleh suami, maka tidak ada hak lagi baginya untuk menghalang dan sekiranya isteri keluar maka ia tidak dianggap sebagai melakukan Nushuz dan tidak menggugur nafkahnya. Kelima, Apabila isteri terpaksa keluar rumah untuk bekerja kerana kepentingan atau keperluan bagi menambah pendapatan kerana keluar dalam keadaan ini dikira sebagai daruri dan tidak mengugurkan nafkah. Berhubung dengan pendapat di atas pembentang lebih bersetuju dengan pendapat pertama. kerana hak berada dirumah adalah hak ihtibas al-kamil bagi suami. Ketika ia izin isteri keluar bererti ia redha dengan ikhtibas al-naqis. Tetapi apabila ia menarik balik izin bererti ia tidak lagi redha dengan ikhtibas al-naqis. Dengan itu hak izin suami tidak gugur walaupun keizinan itu telah diberi. Bagaimana pun Akta Keganasan Rumah Tangga, Akta 524, Sek 2 memperuntukan suami tidak ada hak melarang isteri keluar rumah tanpa kerelaannya. Berasaskan kepada peruntukan ini suami boleh dituduh sebagai melaku perbuatan jenayah sekiranya isteri tidak bersetuju dengan larangan tersebut. Peruntukan ini nampaknya bercanggah dengan hak yang diberi Syara` untuk menegah isteri keluar rumah.. Akta ini dikuatkuasakan sama ada kepada orang Islam dan bukan Islam Cara Penentuan Izin Bekerja. Sudah dijelaskan sebahagian besar ulamak dan pendapat yang rajih isteri bekerja di luar rumah dengan izin suami berhak mendapat nafkah. Izin itu boleh dita'birkan dengan beberapa cara. Antaranya, dengan menggunakan lafaz yang sarih (jelas), seperti suami berkata kepada isteri aku izin kamu bekerja atau cara kelakuan, seperti keluar bersama-sama ke tempat kerja ataupun dengan diam yang tidak ada reaksi melarang isteri kerja. Walaupun pada asalnya diam bukan menggambarkan sebagai izin, namun begitu dalam keadaan tertentu diam boleh digambarkan sebagai izin. Ini seperti sebelum berkahwin laki-laki mengetahui yang bakal isterinya bekerja atau sedang memohon pekerjaan dan selepas berkahwin tidak melarang isterinya bekerja atau menghalang hasrat isterinya, maka diam itu boleh dikira sebagai izin. (ii) Keengganan isteri berpindah rumah bersama suami. Keenganan isteri berpindah rumah mengikuti suami dikira sebagai perbuatan Nushuz sekiranya rumah yang disediakan itu sesuai. Firma Allah, At-Talaq, 6 tempatkan mereka itu (isteri) dimana kamu bertempat tinggal dan jangan sekali-kali, memudaratkan mereka itu. (Lampiran 6) Rumah atau tempat tinggal yang sesuai mestilah dapat memenuhi ciri-ciri berikut: i. Rumah yang disedia sesuai untuk mereka tinggal bersama dan mempunyai keperluan asasi yang sesuai, berdasarkan kepada keadaan dan kemampuan kewangan suami. ii. Rumah adalah dikhas untuk mereka berdua sahaja kecualilah anak-anak suami dari isteri yang terdahulu yang belum mumayyiz. Tinggal bersama orang lain kadang-kadang menyusah dan menyempitkan mereka. iii. Rumah yang disediakan dapat menjamin keselamatan terhadap jiwa dan harta isteri. Berdasarkan syarat-syarat di atas keengganan isteri berpindah mengikuti suami kerana rumah tidak memenuhi syarat maka keengganan itu tidak tergolong dalam perbuatan Nushuz. Begitu juga keengganan berpindah kerana suami tidak menyegerakan pembayaran mahar yang dipersetujui atau berdasarkan adat. (iii) Keengganan Musafir Bersama Suami. Keengganan musafir mengikuti suami juga termasuk dalam perbuatan Nushuz dan sekiranya musafir yang dicadangkan itu memenuhi syarat-syarat berikut: i. Suami dapat memberi jaminan keselamatan kepada diri dan hartanya semasa musafir ii. Musafir bukan bertujuan menipu atau menyusahkan isteri iii. Musafir kerana kepentingan, seperti untuk