Suami dan isteri ini tinggal berjauhan hanya beberapa bulan sekali akan berjumpa

..faktor ini mungkin meyebabkan kasih sayang tidak dapat dipupuk..namun suaminya tetap dengan keputusan ingin berpisah kerana tiada perasaan dan serasi dengan isteri. namun isterinya masih mahu mempertahan rumahtangga ini tetapi apakan daya seorang isteri jika suami telah mengatakan keputusannya adalah muktamad. semoga mereka diberi petunjuk dan kekuatan dalam menghadapi nya...takdir kita manusia berbeza... lydianajihah: boleh juga sarankan suami isteri dapatkan kaunseling di pejabat agama. carilah waktu di mana kedua2nya ada bersama. nurul_izzah: assalamualaikum.. saya pernah dengar kes-kes macamni. perasaan tak tumbuh sebab suami isteri tak tinggal bersama. mungkin si suami nak berpisah dengan isteri sebab taknak menganiaya isteri. apapun selagi bernama suami isteri rumahtangga ni boleh diselamatkan lagi. Insya Allah. saya setuju dengan pandangan kak najihah. kalau usaha dan perbincangan sudah dilakukan, hingga merasakan tak terdaya lagi, tiba masanya untuk menyerahkan urusan ni pada Allah. jangan berputus asa dan minta pertolongan Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. banyak doa2 pengikat kasih suami isteri boleh diamalkan isteri tersebut. semoga puan itu dipertemukan dengan penyelesaian terbaik. ummu za: betul pendapat najuhah dan tempegoreng..kerana berjauhan maka kasih sayang tidak dapat dipupuk. maka si suami mengambil jalan berpisah kerana tidak mahu menzalimi isteri. apapun perasaan datang dari Allah ..insyaAllah semoga diberi jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka dan pasangan2 yang mengalami masalah yang sama.

Set Kesuburan Shaklee untuk suami isteri

Hai! Ok petang ini, saya nak sharekan entry tentang set kesuburan, bagi mereka yang sedang cuba untuk hamil dan ingin hamil lagi. Biasanya waktu subur dikira pada hari ke 13,14 dan 15 hb bermula hari pertama datang bulan bagi isteri. Antara penyebab isteri belum disahkan hamil adalah kerana kitaran haid isteri yang tidak teratur dan sperma suami yang lemah. Walaubagaimana pun, kita hanya mampu merancang. Ada pelbagai cara untuk kita usahakan untuk hamil, yang penting jangan pernah putus asa berusaha dan selalulah memohon kepada Allah, berdoa dan bersedekah. Penyelesaian terbaik, suami isteri mestilah saling memahami dan ikhtiar untuk memperolehi cahaya mata. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui setiap kejadian. Dalam shaklee kami syorkan supplements di bawah ini khas untuk anda yang mahu hamil. Untuk isteri: ESP (protein) ESP bertindak untuk memastikan sel ovum sihat dan memudahkan persenyawaan. merupakan makanan asas untuk memastikan sel-sel dalam badan sihat dan sempurna. GLA Complex GLA membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri. membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku. membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku. Untuk suami: Zink Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain. Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki. meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki. Vitamin E lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual. membantu membentuk sel sperma yang sihat. juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual

Muhasabah diri

EHIDUPAN berumah tangga banyak dugaan. Tidak sefahaman, sikap angkuh pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalankan tanggungjawab menjadi antara puncanya. Islam menyarankan permasalahan rumah tangga diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Jangan mengambil jalan singkat yang boleh menghancurkan kebahagiaan yang dikecapi melalui perkahwinan. Jika ada persengketaan antara suami isteri, perlu diadakan muhasabah untuk mencari punca krisis berlaku. Dalam hal ini keikhlasan suami isteri amat penting. Jangan mudah menyalahkan pasangan sebagai penyebabnya. Sikap membuat kesimpulan sebelum perbincangan hanya akan menambah lagi kekusutan. Keadilan hanya akan wujud jika perbincangan dilakukan dengan berlapang dada. Ketika suami atau isteri menjelaskan apa yang berlaku, ia mesti didengar dan diperhalusi tanpa prejudis. Dengan cara itu kebenaran lebih mudah ditemui dan keputusan dapat dibuat dengan adil. Dalam usaha merungkai masalah yang timbul, bercakap benar amat penting. Antara suami isteri seharusnya tiada rahsia kecuali jika dikhuatiri berterus terang dalam hal tertentu akan mendatangkan keburukan, maka harus ia dirahsiakan. Bercakap benar perlu diamalkan sepanjang masa. Pembohongan antara satu sama lain akan menghancurkan rumah tangga dibina. Jika berbohong, lambat laun ia akan terbongkar juga. Keadaan ini menyebabkan suami atau isteri tidak lagi mempercayai apa dicakapkan biarpun perkara yang benar. Bercakap benar akan membina ikatan saling mempercayai dan seterusnya mengelak rasa curiga. Jika difikirkan sukar diadakan perbincangan ketika suami dan isteri sudah ‘panas’ dan buntu fikiran, maka Islam menyuruh kedua-dua menghantar wakil untuk berbincang. Pendekatan itu diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian. Perkataan talak atau cerai yang dilafazkan oleh suami sah biarpun dilakukan ketika marah, bergurau, ugutan dan seumpamanya. Talak berlaku bukan saja melalui ucapan, malah juga dalam bentuk tulisan, termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Justeru, soal talak tidak boleh dipandang mudah. Betapa payahnya hendak melangsungkan perkahwinan yang terpaksa melalui beberapa proses, begitu juga sepatutnya sebelum berlaku talak. Isteri jangan mencabar suami menjatuhkan talak apabila berlaku perkara yang tidak disenangi. Suami pula perlu berhati-hati dan bersabar daripada mengucapkan perkataan talak atau perkataan yang boleh menyebabkan talak. Islam membenarkan talak bukan bermakna ia satu perkara yang ‘mudah’ dilakukan. Talak adalah jalan terakhir dalam penyelesaian masalah rumah tangga. Selagi ada peluang untuk kembali aman, maka wajib dilakukan usaha ke arah itu. Firman Allah bermaksud: “Tidak ada sesuatu dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 236). Ayat itu jelas mengenai harus bagi suami menceraikan isterinya atas sebab tertentu. Sesungguhnya, kebenaran suami talak isteri bukan bermakna ia boleh dipermudahkan dan dipermainkan. Kamus rumah tangga tidak sepatutnya menyimpan perkataan talak. Talak ertinya berlawanan dengan akad nikah. Jika perkahwinan itu dituntut, maka talak pula perlu dihindarkan. Peristiwa talak mengundang kebencian Rasulullah SAW dan Allah. Suami tidak boleh bertindak atau memperlakukan sesuka hati terhadap isteri. Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan terbaik daripada suami. Isteri bukannya hamba memuaskan nafsu suami semata-mata. Institusi perkahwinan adalah pelindung bagi wanita daripada perbuatan jahat lelaki yang tidak bertanggungjawab. Kebahagiaan yang diharapkan pada permulaan perkahwinan perlu diteruskan sepanjang masa. Semakin lama usia perkahwinan, sepatutnya semakin erat kasih sayang dan mendewasakan mereka dalam menghadapi cabaran hidup.