urusan perniagaan, menuntut ilmu atau pun kerana tugas dan sebagainya. (iv) Menghalang Suami Masuk Ke Rumah Milik Isteri Selepas Di Izin. Ini sekiranya isteri telah mengizinkan suami tinggal bersama di rumahnya dan suami tidak diberi tempoh yang sesuai mencari rumah lain dan berpindah terlebih dahulu, maka menghalang atau melarang suami masuk ke rumahnya dikira sebagai melaku perbuatan Nushuz . Tetapi apabila diberi peluang keengganan isteri membenar suaminya masuk ke rumah beliau tidak dianggap sebagai Nushuz kerana rumah itu adalah hak miliknya. Pada asasnya bukan menjadi tanggung jawab isteri menyediakan rumah untuk mereka tinggal bersama. Suami mesti menyediakan tempat tinggal. Keizinan isteri untuk suami tinggal bersamanya samada rumah miliknya atau disewa hanya berasas kepada kerjasama, tolak ansur bukan satu kewajipan sekalipun ketika ikatan perkahwinan masih kekal. (v) Menghalang Suami Beristimta` . Istimta’ itu adalah hak suami dan sekiranya isteri menghalang beristimta` tanpa apa-apa hak, maka halangan itu adalah termasuk dalam perbuatan Nushuz sekiranya tanpa apa-apa hak atau apa-apa keuzuran. Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W bermaksud : Ertinya, Apabila seorang laki-laki mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan, malaikat akan melaknatnya sehingga waktu subuh. Lagi sabdanya , apabila perempuan berpindah dari tempat tidur suaminya, maka dilaknat oleh malaikat sehingga waktu subuh . Halangan Kerana Uzur atau Alasan Syarak Halangan istimta` itu kerana hak atau uzur, maka tidak boleh disifatkan sebagai Nushuz. Halangan kerana hak, antaranya menghalang beristimta` kerana menuntut disegerakan mas kahwin berdasarkan persetujuan atau uruf. Halangan itu tidak tidak boleh dikategorikan sebagai Nushuz kerana mas kahwin itu adalah haknya yang ditentu oleh Syara’. Halangan kerana uzur tidak juga termasuk dalam perbuatan Nushuz, seperti isteri sakit, berada dalam haid, nifas, atau lain-lain keuzuran Syara'. Alasannya melaku jima` dalam keadaan tersebut boleh menimbulkan kemudaratan kepada isteri. Sabda Rasulullah, jangan melakukan mudarat dan dimudaratkan. Selain dari itu hubungan dalam keadaan haid dan nifas jelas bertentangan dengan Syara`. Firman Allah maksudnya, An-Nisa', 222 : hendaklah kamu menjauhi perempuan semasa mereka berada dalam haid. (Lampiran 7) (vi) Meninggalkan fardu-fardu atau tuntutan agama yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. Bukan sahaja melaku Nushuz terhadap suami malah termasuk dalam perbuatan maksiat. 2.4 Kaedah Menyelesai Nushuz Isteri Sebagaimana disebut dalam pendahuluan tadi sistem perkahwinan dalam Islam ialah untuk mewujudkan keharmonian, kasih mengasihani antara pasangan suami isteri dan mengelak perceraian. Sebab itu langkah menta'dib diambil terlebih dahulu sebagaimana berikut : (i) Memberi Nasihat. Suami hendaklah mengguna perkataan yang lemah lembut dan bersopan, seperti takutlah kepada Allah dengan melaksana hak saya yang wajib di atas engkau atau lain-lain perkataan yang baik. Moga-moga dengan itu isteri berlembut hati dan kembali taat. Firman Allah, maksudnya, An-Nisa', 34: " Apabila diketahui Nushuz isteri (kerana melakukan perkara-perkara di atas) nasihtakan mereka. " Langkah ini di ambil sebelum langkah pemulauan tempat tidur atau pukul secara ta`dib di ambil. (ii) Berpindah Dari Tempat Tidur Langkah kedua ini diambil setelah langkah pertama tidak memberi kesan. Firman Allah, maksudnya "Berpindahlah dari tempat tidur mereka". Nabi pernah memulau tempat tidur para isterinya selama sebulan. Bagaimanapun semasa pemulauan tersebut dilarang dari tidak bercakap dengan isteri lebih dari tiga hari. Sabda Rasulullah S.A.W. Maksudnya, tidak halal bagi seseorang Islam tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. (iii) Pukul Sekiranya Nushuz masih berkekalan suami dibolehkan memukul isteri sebagai pukulan pengajaran untuk menjernihkan kembali rumah tangga yang terganggu, bukan pukulan meluka, mencedera, atau mencacatkan isteri. Pukulan adalah sebagai pilihan terakhir dalam keadaan terdesak. Diriwayatkan dari Aishah (R.A) maksudnya, Rasulullah tidak pernah memukul isterinya, khadamnya dan tidak memukul dengan tangannya melainkan kerana berjuang pada jalan Allah, atau mereka yang menceroboh perkara yang diharam oleh Allah, maka ia menuntut bela kerana Allah. Oleh kerana pukulan sebagai pukulan pengajaran, maka suami tidak diboleh memukul isteri dibahagian-bahagian yang sensitif seperti muka, perut, tempat-tempat yang kemungkinan membawa kepada maut. (iv) Perlantikan Hakim Sebagai penyelesaian terakhir ialah melalui perlantikan hakim. Firman Allah, Surah Al-Nisa`, ayat 35, maksudnya, " Sekiranya kamu bimbang berlaku perpecahan antara kamu berdua lantiklah hakim ( orang tengah ) seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan , sekiranya kedua-dua itu mahu mencari perdamaian nescaya Allah akan mempertemukan mereka secara baik. " Mengikut al-Shafii dan Hanbali hakim tidak ada kuasa mencerai atau pun tebus talak tanpa mendapat mandat dari suami. Tetapi Maliki berpendapat sebaliknya, hakim mempunyai kuasa penuh sama ada hendak mencerai atau tidak tanpa mendapat izin suami atau pun kebenaran hakim .Hanafi pula berpendapat hakim perlu melaporkan perkara tersebut dan hakim mempunyai kuasa sama ada hendak menceraikan atau pun tidak . 3.0 Nushuz Suami dan Bentuknya Kalau terjadinya Nushuz di pihak isteri, maka demikian juga Nushuz terjadi di pihak suami. Firman Allah maksudnya, An-Nisa', 128 " Sekirannya isteri bimbang dengan Nushuz suaminya atau berlaku keingkaran maka tidak ada apa-apa halangan kamu melakukan tebus talak. " Secara umumnya Nushuz suami bermaksud suami tidak melaksana hak-hak isteri yang ditentukan Syara`. Dengan ini jelas Nushuz juga berlaku di kalangan suami, sebagaimana ia berlaku di pihak isteri. Cuma bentuk Nushuz dan tindakan yang boleh diambil sahaja berlainan. Suami diwajibkan menanggung nafkah isteri dan melaksana giliran yang adil. Nafkah dan giliran yang adil adalah hak isteri yang ditentukan berdasarkan nas-nas Syara'. Kegagalan melaksana hak-hak tersebut bererti suami melaku perbuatan Nushuz. Begitu juga Syara` membolehkan suami memukul isteri bertujuan menta`dibkannya. Tetapi sekiranya pukulan berlebihan mendatangkan kemudaratan maka perbuatan itu dikira sebagai Nushuz kerana melanggar hak yang diberi oleh Syara`. Dengan itu terjadinya Nushuz suami kerana dua perkara, pertama kerana tidak melaksanakan hak dan kedua penyalahgunaan hak. Tidak melaksanakan hak dijelaskan dalam Majmu` Shar al-Muhazzab seperti berikut : Apabila ternyata berlaku Nushuz dari suami, seperti ia menghalang sesuatu yang di wajib kepada isteri, seperti nafkah, pakaian, giliran yang adil dan sebagainya hendaklah hakim menempatkan isteri berhampiran mereka yang boleh dipercayai dan adil. Menyalah guna hak dinyatakan oleh Dr. Harun Din seperti berikut : Apabila suami berkekalan Nushuz-nya dan tidak mahu berdamai, seperti berpindah tempat tidur atau memukul atau mencaci yang memudaratkan maka isteri berhak melapor perkara tersebut kepada Kadi. Berpindah atau meninggalkan isteri akan menimbul kesukaran yang amat besar