Akibat perceraian

Bolehkah perceraian menjadikan seseorang itu lebih bahagia berbanding dengan tinggal dalam perkahwinan yang menyiksakan? Ramai orang beranggapan bahawa perkahwinan yang tidak bahagia akan meninggalkan kesan yang negatif kepada perkembangan psikologi, maka perceraian dilihat dapat memberi peluang untuk mereka memulakan hidup baharu yang lebih bahagia dari aspek segi psikologi dan emosi. Tetapi betulkah anggapan tersebut? Setakat yang diketahui, walaupun banyak perdebatan berkaitan dengan isu ini dibuat, malangnya tiada kajian ilmiah yang berbentuk empirikal dijalankan di Malaysia untuk menjawab persoalan ini. Tetapi, oleh kerana perceraian adalah sesuatu yang bersifat sejagat, mana-mana hasil kajian tentang perceraian (kecuali yang bersangkutan dengan isu undang-undang dan budaya) akan memberi kesan yang agak sama. Dalam konteks ini, kajian-kajian tentang perkahwinan dan perceraian dalam masyarakat moden menunjukkan ciri-ciri yang sama yang menghasilkan kesannya yang sama. Atas anggapan itulah maka saya merujuk kepada kajian-kajian empirikal sedia ada untuk menjawab persoalan yang penting ini. Setakat ini dalam konteks persoalan yang dikemukakan, terdapat satu kajian yang relevan yang telah dijalankan oleh Institute for American Values sekitar tahun 2002 yang dapat membantu kita serba sedikit menjawab persoalan tersebut. Dalam kajian mengenai perkahwinan-perkahwinan yang tidak bahagia yang diketuai oleh Prof. Linda Waite dari Universiti Chicago untuk Institute for American Values menunjukkan bahawa responden yang menyatakan mereka tidak bahagia dalam perkahwinan tetapi telah bercerai selepas itu atau tinggal berasingan tidaklah secara puratanya lebih bahagia daripada mereka yang masih tinggal dalam perkahwinan yang tidak membahagiakan. Dalam kata lain mereka masih tetap tidak bahagia walaupun telah bercerai. Kajian ini yang disokong oleh kajian-kajian lain yang dijalankan oleh Institute of Contemporary Families juga menunjukkan perceraian tidak mengurangkan simptom kemurungan yang dialami di kalangan mereka yang tidak bahagia atau meningkatkan harga diri seseorang secara perbandingan dengan mereka yang “menderita” dalam perkahwinan yang tidak membahagiakan. Satu yang menarik dari hasil kajian ini menunjukkan semasa susulan dibuat lima tahun selepas temu bual pertama, kategori pasangan yang menyatakan mereka tidak bahagia tetapi mengambil pendekatan mengelak perceraian akhirnya mendapat kebahagiaan. Dilaporkan hanya jumlah yang kecil sahaja yang mendapat kebahagiaan setelah berkahwin semula dengan orang lain. Persoalan berkaitan yang agak penting difikirkan adalah, adakah orang yang tidak bahagia dalam perkahwinan mereka tetapi menangguhkan hasrat untuk bercerai akhirnya akan mencapai kebahagiaan sekiranya tidak menamatkan perkahwinan mereka? Tiada jawapan tepat setakat ini untuk persoalan tersebut, tetapi kajian-kajian saya sepanjang dua puloh tahun dalam bidang kekeluargaan terutama berkaitan dengan sebab-sebab perceraian menunjukkan mereka yang bercerai dan mereka yang memilih untuk tidak bercerai adalah dari kumpulan yang berbeza. Terdapat bukti-bukti yang menyatakan pasangan yang bercerai melaporkan terdapat lebih banyak konflik dan keganasan rumahtangga berbanding dengan pasangan yang tidak membuat keputusan untuk bercerai. Jenis dan bentuk cabaran perkahwinan yang membawa kepada perceraian sebenarnya berbeza mengikut bagaimana pasangan atau salah seorang daripada pasangan tersebut mengurus cabaran tersebut. Ada cabaran yang secara perbandingannya adalah ringan tetapi kerana tidak diurus dengan baik berakhir dengan perceraian. Tetapi terdapat juga perkahwinan yang menghadapi cabaran yang berat tetapi berkekalan perkahwinannya kerana dapat dikendalikan dengan baik malah dalam hal-hal tertentu mengeratkan lagi hubungan suami isteri tersebut. Dalam konteks ini, banyak kajian lagi perlu dijalankan untuk melihat bagaimana untuk memperbaiki dan membangunkan perkahwinan yang kuat dan kukuh. Begitu juga aspek mana dan bentuk perkahwinan yang tidak membahagiakan yang boleh diperbaiki bagi mengelak perceraian. Perceraian perlu dilihat sebagai langkah terakhir. Malangnya banyak pasangan sekarang mengambil langkah “short-cut” kerana mempunyai ketahanan dan kesabaran di tahap yang rendah. Ini disokong oleh banyak kajian yang menunjukkan bahawa banyak perkahwinan yang terlerai dalam tempoh kurang dari tiga tahun. Tiga tahun pertama perkahwinan dianggap tempoh sangat mencabar kerana pertembungan pasangan yang datang dari personaliti yang berbeza kerana latarbelakang yang berbeza. Atas dasar itulah undang-undang sivil yang terpakai kepada orang-orang bukan Islam iaitu Undang-undang Membaharui (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, hanya membenarkan petisyen perceraian dibuat selepas dua tahun berkahwin kecuali dalam hal-hal luar biasa. Walau bagaimanapun, implikasi kepada larangan ini membawa kepada lebih banyak kemudaratan. Secara perbandingan, Undang-Undang Keluarga Islam sedia ada tidak melarang petisyen perceraian dibuat walaupun selepas sehari berkahwin tetapi pasangan yang ingin bercerai perlulah dinasihati untuk melalui proses kaunseling sebelum mengambil tindakan yang drastik terlebih dahulu. Bukan bentuk dan jenis cabaran yang sebenarnya menjadi sebab untuk bercerai tetapi pengurusan cabaran itu yang menjadi faktor penentu kebahagiaan. Banyak perkahwinan yang bahagia menghadapi cabaran yang sangat hebat seperti kecurangan oleh salah satu atau kedua-dua pasangan, kemurungan, campur tangan pihak mertua atau pengabaian. Persoalannya kenapa terdapat perkahwinan dalam kategori cabaran tersebut terselamat dari perceraian? Jawapannya terdapat dalam hasil-hasil kajian yang membuktikan kesabaran memainkan peranan yang penting dalam ketahanan perkahwinan tersebut. Ramai pasangan menyatakan bahawa perkahwinan mereka menjadi bahagia bukan kerana mereka dapat menyelesaikan masalah sedia ada tetapi mereka bersatu dalam percubaan mereka untuk mengatasi apa juga cabaran sedia ada dan mendatang. Tarbiyyah masa sebenarnya mendewasakan dan banyak cabaran-cabaran dapat diredakan. Mereka yang berjaya menghindari perceraian biasanya memandang rendah kepada perceraian dan kebaikan yang dikatakan hasil dari perceraian. Mereka juga didapati mempunyai rangkaian sosial yang kemas seperti keluarga dan rakan-rakan yang menyokong kepentingan untuk kekal bersama. Saya ingin menutup perbincangan ini dengan sebuah cerita tentang seorang penyelidik yang menemubual satu pasangan yang menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima puluh untuk mencungkil rahsia kebahagiaan mereka. Penyelidik bertanya kepada kedua-dua mereka sama ada dalam tempoh tersebut mereka pernah terfikir untuk bercerai apabila menghadapi cabaran-cabaran dalam perkahwinan mereka. Kedua-dua mereka berkata tidak pernah terfikir berbuat demikian. Selepas temu bual tersebut, makcik tersebut menarik tangan penyelidik dan membisikkan sesuatu di telinganya, “Sepanjang 50 tahun perkahwinan kami, makcik tak pernah terfikir nak bercerai tapi banyak kali terfikir untuk membunuh suami makcik!!” Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz2P7WSne93 © Utusan Melayu (M) Bhd