kepadanya Perkara ini telah dinyatakan oleh para ulamak silam, antaranya Mazhab Hanafi : Apabila suami berkekalan (Nushuz) terhadap isterinya seperti memukul atau menyakiti samada dengan perkataan atau perbuatan, diangkat urusannya kepada Kadi supaya diberi amaran dan untuk menegahnya (suami) dari melaku kemerbahayaan terhadap isteri. Demikian juga dengan pandangan mazhab Maliki : Dengan melaku perbuatan terhadap isteri seperti memukul dengan pukulan yang tidak berdasarkan Syara` atau mencela dan seumpamanya … hendaklah hakim menghalang dengan nasihat … Dari kenyataan di atas di atas ternyata Nushuz berlaku juga di pihak suami sebagaimana berlaku Nushuz di pihak isteri, cuma bentuk Nushuz sahaja berlaianan dengan Nushuz yang dilaku isteri. 3.1 Penyelesaian Nushuz Setiap permasalahan terdapat penyelesaian. Tindakan-tindakan berikut boleh diambil bagi meyelesai masalah Nushuz yang dilaku oleh suami: (i) berdamai secara baik. Langkah aman atau langkah penyelesaian secara baik mesti diutamakan sebelum langkah lain di ambil. Fiman Allah, An-Nisa', 128 Sekiranya isteri bimbang dengan Nushuz suaminya atau berlaku keingkaran maka tidak ada apa-apa halangan mereka berdamai antara mereka berdua dan berdamai itu adalah jalan yang terbaik. (Lampiran 11) (ii) membuat aduan kepada Kadi Untuk kali pertama Kadi hendaklah menasihati suami supaya tidak menyakiti atau memukul isteri. Sekiranya suami masih menerus perbuatan itu bolehlah Kadi menta`zir untuk menghalang ia bertindak demikain. (iii) Berpisah Sebagai langkah terakhir bolehlah mereka berpisah samada dengan talak atau tebus talak atau pun dengan Fasakh. Untuk langkah ketiga ini perlu ada syarat-syarat tertentu. 4.0 Penutup Dari perbincangan di atas, Islam menentukan bentuk-bentuk Nushuz, samada dari pihak isteri ataupun suami. Bagi menjamin keharmonian rumahtangga, Islam menentukan kaedah penyelesaian jika berlakunya Nushuz. Di harap agar seminar ini dapat menghasilkan sesuatu yang berharga dalam usaha pembinaan ikatan keluarga yang mantap dan harmoni.

Sayang Isteri? Bacalah doa ini selalu..

Bismillah: Sayang Isteri? Bacalah doa ini selalu.. Amalan Sunnah Nabi SAW yang jarang dipraktikkan oleh pasangan yang baru berkahwin pada hari ini ialah di mana Suami meletakkan tangan kanan di ubun kepala isteri sambil membaca doa : "Ya Allah, Aku memohon kepadaMu segala kebaikan yang ada padanya, dan aku berlindung kepadaMu dari segala keburukan yang ada padanya. Ya Allah, berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk maupun dari segala keburukan perbuatan orang2 yang dengki, perbuatan tukang sihir dan perbuatan orang2 yang suka melakukan tipu daya" Sebaiknya tambahlah waktu bersendirian dengan membaca banyak-banyak doa ini. Ya Allah, panjangkan jodoh kami hingga kesyurgaMu ya Allah. Jadikanlah cintanya untukku seorang sahaja. Jadikanlah aku lebih cantik dimatanya dari orang lain. Jadikanlah aku lebih hebat dimatanya dari orang lain. Jadikanlah aku lebih baik dalam segala hal dimatanya dari orang lain. Mudahkanlah segala urusan kami sekeluarga dunia akhirat. Jauhkanlah kami dari segala maksiat. Berkatkanlah rezeki kami. Berkatkanlah usaha kami. terimalah segala amalan kami dan maafkanlah segala dosa-dosa kami. Panjangkanlah umur kami. Sihatkan tubuh badan kami. Cerdikkan akal fikiran kami. Mudahkan kami menghafaz ilmu dariMu. Mudahkan kami beramal segala perintahMu. Lunakkanlah hati-hati manusia agar baik semuanya kepada kami. Jauhkan kami dari kebencian manusia. Keburukan teman-teman, keburukan akhlaq jiran.

Berbaik semula sebagai suami isteri atau rujuk.