Berkahwin dan Bercerai

Kadang-kadang bila berkahwin masa usia muda, macam-macam hal boleh berlaku. Ye la, kita baru nak hidup, gaji pun ciput aje. Pantang isteri tegur sikit, mula le nak marah. Isteri pun jenis tak sabar juga. Masa dating, semua berlakon baik punya. Bila dah baring sekatil baru tahu rupa dan perangai masing-masing. Masing-masing ada egonya. Ilmu agama bab nikah kahwin memang dah khatam, tetapi standard le, semuanya kat mulut aje. Tak percaya tanya Ustazah-ustazah yang glamour tu, kalau suami depa nak tambah cawangan, depa kasi tak? Korang agak apa jawapannya? Masa tu baru tahu Al-Quran dan Hadis hanya dimulut aje. Menurut satu kajian yang dibuat di UK, ini aku dengar ceramah malam tadi kat surau. Poligami dapat meningkatkan umur suami sebanyak 12%. So kalau sayang suami, izinkan dia tambah cawangan. Rahmat apa dapat lama lagi bersama suami pasal umur lagi panjang.. he he he.. Bila dengar ustaz tu cakap macam tu, "aiseyman! isteri tak mai la pulak" Balik dari ceramah terus beritahu Isteri, dalam 1 1/2 jam tu, aku cuma ingat bab tu aje (dasar lelaki, memang ingat benda tu aje). dan seperti biasa jawapan skema yang diberikan oleh isteri ku. "kahwinla bang, janji abang boleh berlaku adil" melalut la pulak aku ni.... balik semula cerita tadi, bila kahwin masa usia muda memang banyak ujian. Kena pulak isteri tak reti masak dan mengemas, suami pulak balik kerja terus lepak dengan kawan-kawan sampai larut malam. So dua-dua ada isu untuk dibangkitkan bila bergaduh. Mula-mula kecil, lepas tu isteri sibuk minta cerai.. itu standard orang perempuan bila bergaduh. Tu pasal talak kat tangan suami, kalau talak kat tangan isteri, banyak le lagi kes talak kat dunia ni. Tetapi ada juga lelaki yg otak letak kat bontot, bila isteri minta cerai, dia dgn selamba aje terus lafazkan cerai. Bila dah dilafazkan, baru tergamam si isteri, terus menangis masuk bilik kemas baju. Dah cerai maaa, mana boleh duduk sekali. Masa tak nikah dulu boleh duduk sekali, tetapi bila dah cerai tak boleh duduk sekali????? Kalau kes macam ni, elok dipisahkan dulu. Jangan terus rujuk. Kena pergi kaunseling. Sebab ada kes, lepas rujuk, sebulan lepas tu kena cerai lagi. Ini dah masuk 2 kali, cuma tinggal 1 aje lagi peluang yang ada. Jodoh ditangan Allah SWT, selepas lebih 15 tahun, pasangan ini berkahwin semula. Alhamdulillah. Sekali aku nampak pasangan di Selayang, berkepit macam pasangan baru kenal. Ye la, dah rugi 15 tahun.

Maizawati Zainal nekad cerai

MINGGU ini nama Maizawati Zainal,33, tiba-tiba sahaja menjadi panas. Dia bukannya selebriti sebaliknya hanyalah seorang ibu kepada enam cahaya mata yang berasal dari Ipoh, Perak. Kemunculannya secara tiba-tiba dalam beberapa program televisyen dengan hasrat meluahkan segala rasa yang terbuku di hati meraih perhatian media hanya kerana dia adalah isteri kepada pendakwah dan penyanyi terkenal, Ustaz Akil Hayy, 40. Malah, kemunculannya turut mengheret sama nama suami yang didakwa meninggalkannya dan anak-anak selama tiga bulan. Sebelum ditinggalkan, dia telah menerima berita yang mematahkan hatinya iaitu suaminya meminta keizinan untuk bernikah satu lagi. Setiap wanita pasti kecewa dengan berita tersebut, apatah lagi bakal madu yang dimaksudkan ialah Waheeda, 31, seorang penyanyi dan pelakon terkenal. Namun, demi kasih dan sayangnya terhadap keluarga yang dibina, dia memberi keizinan kepada suaminya. Bagaimanapun, kebahagiaan yang diharap hanya tinggal harapan. Sebaliknya hanya cerita-cerita panas antara suaminya dan Waheeda menjadi peneman dirinya. Ini termasuklah kisah Waheeda dan suaminya menonton wayang bersama selain gambar mereka berdua di tepi pantai dirakam bersama beberapa rakan tersebar dengan luasnya di Internet. Tidak tahu ke mana arah tuju, Maizawati yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa mengambil keputusan drastik untuk berdepan dengan media buat pertama kalinya. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Maizawati yang ditemui dalam sebuah program televisyen baru-baru ini. Sebelum ini, ada dengar tentang gosip-gosip antara Ustaz dan Waheeda? Ada, ia bermula sekitar tahun 2007. Tindakan Maizawati ketika itu? Saya ada bertanyakan kepada Ustaz tentang gosip-gosip itu dan dia menafikan. Jadi sebagai seorang isteri saya harus percaya pada suami dan saya percaya cakapnya. Ketika awal gosip muncul ada bertanyakan hal ini pada Waheeda? Pernah sekali saya bercakap dengannya melalui telefon dan saya membincangkan perkara ini. Dia juga tidak mengaku dan menafikan tentang gosip itu. Apabila mendengar kenyataan daripada kedua-dua pihak ketika itu saya anggap ia hanya mainan media dan tidak ambil pusing mengenainya. Jadi bila Maizawati tersedar yang semua gosip itu adalah benar? Saya sedar bila Ustaz tunjukkan surat meminta keizinan untuk bernikah satu lagi Februari lalu. Pada mulanya saya memang marah dan kecewa. Tanyalah mana-mana wanita semuanya rasa seperti saya. Bagaimanapun pada hari yang sama saya berubah fikiran dan membenarkan niatnya itu asalkan dilakukan dengan saluran yang betul. Kalau begitu apa masalahnya lagi? Masalahnya sejak itu, Ustaz tidak pulang ke rumah tetapi nafkah keluarga masih diberi seperti biasa. Dengar kata Maizawati mengambil keputusan untuk bercerai. Tidak ada jalan lain selain penceraian? Siapa kata saya tidak cuba jalan lain, saya sudah sabar, tunggu dan lihat selama dua tahun. Ustaz sibuk bekerja, jadi saya ada berbincang dengan dia, itu pun hanya melalui SMS sahaja. Ketika itu saya nak beri peluang sebelum saya hantar permohonan cerai tetapi tidak ada respons daripadanya seolah-olah merestui tindakan saya. Jadi saya nekad untuk bercerai dan perbicaraan akan berlangsung pada 2 Jun ini di Mahkamah Syariah Ipoh. Adakah kerana gosip mereka telah bernikah membuat Maizawati mengambil keputusan untuk bercerai? Tentang itu saya tidak tahu kerana tidak ada bukti hitam putih ditunjukkan kepada saya, jadi saya tidak percaya. Sudah banyak masa diberi kepadanya (Ustaz), jadi sudah terlambat untuknya kerana saya sudah nekad dengan keputusan yang dibuat. Dalam artikel di akhbar lain sebelum ini Waheeda ada meminta Maizawati bersemuka dengannya. Adakah Maizawati bersedia bersemuka dengan Waheeda? Buat apa saya nak bersemuka dengannya, patutnya dari awal lagi dia yang datang jumpa saya kenapa pula saya yang perlu jumpa dia. Sekarang ini semuanya sudah terlambat. Saya tidak perlu jumpa dia, buat apa? Pada saya berani kerana benar, takut kerana salah. Sejak kemunculan Maizawati di televisyen dan akhbar, ada atau tidak Ustaz hubungi untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Tidak ada, jumpa pun tidak. Mungkin dia sibuk kerja. Maizawati sedar atau tidak kesannya apabila tindakan berhadapan dengan media diambil? Saya sedar dan tidak menyesal kerana sebelum bertindak sebegini saya sudah kaji baik dan buruknya tindakan saya ini. Saya langsung tidak berniat untuk membuka aib sesiapa cuma meluahkan rasa di hati. Bukan juga untuk memperbesarkan perkara ini cuma nak mencari titik noktah. Andai benar Ustaz dan Waheeda sudah berkahwin? Saya harap mereka bahagia dan saya ucapkan tahniah. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2P7ULo7jt Hakcipta terpelihara

Nekad Cerai

Pagi tadi telah berlangsungnya perbicaraan kes cerai antara pasangan penuh sensai Rita Rudaini dan Aidil Zafuan bertempat di Mahkahmah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. Menerusi kes tersebut, Aidil Zafuan telah mengeluarkan kenyataan yang dirinya sudah tidak sayangkan Rita Rudaini dan seolah-olah pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), ini sudah nekad untuk bercerai dengan pelakon tersebut. Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian. Namun begitu, nampaknya Rita tidak terkejut dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aidil dan menafikan dakwaan yang kononnya sebelum ini dia pernah meminta cerai dengan pemain bola itu. Tak pernah. Kalau betul saya minta cerai, kenapa tak ceraikan? Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya. Hasil perbicaraan hari ini, Hakim Hamizan Mohd Nor telah menunda proses lafaz cerai pasangan tersebut kepada 8 Mac 2013 dan kes akan dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Daerah Seremban

Apakah Hukum Isteri Meminta Cerai

Suami boleh menceraikan isteri, namun isteri tidak boleh menceraikan suami sebaliknya isteri boleh meminta cerai. Namun apakah hukum tersebut? Sebelum ini juga Melayukini.net pernah menyiarkan tentang seorang isteri yang telah meminta cerai terhadap suaminya kerana atas faktor suami pandai memasak berbanding dirinya (LINK). Ikuti ulasan di bawah ini. Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu. Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam: Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga.[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226] Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi, merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai qawwamun ke atas isterinya. Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.” Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri Tsabit menjawab: “Ya.” Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273] Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain: Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay. Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit……[Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497] Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau munasabah. Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.

Punca Cerai dan Tips untuk mengelakkan perceraian

Masalah perceraian kini semakin menunjukkan peningkatan dari sehari ke sehari, malah semakin teruk. Berikut adalah beberapa masalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan pasangan hari ini yang menyebabkan perceraian serta tips bagaimana untuk menyelamatkan perkahwinan anda daripada berlakunya perceraian. Lebih Mengutamakan Kerjaya Kerjaya sering kali menjadi faktor yang menjejaskan hubungan rumahtangga seseorang. Sentiasa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan tanggungjawab untuk meluangkan masa bersama pasangan atau menjadikan pasangan sebagai tempat melepaskan tekanan kerjaya akan menyumbang kepada punca masalah perkahwinan. Hubungan suami isteri akan menjadi renggang dan semakin berlarutan sehingga membawa kepada perceraian. Teramatlah penting untuk anda menghabiskan masa bersama pasangan dengan sekerap mungkin agar hubungan anda bersama pasangan sentiasa hangat dan bahagia. Ketika bersama, elakkan daripada berbual tentang topik yang boleh menyebabkan pertengkaran dan pastikan ianya tidak menyusahkan pasangan anda. Sentiasa Bercanggah Pendapat dan Sering Bergaduh Perkongsian dan persefahaman dalam membuat sebarang keputusan dalam perhubungan amat penting untuk menjamin rumahtangga yang bahagia. Sebenarnya, masalah dalam perkahwinan itu biasa dan menjadi lumrah kepada setiap pasangan. Bagaimana anda mengawal, apa cara yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah itulah yang menjadi tanda aras kepada perkahwinan anda. Segeralah cari penyelesaian kepada masalah anda dan jangan biarkan hari-hari sentiasa penuh dengan pertelingkahan dan perselisihan faham. Normal untuk setiap pasangan berselisih faham, namun ia akan menjadi tidak normal untuk bergaduh dan berselisih faham setiap saat, setiap masa malah terbawa-bawa sehingga ke bilik tidur. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan perkahwinan anda sekiranya ia berlaku dan perceraian mungkin akan menjadi jalan terakhir jika anda tidak segera menyelesaikannya. Jadi, sentiasalah bertolak-ansur antara pasangan dan sentiasa berusaha untuk memahami budi pekerti, kehendak dan kemahuan pasangan kita agar ianya tidak membawa kepada pertelingkahan. Bersikap Terlalu Mudah untuk Bercerai Jika dulu, perceraian merupakan perkara yang paling tidak disukai keluarga dan masyarakat umumnya. Namun, keadaan pada hari ini jauh berbeza kerana kebanyakan orang kini semakin terbuka dan menganggap perceraian itu perkara biasa dan tidak perlu diambil berat. Perceraian diterima sebagai pilihan atau jalan yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah, bukannya sebagai jalan terakhir. Kini, rakan-rakan sendiri yang banyak kali menyokong dan menggalakkan perceraian, sedangkan perceraian merupakan perkara yang cukup dibenci oleh Allah SWT. Kepada setiap pasangan yang sedang dalam dilema dan sentiasa memikirkan perceraian sebagai penyelesaian masalah mereka, fikirlah berkali-kali lagi sebelum membuat keputusan sebegitu! Adakah keputusan itu dibuat kerana perasaan marah, atau adakah anda benar-benar sudah berhenti mencintai dia? Kadang-kadang dengan bersikap lebih sabar dan tabah, sesuatu masalah pasti dapat diselesaikan dan perceraian pasti tidak akan berlaku semudah itu. Sebab-sebab ini adalah salah satu daripada banyak sebab yang menyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi. Berusahalah dan berjanjilah kepada diri anda bahawa anda sekali-kali tidak akan berfikir untuk bercerai jika berlaku sebarang masalah dalam perkahwinan. Katakan tidak kepada perceraian!

DALIL ISTERI DIWAJIBKAN MENTAATI PERINTAH SUAMI

1. Menurut Hukum Syarak, isteri diwajibkan mentaati suaminya. Ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 228 yang berbunyi: وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ Yang bermaksud: “dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (menurut Syarak). Dalam pada itu, orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat melebihi mereka (isteri-isteri itu). (Ingatlah) Allah Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana. 2. Dalam tafsiran ayat di atas, Imam Ibn Kathir telah menyatakan: وقوله: { وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ** أي: في الفضيلة في الخُلُق، والمنزلة، وطاعة الأمر، والإنفاق، والقيام بالمصالح، والفضل في الدنيا والآخرة، كما قال تعالى: { الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ** [النساء:34] . Yang bermaksud: “dan Firman Allah: {{Dalam pada itu, orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat melebihi mereka (isteri-isteri itu) **** Yakni: kelebihan dari segi fizikal tubuh badan, kedudukan dalam keluarga, ketaatan perintah, memberi nafkah, menegakkan maslahah dan kelebihan di dunia dan akhirat seperti mana firman Allah Taala: {{ Kaum lelaki itu adalah pemimpin ke atas kaum wanita disebabkan Allah telah melebihkan orang lelaki mengatasi orang wanita dan juga kerana orang lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” 3. Berdasarkan kepada pandangan Ibn Kathir tersebut maka adalah difahami bahawa antara kelebihan suami ke atas isteri yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah kewajipan mentaati perintahnya selagi mana perintah itu tidak menyalahi Hukum Syarak. 4. Menurut sebuah hadith bertaraf hadith hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi daripada Abu Hurairah: حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ))لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا(( Yang bermaksud: “Kalaulah aku diperintahkan menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, nescaya aku perintahkan seorang isteri supaya sujud kepada suaminya” 5. Hadith di atas menerangkan tentang kedudukan suami yang tinggi di sisi Allah yang wajib ditaati seolah-olah sehingga wajar diperintahkan kepada isteri untuk sujud kepada suami.