(1) Jika, selepas sesuatu talaq raj'i, persedudukan semula berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hak persekedudukan semula itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kawasan di mana mereka bermastautin. (2) Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyiasatan yang perlu dan, jika berpuashati bahawa persekedudukan semula telah berlaku mengikut Hukum Syarak, hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu pengesahan pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya surat-surat perakuan cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluarkan kepada mereka surat perakuan persekedudukan semula dalam borang yang ditetapkan. (3) Pendaftar hendaklah juga menyerahkan satu salinan surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah mendaftar persekedudukan semula itu dengan membuat suatu pengesahan pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya. (4) Mana-mana pihak kepada suatu perkahwinan yang tidak melaporkan hal persekedudukan semula sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu. (5) Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pendaftar yang kepadanya laporan di bawah subseksyen (1) itu dibuat, dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan persekedudukan semula itu dan hendaklah menghantar surat-surat perakuan cerai itu kepada Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengan satu salinan surat perakuan persekedudukan semula itu dan Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu pengesahan pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian dan hendaklah menyerahkan salinan surat perakuan persekedudukan semula itu dengan membuat pengesahan pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya. (6) Jika talaq raj'i telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta isteri supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu. (7) Jika selepas talaq raj'i suami melafazkan rujuk dan isteri telah bersetuju terhadap rujuk itu, isteri boleh, atas permohonan suami, diperintahkan oleh Mahkamah supaya berbaik semula sebagai suami isteri, melainkan jika isteri itu menunjukkan sebab-sebab yang baik mengikut Hukum Syarak sebaliknya, dan, jika sedemikian halnya, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 46 (5) dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya. (8) Jika selepas talaq raj'i suami melafazkan rujuk tetapi isteri telah tidak bersetuju terhadap rujuk itu kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syarak ia tidak boleh diperintah oleh Mahkamah supaya berbaik semula sebagai suami isteri, tetapi Mahkamah hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 46 (5) dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Kisah Pramugari Koma Di Tanah Suci

Kisah benar ini telah diceritakan oleh seorang pengurus jemaah haji dan umrah, ketika peristiwa itu umur beliau dalam lingkungan 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar. Kebetulan ketika itu beliau balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Beliau menetap di Mekah sejak 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarganya semua menetap di Mekah, kecuali beliau seorang saja yang mana sebelum ini tinggal dengan neneknya di Perak. Walaupun di usia yang muda ketika itu, beliau ditugaskan oleh bapanya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan beliau adalah anak sulung dalam keluarganya. Sama-samalah kita hayati kisah ini untuk renungan bersama. Gambar hiasan Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an, dikatakan bekerja sebagai seorang pramugari. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tetapi tanpa sebarang sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. “Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital,” kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa Puan menangis?” “Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat.” “Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat. Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan. “Habis yang puan pergi haji ini?” “Yalah…saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi.” “Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?” tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Ustaz…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini. “Betul ke puan?” tanya saya, terkejut. “Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga. Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah.” “Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik.” Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.” Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Ustaz…saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar. Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tidak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri sahaja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api. Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, saya minta minuman, tetapi…saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini.” Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh. Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan.” Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. “Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat… saya taubat Nasuha,” katanya sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh. “Puan…yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya. “Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar.” Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. “Tak boleh Ustaz. Saya takut…saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat.” Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung, jaga lah aurat dengan sempurna. Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya. Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa.” “Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah…” “Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya. Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam.” Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” Itu dah terlambat. Firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya, dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar. Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.” (Asy-Syuura 42:18) Wallahu’alam….