Tips Meredam Kemarahan Suami

TAK ada rumah tangga yang sepi dari masalah. Tidak ada suami yang tidak pernah marah dan emosi. Meski demikian, seorang istri yang cerdas tahu bagaimana meredam kemarahan suaminya dengan tenang dan penuh kecintaan. Dengan adanya kemarahan, jangan pernah berpikir bahwa ‘sumber’ cinta di antara keduanya telah mengering dan ‘daun-daun’nya telah rontok berguguran. Kemarahan barangkali merupakan emosi yang paling buruk yang perlu ditangani. Dari waktu ke waktu, siapa pun pernah mengalami perasaan yang kuat ini. Beberapa penyebab umum kemarahan termasuk frustrasi, sakit hati, kejengkelan, kekecewaan, pelecehan, dan ancaman. Kemarahan suami bukanlah akhir dunia. It’s not the end of the world, but it’s true that is definitely hurt. Menjaga keberlangsungan cinta tergantung pada seberapa besar saling pengertian di antara pasangan suami-istri (pasutri), kepandaian dan kecerdasan sang istri. Kegagalan untuk mengenal dan memahami kemarahan suami berpotensi menggiring Anda ke berbagai problem rumah tangga. Berikut ini adalah berbagai momen ketika suami marah, dan tips bagaimana seharusnya Anda sebagai istri bertindak: 1. Jika Anda melihat suami Anda marah dan kesal, berusahalah mereda kemarahannya; jangan Anda sambut kemarahannya dengan keluhan mengenai anak-anak atau keruwetan dan keprihatinan rumah tangga. Jangan membantah dengan pertanyaan tentang hal yang tidak mengenakkan kecuali jika dia mengutarakannya. Ingatlah sabda Rasulullah SAW, “Siapa saja istri yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meridhainya, maka dia masuk surga.” (HR. Ibnu Majah). Setiap kali Anda mengingat hadits tersebut, menyelami dan mempraktikkannya dengan senang dan yakin, Anda akan melihat manfaat yang bakal kembali kepada diri Anda. Pada saat itu Anda akan menikmati rumah tangga bahagia yang jauh dari problematika dan konflik. …Jika Anda melihat suami Anda marah dan kesal, berusahalah mereda kemarahannya. Jangan membantah dengan pertanyaan tentang hal yang tidak mengenakkan… 2. Ketika Anda melakukan kesalahan dalam suatu pekerjaan, semisal terlambat melaksanakan beberapa tugas domestik karena sibuk berbicara di telepon, dan pada saat itu suami sedang bersama Anda, maka panggillah dia dengan nama yang paling disukainya. Lalu ajukan permintaan maaf dan utarakan alasan keterlambatan Anda menjalankan tugas, sehingga dia merasa bahwa Anda menyadari bahwa tindakan tersebut adalah salah. Bersabarlah dengan ungkapan yang mungkin dilontarkannya kepada Anda. Jika Anda bersabar dan tidak merespons atau mengkritik balik, maka hal demikian telah membuang sebagian kemarahannya. Meminta maaf dapat mendatangkan tawa suami. Tengoklah bagaimana para istri-istri Rasulullah meminta maaf kepada beliau, meski mereka yang berada dalam posisi marah. Dari Umar bin Khatthab, dia mengatakan, “Kami kaum Quraisy sangat berkuasa terhadap kaum perempuan (istri-istri). Dan ketika kami datang ke tempat orang-orang Anshar, (kami terkejut) karena mereka adalah kaum yang dikalahkan (toleran) oleh istri-istri mereka, maka mulailah istri-istri kami mengambil (meniru) etika perempuan-perempuan Anshar. Kemudian aku bertengkar dengan istriku kemudian dia kembali (meminta maaf) kepadaku, namun aku tidak ingin dia kembali (minta maaf), maka dia bertanya, “Kenapa engkau tidak senang aku kembali kepada engkau? Demi Allah! Sesungguhnya istri-istri Rasulullah SAW kembali (meminta maaf) kepada beliau sekalipun salah seorang di antara mereka marah terhadap Rasulullah dari siang sampai malam hari.” (HR. Al-Bukhari) 3. Jika suami yang marah sedang berbicara, maka jangan sekali-kali Anda menyela. Redakanlah dengan kata-kata lunak dan santun, misalnya, “Aku tahu kamu lelah sekali, maaf sayang aku merepotkan diri,” atau lain sebagainya. Kata-kata seperti ini akan meluluhkan hatinya. Dia akan merasa bahwa Anda memerhatikan diri dan kecemasannya. Dan jangan pula membantah apa yang dikatakan atau diinstruksikannya –jika memang itu baik. …Jika suami yang marah sedang berdiri, maka ajaklah dia untuk duduk dan berbicaralah kepadanya dengan baik… 4. Jika suami yang marah sedang berdiri, maka ajaklah dia untuk duduk dan berbicaralah kepadanya dengan baik. Dalam Islam kita diajarkan trik-trik mengatasi kemarahan di antaranya adalah jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka hendaknya duduk, dan jika sedang duduk hendaknya berbaring, bisa juga dengan mengambil air wudhu agar mendinginkan emosi kita yang sedang bergolak. Atau ajaklah suami untuk bersujud, maksudnya melakukan shalat sunnah. Dalam sebuah hadits dikatakan, “Ketahuilah, sesungguhnya marah itu bara api dalam hati manusia. Tidaklah engkau melihat merahnya kedua matanya dan tegangnya urat darah di lehernya? Maka barangsiapa yang mendapatkan hal itu, maka hendaklah dia menempelkan pipinya dengan tanah (sujud).” (HR. At-Tirmidzi) 5. Berusahalah menenangkannya dan menahan emosi Anda, jika Anda ada di pihak yang benar. Berbicaralah kepadanya dengan cara bijak. 6. Ketika dia marah, Anda jangan menyinggung perasaannya dengan berbagai hal. Anda jangan pernah melakukan segala sesuatu yang dia anggap melecehkan dirinya. 7. Ketika suami marah, jangan sampai dia Anda tinggal tidur sendirian. Setelah Anda pastikan bahwa dia sudah lebih tenang, berinisiatiflah melakoni hal-hal yang bisa mendatangkan keridhaannya. Inisiatif dilakukan oleh pihak yang lebih baik pemahaman agama dan akalnya di antara kedua pihak bertikai, atau siapa yang paling memungkinkan dalam masalah marah dan ridha dari keduanya. Seperti yang dikatakan Abu Ad-Darda` kepada Ummu Ad-Darda`, istrinya, “Apabila aku marah, maka redakanlah kemarahanku. Dan jika engkau marah, aku pun akan meredakan kemarahanmu. Jika kita tidak melakukannya, maka bagaimana kita dapat hidup rukun?” 8. Coba sisipkan humor karena terbukti efektif meredakan kemarahan. 9. Ingatlah bahwa rumah yang dipenuhi oleh cinta, kenyamanan, sikap saling menghargai, saling menghormati, dan kesederhanaan dalam segala hal, lebih baik dari rumah yang dipenuhi makanan lezat serta perabotan mewah namun penuh dengan kekesalan hati dan permusuhan. 10. Jangan mudah cemberut. Upayakan agar Anda selalu tersenyum ceria dan berwajah riang. Dengan demikian Anda bisa memberikan kebahagiaan kepada suami dan menikmati hidup bahagia penuh kedamaian serta kesenangan. …marah dan emosi adalah tabiat manusia. Kita tidak dilarang marah, namun diperintahkan untuk mengendalikannya… Demikianlah, marah dan emosi adalah tabiat manusia. Kita tidak dilarang marah, namun diperintahkan untuk mengendalikannya agar tidak sampai menimbulkan efek negatif. Dalam riwayat Abu Sa’id Al-Khudri, Rasulullah bersabda, “Sebaik-baik orang adalah yang tidak mudah marah dan cepat meridhai, sedangkan seburuk-buruk orang adalah yang cepat marah dan lambat meridhai.” (HR. Ahmad). Semoga tips-tips di atas bisa membantu Anda untuk meredam pasangan hidup Anda, agar dia menjadi orang yang kuat, seperti disinyalir dalam hadits berbunyi, “Orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergulat, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah.” [ganna pryadha/voa-islam.com]

HUKUM ISTERI MINTA CERAI

Soalan; asmkwbt Ustaz; apakah hukumnya seorang wanita meminta "dilepaskan" daripada suaminya. (berdosa atau haram?). semoga jawapan ustaz dapat menenangkan hati dan perasaan saya. terima kasih Jawapan; Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944). Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa. Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulamak; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika kekal bersama. Kerana itu, diharuskan khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan mas kahwinnya. Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin Qies telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya, akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar)(*yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276). Wallahu a'lam.

Hukum Isteri Meminta Cerai.

Soalan: Saya sedang membaca berkenaan hukum seorang isteri meminta cerai daripada suami. Saya dapati terdapat hadis-hadis yang melarang daripada meminta cerai. Pada waktu yang sama terdapat sebuah hadis di mana seorang isteri dengan mudah telah meminta cerai daripada suaminya di hadapan Rasulullah, dan baginda mengizinkannya. Jadi bagaimanakah cara yang betul untuk memahami hadis-hadis ini? Jawapan: Perceraian adalah satu perkara yang dibolehkan oleh Islam jika semua usaha untuk membaik-pulih hubungan suami-isteri menemui jalan buntu. Hadis-hadis yang melarang perceraian, dimaksudkan ialah sengaja meminta cerai tanpa sebab-sebab yang munasabah. Di antaranya ialah hadis berikut: Para isteri yang meminta cerai ialah wanita-wanita yang munafiq. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1186] Namun hadis berikut lebih terperinci dalam menjelaskan bentuk tuntutan cerai yang dilarang oleh Islam: Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan yang munasabah, maka haram baginya bau syurga. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2226] Maksud alasan yang munasabah ialah umpama suami yang kaki judi, merampas wang isteri, minum arak, kaki pukul isteri atau apa-apa pelanggaran syari’at yang lain. Termasuk pelanggaran syari’at ialah apabila suami secara sengaja tidak melaksanakan peranannya sebagai qawwamun ke atas isterinya. Ada pun hadis berkenaan seorang isteri yang dengan mudah meminta cerai di hadapan Rasulullah, saya percaya hadis yang dimaksudkan ialah seperti berikut: Sesungguhnya isteri Tsabit bin Qais datang kepada Nabi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Tsabit bin Qais tidak aku cela dalam akhlak dan agamanya, akan tetapi aku tidak menyukai kekufuran di dalam Islam.” Rasulullah bertanya: “Apakah engkau (sudi) mengembalikan kebunnya kepada (Tsabit, yang sebelum itu diberikan sebagai mas kahwin)?” Isteri Tsabit menjawab: “Ya.” Rasulullah bersabda (kepada Tsabit): “Terimalah kebun itu dan talaklah dia dengan talak satu.” [Shahih al-Bukhari, no: 5273] Zahir hadis menunjukkan Rasulullah membenarkan seorang isteri meminta cerai meskipun suaminya tidak memiliki masalah dari aspek akhlak dan agama. Akan tetapi hakikat sebenar tidaklah sedemikian. Isteri Tsabit adalah seorang yang mulia, beliau tidak mahu mendedahkan aib Tsabit kepada Rasulullah atau orang lain. Namun apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Tsabit dapat diketahui melalui sebuah riwayat lain: Daripada al-Rubayi’ binti Mu‘awwidz, bahawa Tsabit bin Qais memukul isterinya hingga tangannya patah. Isterinya (bernama) Jamilah binti Abdullah bin Ubay. Kemudian datanglah saudara lelaki (Jamilah) kepada Rasulullah mengadu berkenaan sikap suami tersebut (Tsabit). Maka Rasulullah mengutus seseorang kepada Tsabit…… [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3497] Berdasarkan riwayat di atas, kesalahan Tsabit bin Qais memang diakui syarak lagi munasabah untuk Jamilah (isterinya) meminta cerai daripadanya. Meskipun Jamilah ingin menutupi aib suaminya di depan Rasulullah, baginda sudah pun mengetahui tentang kesalahan Tsabit setelah dikhabarkan oleh saudara lelaki Jamilah. Oleh itu Jamilah tidak meminta cerai daripada Tsabit tanpa apa-apa sebab yang syar’e atau munasabah. Kesimpulannya, seorang isteri boleh minta cerai daripada suaminya jika dia memiliki sebab yang sah dari sudut syarak, kuat lagi munasabah. Namun hendaklah ingat bahawa ini adalah jalan keluar yang terakhir, bukan solusi yang awal. Semua perkahwinan akan menghadapi konflik dan cabaran, tidak ada yang terlepas daripadanya. Apa yang membezakan di antara satu perkahwinan dengan perkahwinan yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan untuk saling memperbaiki suasana dan belajar dari kesilapan masing-masing.

Wanita Dulu Mohon Cerai, Sekarang Macam Menyesal

Terlajak sampan boleh diundur, terlajak bercerai, tidak berguna lagi. Seorang wanita, sekarang dalam umur 35 tahun, berstatus ibu tunggal. Dalam 5 tahun lepas, dia mohon cerai dari suaminya kerana katanya suaminya selalu sibuk dengan kerja sehingga tidak ada masa sangat bersama isteri. Dikuatkan cerita, kononnya suaminya ada perempuan lain di luar walaupun tidak dapat dibuktikan. Isteri waktu itu rasa dirinya masih muda, rupa pun ada. Waktu itu juga, isteri rasa kalau dia bercerai dengan suami, pasti ada lelaki lain yang hendak berkahwin dengannya. Suami akhirnya menceraikan isteri cara baik setelah didesak. Anak lelaki usia dalam 2 tahun waktu itu, dijaga oleh bekas suaminya. Waktu itu, isteri rasa biarlah dia sendirian dan biarlah bekas suami yang jaga anak. Katanya, kalau dia yang jaga, belum tentu nanti suami kasi nafkah. Sekarang sudah 5 tahun berlalu, wanita ini masih sendirian. Lelaki-lelaki yang dulu banyak menggodanya waktu dia berstatus isteri orang sudah tidak kedengaran lagi. Rupa-rupanya mereka semua main-main, bukan serius nak berkahwin dengannya. Satu tu, wanita ini hampir nak kawin dengan lelaki bujang yang 5 tahun muda darinya tetapi dapat tentangan dari keluarga lelaki tu. Setiap Sabtu dan Ahad, wanita ini ambil anaknya yang dah sekolah darjah satu tidur di rumahnya. Itulah untuk mengubat kerinduaannya. Bekas suaminya dah berkahwin lain, tapi wanita ini masih berstatus janda. Usia semakin meningkat, rupa paras semakin dimamah usia. Semakin dia menyesal kerana melihat bekas suaminya hidup bahagia dengan isteri barunya. Bekas suaminya juga duduk di Kluang dan kekadang terserempak tapi tak bertegur. "Tuan Kadi, saya menyesal kerana dulu saya tak dapat mengawal perasaan saya sebagai isteri sehingga desak suami minta cerai. Sekarang, saya rasa hidup saya penuh kekosongan......." Kata wanita ini.

Ciri-ciri isteri derhaka Menurut Rasullullah

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim) Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban) Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz. Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka: 1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari) Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim) Ibnu Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.” 2. Menyakiti hati suami Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah) 3. Puasa sunat tanpa keizinan suami Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 4. Keluar rumah tanpa izin suami “Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat) 5. Meminta cerai daripada suami Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) 6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Nafkah Isteri dan Ibu Bapa: Mana didahulukan?



Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

My personal point of view, bagi isteri yang tidak bekerja, memang 100% mengharapkan nafkah dan duit belanja dari si suami lah. Apabila isteri tidak bekerja, makanya tanggungjawab suami menjadi lebih berat lah dari segi kewangan. Si isteri harus memahami kedudukan kewangan suami, kalau mampu hanya pakai motosikal, janganlah dipaksa suami membeli kereta. Berpada-pada kate orang. Sebab bagi aku la, sesusah mana  pon family tu, sebagai isteri, mintala si suami menghulurkan wang belanja biarpon hanya RM50 kepada ibu dan bapa nya.

Dan sebagai isteri yang berkerja, bantulah si suami dengan duit gaji yang ada supaya suami boleh membantu family dia terutama ibu dan bapa, tapi dengan syarat nafkah isteri dan anak-anak tidak diabaikanlah walaupun isteri bekerja ada gaji sendiri, paling sikit pon duit untuk makanan, beli pakaian dan bayaran sewa/pinjaman rumah dan kelengkapan rumah asas MESTI/WAJIB di bayar dan disediakan oleh suami lah secara sepenuhnya. Keperluan dan kehendak tambahan yang lain tu macam kereta, astro, internet, dan semua kemudahan dan kehendak lain, sebaiknya dikongsi bersama.

Wayang opera suami isteri muda..

Suami isteri muda akan mengundang episod-episod pertengakaran. Ibarat drama opera cina yang memeningkan kepala dan tak mahu lagi didengar. Episod episod ini perlu diabaikan kerana jika dilayan tidak membawa sebarang faedah dan tidak akan menguntungkan.

Menyelesaikan masalah isteri degil, marah dan memberontak..

Isteri yang degil, marah dan memberontak ini akan menunjukan rasa tidak puas hati mereka secara jelas. Sama ada secara lisan atau pun berbuatan. Biasanya isteri yang degil dan pemarah ini adalah isteri pada usia yang muda.

Isteri yang muda ini adalah tidak matang, dan bersifat keanak-anakan yang suka memberontak apabila keinginan dia tidak dipenuhi atau lambat penuhi. Sifat ini tentu akan memeningkan suami yang dikurniakan isteri yang unik seperti ini.

Kita sering lihat bahawa isteri seperti ini bukan sahaja akan berkonflik dengan suami, malahan akan berkonflik dengan sesiapa sahaja. Sifat degil dan pemarah ini perlu ditanganai dengan berhemah. Sifat ini adalah hasil didikan dari kecil ditambah dengan sistem pendidikan yang bersifat materilistik, berlumba-lumba serta bersifat keakuan.

Untuk mengatasi masalah ini, biasanya jalan nasihat akan diambil, apabila nasihat tidak diterima, maka jalan seterusnya di asingkan tempat tidur. Apabila tempat tidur diasingkan juga tidak membawa sebarang penyelesaian, maka isteri perlu dipukul dengan niat untuk mendidik tanpa mencederakan.

Namun demikian, isteri ini biasanya akan lari dari rumah apabila dipukul suami. Maka, suami akan dimaki hamun, diadu domba pada ibu dan bapanya. Ini akan menyebabkan keluarga bersimpati dan menyalahkan suami.

Justeru, suami perlu lebih bijak dalam menyelesaikan masalah ini. Isteri yang tidak makan saman ini akan terus dengan kedegilan mereka. Dan kedegilan mereka ini akan menyebabkan mereka makin tersiksa tanpa diri mereka sedari.

Isteri ini akan menyalahkan kekurangan suami, kerurangan anak  harta benda sebagai punca kesensaraan diri mereka sendiri.  Hasutan syaitan yang berusaha untuk memecah belahkan rumah tangga akan menyebabkan diri isteri tersiksa dengan kesilapan diri sendiri.

Terangkanlah azab siksa Allah kepada isteri yang derhaka, yang meninggalkan suami, menengking, berlagak sombong serta menyakiti hati suami.

Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur. ia tidak datang niscaya malaikat melaknat isteri itu sampai Subuh." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Membantah suruhan atau perintah suami. 

Sabda Rasulullah SAW: "Siapa saja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat Allah dan malaikat serta semua manusia." 

Bermuka masam terhadap suami. 

Sabda Rasulullah SAW: "Siapa saja perempuan yang bermuka masam di hadapan suaminya berarti ia dalam kemurkaan Allah sampai ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya." 

Jahat lidah atau mulut pada suami. 

Sabda Rasulullah SAW: "Dan ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam Neraka (diantaranya) ialah wanita yang kotor atau jahat lidahnya terhadap suaminya." 
Membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya. 


Keluar rumah tanpa izin suaminya. 

Sabda Rasulullah SAW: "Siapa saja perempuan yang keluar rumahnya tanpa ijin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah sampai dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya." (Riwayat Al Khatib) 

Berhias ketika suaminya tidak disampingnya. 

Maksud firman Allah: "Janganlah mereka (perempuan-perempuan) menampakkan perhiasannya melainkan untuk suaminya." 
(An Nur 31) 


Menghina pengorbanan suaminya. 

Maksud Hadis Rasulullah SAW: "Allah tidak akan memandang (benci) siapa saja perempuan yang tidak berterima kasih di atas pengorbanan suaminya sedangkan dia masih memerlukan suaminya." 

Mengijinkan masuk orang yang tidak diijinkan suaminya ke rumah. 
maksud Hadis: "Jangan ijinkan masuk ke rumahnya melainkan yang diijinkan suaminya." (Riwayat Tarmizi) 

Tidak mau menerima petunjuk suaminya. 

Maksud Hadis: "Isteri yang durhaka hukumnya berdosa dan dapat gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, Nerakalah tempatnya di Akhirat kelak. Apa yang isteri buat untuk suami adalah semata-mata untuk mendapatkan keridhoan Allah SWT"


Dan pujuk rayulah dengan berendah diri jika isteri kamu sedar akan sifat derhaka mereka.

Dan jika masih tidak mahu dengar kata juga, maka bertawakalah kepada Allah.. Insyallah , sedarlah bahawa hati isteri itu milik Allah. Maka berdoalah kepada yang maha pengasih dan penyanyang supaya melembutkan hati isteri kerana hati isteri itu adalah milik Tuhan yang maha pencipta..

Dan berdoalah supaya isteri ini akan hilang sifat degil, marah dan suatu hari nanti akan menangis-nagis dan tersedar bahawa kesilapan dirinya.


Konflik menantu dan ibu mertua..


Hubungan kurang mesra antara menantu dan mertua seolah-olah menjadi rempah ratus yang menyedapkan adat berkeluarga. Selagimana tidak sampai memutuskan silaturahim, konflik-konflik kecil dianggap sebagai lumrah hidup yang mesti dilalui dengan tenang, banyak bersabar dan tak perlu merungut untuk hal-hal remeh-temeh yang tak penting.

Tetapi, wanita sekarang pantang dikongkong. Jangan sekali masuk campur hal rumahtangganya walau ibu bapa mertua sendiri. Apakah hal ini sesuai dengan ajaran agama?
Islam meletakkan ‘kuasa mengurus rumahtangga’ di tangan isteri, bukan ibu atau ibu mertua. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Akan tetapi, tidaklah dia boleh berbuat sesuka hati hingga memutuskan hubungan silaturahim. Ramai yang menyangka kewajipan terhadap mertua tidak sama dengan kewajipan terhadap ibu bapa sendiri. Pandangan sebegini nyata tidak tepat. Hakikatnya kedudukan ibu bapa kandung dengan ibu bapa mertua adalah sama di sisi Islam. Hal ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Antara dosa-dosa besar adalah seorang anak yang menghina kedua orang tuanya.” Para sahabat bertanya: Apakah ada orang yang mencela ibu bapanya sendiri? Baginda bersabda: Ya, apabila seseorang menghina ayah orang lain maka sama seperti dia menghina ayahnya sendiri. Dan seseorang yang menghina ibu orang lain sama seperti dia menghina ibunya sendiri.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Islam meletakkan keadilan bagi semua, bukan untuk menantu saja tetapi juga kepada mertua dan ibu bapa kandung mereka. Masing-masing mempunyai tugas dan peranan, tidak boleh menceroboh wilayah yang bukan wilayahnya. Ibu bapa dan mertua hanya berperanan menjadi penasihat, jika memang tercetus konflik tanpa memihak dengan berat sebelah. Apa-apa keputusan berada di tangan suami dan isteri tanpa campur tangan pihak lain yang tidak sejalan dengan mereka.