Cara berdamai

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi. Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama. 1. Jangan merajuk Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk. Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri. 2. Jangan menghukum Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum. 3. Jangan berdusta Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai. 4. Jangan mencari salah Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan. 5. Berhentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif. Antara contoh-contohnya; "Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan) "Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan) "Ini salah awak juga." (tuduhan) "Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan selalu bergaduh." (tuduhan) "Abang tak guna langsung." (celaan) "Awak tak senonoh!" (celaan) "Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan) "Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan) Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan. 6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam". 7. Senyum semula Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula. 8. Mulakan berdamai Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha. 9. Kenal pasti punca masalah Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik. Contohnya; a. "Awak tak bertanggungjawab." (x) "Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup tiap-tiap bulan." (/) b. "Awak degil." (x) "Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak bantah." (/) c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x) "Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya tak berasa diri saya diabaikan." (x) 10. Kenal pasti perubahan Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu. Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya. Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab". Contoh; a. "Jangan biadab pada saya." (x) "Jangan menengking saya." (/) b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x) "Tak payahlah awak belajar main golf." (/) c. "Jangan pemalas." (x) "Jangan selalu tidur siang." (/) d. "Layan saya dengan betul." (x) "Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/) e. "Jangan syirik." (x) "Jangan bomohkan saya." (/) Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Bergaduh

Kali ini kami ingin kongsikan sedikit pesanan buat pasangan suami isteri, terutamanya yang baru berumahtangga. Tentunya, tazkirah ini juga buat kami yang tidak terlepas dari ujian. Perbezaan pendapat, juga kelainan sikap boleh membawa perselisihan dan kadang-kadang melarat menjadi satu pergaduhan berpanjangan, dalam rumah tangga. Ini tentunya tidak sesuai dalam rangka kita untuk membina suasana yang damai buat anak-anak. Persekitaran yang damai, harmoni dan bahagia memberikan pengaruh besar kepada pendidikan anak-anak. Jika ibu bapa hidup dengan limpah kasih sayang, dan dihiasi kuntuman senyum mesra dan gelak ketawa, nescaya si anak akan terbiasa dengan bayu keharmonian dan kedamaian. Kasih bapa pada ibu dan kasih ibu pada bapa menjadi model penting kepada anak untuk menjadikan nilai kasih sayang sebagai pendorong dalam pembinaan jati diri positif. Sebaliknya jika suami isteri bercakaran dan rumah tangga berantakan, si anak akan termanggu-manggu kebingunan, sedih, kecewa, bosan dan memberontak. Rasa sayang pada ibu akan menjadi semakin luntur dan layu. Rasa hormat pada ayah pula menjadi hilang. Rumah bagaikan medan perang yang bukannya mencederakan fizikal tetapi melukakan hati dan perasaan. Akhirnya pendidikan anak ini makin terabai dan terganggu. Konflik Rumah Tangga Kata pepatah: sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal. Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian. Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri. Namun, mencari siapa yang bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dan mengurus 'lidah yang tergigit' ini. Jika lidah yang digigit, penyelesaiannya bukan dengan mencabut gigi, atau memotong lidah. Demikian juga dalam situasi hubungan suami isteri. Kedua-dua pihak perlu berlapang dada, bertimbang rasa, sabar, dan tenang dalam menghadapi konflik rumah tangga. Tambahkan ilmu, dapatkan bimbingan, dan rujuk lah masalah yang timbul kepada mereka yang berpengalaman dan punya hikmah. Munajatlah kepada Allah agar, Dia membuka jalan ketenangan dan keharmonian dalam berumah tangga. Fikirkan soal jangka panjang sebelum sesuatu keputusan drastik di ambil, agar anak-anak tidak menjadi mangsa pertembungan suami isteri. Anak Menjadi Mangsa Anak ibarat seekor pelanduk yang terhimpit akibat dua ekor gajah bertempur. Yang 'berperang' ialah ibu dan bapa, namun korban perang adalah anak-anak. Kerap kali kita dengar kisah anak-anak yang dahagakan ketenangan dan kasih sayang akibat konflik rumah tangga. Tidak sedikit anak-anak hari ini yang kantung jiwanya kosong, terbiar dan tanpa kasih akibat ibu dan bapa kerap berselisih faham. Mereka bukannya tidak berayah, atau beribu. Kedua-duanya masih ada. Namun kewujudan mereka tidak membawa sinar kebahagiaan, bahkan menawarkan dunia huru hara dan pertengkaran. Watak-watak garang, marah, bengis, dan degil yang ditonjolkan oleh ibu dan bapa akan tercetak pada kotak fikiran anak-anak. Adegan-adegan pertengkaran, merajuk, tengking-menengking, pukul-memukul, marah-marah, serta berleter-leter yang dipaparkan oleh ibu dan bapa akan menjadi ikutan tanpa sedar oleh anak-anak. Bahkan elemen-elemnen negatif seperti mengumpat, memburuk-burukkan, menipu dan sebagainya akan terus mewarnai segenap penjuru rumah yang punya krisis rumah tangga. Anak-anak pula, bukan sekadar menjadi penonton setia, bahkan apa yang dilihat, didengar dan didedahkan itu akan menyelinap dalam akal serta sanubari mereka. Maka, usahlah bergaduh. Utamakan penyelesaian bukan kemenangan. Jika kemenangan yang dicari, hanya kehancuran yang diperolehi.

Depression and anger

It took me a long time to understand the connection between depression and anger. One psychiatrist I visited would often ask a simple question toward the end of a session: How’s your anger? I couldn’t understand why he asked. I hadn’t been talking about anger. Depression was my problem. I’d usually respond with a puzzled, Fine. I’d leave his office wondering why he had asked about anger but soon put it out of my mind. He never pressed me to talk about it, and I never asked for an explanation. After a while, though, I put the two together, and found a new way of looking at myself that went deeper than I had gone when focused only on depression. I knew that irritability was on the list of depressive symptoms used for making a diagnosis. But I separated that in my mind from raw, hot-blooded anger. Before saying any more, I want to distinguish between ordinary anger and the intense anger that leads to rage. Anger is a basic human emotion that helps defend us from attack. I think of it like pain – a powerful signal that demands a reaction. You’re being accused unjustly. You’re being verbally or physically abused. You witness an act that violates basic norms of justice and humanity. You get angry, outraged at an attack on your integrity, your body, your loved ones. Anger alerts you to the need to react in order to defend your safety, family, identity, ideals – everything that makes you who you are. That sort of anger is justified. Feeling and expressing it are inwardly satisfying because you’re standing up for yourself. If you were to stifle it, you’d probably feel ashamed that you let yourself be run over. The anger that quickly leaps to rage is completely different. It may be triggered by an external provocation, but its causes are usually buried inside you. It’s more of a projection onto the world, a response that is far out of proportion to any cause. Perhaps the hallmark of this sort of anger, like the intense forms of irritability, fear or despair, is that they perpetuate themselves. After a while, they simply take over. You’re raging, irritable, intensely anxious or despairing for no apparent reason. Or if there is a reason at the beginning, the distorted emotions keep going without letup. They have a life of their own. Far from being satisfied at the expression of an understandable emotional reaction, I’d feel terrible and full of guilt. I’d try to apologize, but the damage was done. There had been periods in my life when I had stormed and raged with my unfortunate family for no apparent reason – though at the time I found plenty of things to yell about. Those “causes” were usually small stuff. The house is a mess – meaning all I could see was a disorder I couldn’t stand, viscerally couldn’t tolerate. The kids had to be controlled better. They were too wild. They were acting too much like … kids! Sometimes, and I hate to think back on it, I got violent, threw things around, hit my sons. Mostly I mistreated them by yelling down whatever they tried to say. I raged for total obedience. I raged at my wife about anything that rubbed me the wrong way. It never occurred to me that extreme anger might be related to depression. It amazes me now that I never made a connection. It amazes me even more that I never sought help to deal with the rage – whether or not it was linked to anything else. Once it started, I couldn’t stop it, no matter how much I tried. I knew the triggers that could set me off as soon as I walked into the house – and it was at home where I raged most often. I could anticipate the problems and knew how crazy it was to start yelling about stupid little things. I couldn’t stand what I was doing. But I couldn’t stop feeling the rage. Then I read Terrence Real’s I Don’t Want to Talk About It, and everything started to fall into place. Real’s book is about depressed men, in particular, and is based on his long experience with couples and family therapy. During many an intense session, wall-punching anger rushed out of men who found it impossible to talk about their feelings. Real came to think of this as a covert form of depression because sooner or later a full-blown depressive episode would set in. Using the anger to probe its origin, he usually found a deep shame that had developed early in life. There was a sense of failure to achieve the ideals of manhood that his client had been expected to meet. Traumatic events had pushed the boy over the brink and led to his sealing emotions away so deeply that he lost touch with them altogether. Whether or not you agree with this type of explanation, the drama that unfolded in his office brought out a deep connection between the extremes of anger and depression. I had lived through moments exactly like the scenes Real’s clients described and often acted out in his presence. Whatever the explanation, I finally felt the relationship between depression and extreme anger. I had been swinging from one mood to another, a period of explosive anger followed by a period of deep depression. From intense but destructive energy to no energy at all. As I had found so many times, awareness was the first step in healing. I couldn’t stop either the anger or the depression on my own but could see what they were doing to me. That prompted me to get help and start a long process of recovery. For the first time, I understood the psychiatrist’s question, and my raging anger became part of the discussion from then on.

Isteri Nusyuz (derhaka)

1) PENGERTIAN NUSYUZ Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka. 2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz : 1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami. 2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut. 3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat). 4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya. 3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu : 1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah : Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka. (Surah An-Nisa: ayat 34) 2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah : Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka. (sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’) Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW: Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya. 3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah : Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri). (Sambngan ayat 34 surah An-Nisa) Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya. Wallahua’lam