Ibu bapa yang beriman, tidak akan membebankan anak-anaknya dengan kerenah yang menguji kesabaran mereka. Jika ada seorang ibu yang suka membakar api permusuhan, selalu bertegang leher dengan anak dan menantunya, maka seolah-olah dia telah membuka pintu neraka untuk mereka. Hal ini pernah terjadi kepada diri seorang sahabat Rasulullah SAW. Dia bertanya kepada NAbi SAW: “Wahai Rasulullah, saya memiliki hubungan kekerabatan, saya selalu berusaha menyambungkannya namun mereka selalu memutuskannya. Saya selalu berusaha berbuat baik kepada mereka, mereka pula membalas dengan berbuat jahat kepada saya. Saya sentiasa santun kepada mereka, tetapi mereka tidak mempedulikan saya. Nabi SAW bersabda: Seandainya benar apa yang kamu ucapkan itu, maka seolah-olah kamu menyuapkan abu panas kepada mereka (mereka berdosa). Allah SWT sentiasa berada di belakangmu, sepanjang mereka melakukan perbuatan itu kepadamu” (Hadis riwayat Muslim)

Boleh jadi yang mahu memutuskan silaturrahim itu ibu bapa atau mertua ataupun anak menantu sendiri, terpulanglah kepada niat mereka masing-masing. Yang penting ialah belajar bersabar dan reda menerima satu sama lain dengan harapan mendapat pertolongan Allah SWT. Kadang-kadang setelah bertahun-tahun pintu hati ibu bapa mertua tidak juga terbuka kepada menantu. Atau pun sebaliknya kedegilan menantu tidak juga berubah walaupun mertua berusaha meluruskan salah faham di antara mereka.
Mengapa hati mereka tidak boleh bersatu? Adakah resepi yang mujarab untuk memperbaiki hubungan ini?

1. Menziarahi kerana Allah SWT.
Rasululah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ada seorang lelaki yang mahu menziarahi saudaranya di desa lain. Maka Allah SWT mengutus malaikat untuk mengujinya. Ketika malaikat berjumpa dengannya, malaikat itu bertanya: Hendak ke manakah kamu? Dia menjawab: Aku akan menziarahi saudaraku.yang berada di desa itu. Malaikat bertanya lagi: Apakah engkau menziarahinya kerana berasa berhutang budi kepadanya? Dia menjawab: Sesungguhnya aku tidak menziarahinya kecuali kerana cinta kepadanya semata-mata kerana Allah SWT. Malaikat berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu. Dan sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Walaupun ada unsur-unsur penolakan yang ketara ketika menjejakkan kaki di rumah mertua, sebaiknya menantu tetap mengikhlaskan niat kerana mahukan keredaan Allah SWT. Walaupun cinta dan kasih sayang tidak bersambut tetapi anda mesti yakin Allah SWT menyambut cinta orang yang ikhlas.

2. Selesaikan konflik dengan musyawarah
Suatu hari terjadi perselisihan di antara Nabi SAW dengan Aisyah RA sehingga Abu Bakar (bapa mertua NAbi SAW) turut campur tangan mahu memulihkannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah: Kamu yang bercakap atau aku dahulu? Kemudian Aisyah berkata: Kamu yang bercakap dan jangan kamu bercakap kecuali yang benar.! Mendengar jawapan itu, Abu Bakar lalu menampar muka Aisyah (sehingga mulutnya berdarah) kemudian berkata kepada Aisyah: Apakah Rasulullah SAW bercakap selain kebenaran, wahai musuh dirinya sendiri? Kemudian Aisyah berlindung di belakang Rasulullah. Kemudian Nabi SAW bersabda: Kami tidak memanggilmu untuk melakukan ini atau mengharapkanmu melakukan seperti ini.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Rasulullah SAW mempercayai mertuanya dan mahu berbincang untuk menyelesaikan masalah rumahtangganya, mertuanya pula tidak mengambil kesempatan unuk menyusahkan menantu semata-mata mahu membela anak sendiri. Teladan yang semakin susah untuk dipraktikkan. Tetapi inilah bentuk kasih sayang dan keindahan Islam.

Menyelesaikan kemelut rumah tangga

Masalah rumah tangga ini ibarat hujan, datang secara tiba-tiba walaupun sebentar tadi langit adalah cerah. Dalam keadaan rumah tangga yang hujan dan badai ini, perlulah satu tempoh bertenang diambil agar masing-masing boleh berfikir secara waras dan matang.

Dalam keadaan masing-masing sedang marah, akan memburukan lagi keadaan. Justeru, ambil satu tempoh bertenang untuk menenangkan fikiran. Gunakan masa ini untuk melakukan aktiviti riadah, atau aktiviti yang menambah ekonomi diri.

Hujan dan ribut akan berlalu jua, kesan ribut akan kelihatan dan usaha memperbaiki keadaan perlu dilakukan. Namun, ia tidak mudah dilakukan. Lama kelamaan ia akan menjadi satu episod sejarah di masa lalu.

Langit tidak selalu cerah, tetapi mendung akan tetap berlalu..

Bermaafan dan berkasih sayang dalam hidup berumahtangga

Bermaafan dan berkasih sayang adalah lumrah dalam kehidupan suami isteri, hidup ini ibarat langit yang cerah, dengan tidak semena-menangnya hujan akan turun dan angin dan ribut itu akan surut dan berlalu jua. Justeru, dalam konteks berumah tangga, perlulah antara suami isteri itu berdamai, bermaafan dan melupakan kisah lama serta membuka lembaran baru dalam kehidupan berumah tangga.

Adapun, hidup berumah tangga ini ada cubaan dan dugaan, cubaan dan dugaan inilah yang mematangkan diri kita serta menjadikan diri kita sebagai seorang insan yang lebih baik serta berubah kearah kebaikan. Ingatlah, bahawa semakin kita memaafkan seseorang, semakin tenanglah hati kita, hati yang tenang itu membawa sakinah dan kebahagian yang kekal.

Justeru, dalam hidup berumah tangga ini, bukalah hati untuk memaafkan dan bukalah hati untuk berkasih sayang, kerana hati yang berkasih sayang itu adalah hati yang bahagia. Kebahagian dalam berumah tangga itu  adalah kunci yang akan membahagiakan. Bukalah hatimu dengan mencari erti kebahagian itu, namun ketahuilah bahawa kesusahan dan kesenangan hidup itu adalah lumrah dalam kehiduapan.

Berusahalah untuk memaafakan dan penuhilah diri dengan rasa kasih sayang. Insyallah, hati ini akan bahagia..

Campur tangan mertua dalam rumah tangga

Dalam rumah tangga, pasti berlaku ketegangan. Punca ketengan ini adalah pelbagai. Namun, dalam pelbagai keadaan perkara ini dapat di elakan jika semua pihak memainkan peranan yang penting dalam rumah tangga. Dalam rumah tangga, hal ini tidak dapat dielakan disebabkan kos rumah tangga yang meningkat, dalam keadaan ini perlu di fahami bahawa kos ini boleh diatasi dengan kerja sama semua pihak.

Usaha yang berterusan ini akan membantu semua pihak, perlu difahami ketengan ini boleh dikendurkan dengan masa, masa ini akan mematangkan, perkara yang berlaku akan mematangkan seseorang. Hidup ini ibarat roda, susah senang perlu dilalui bersama. Keadaan ini boleh diatasi dengan sifat wasatiyah dan merendah diri.

Apa punca masalah rumah tangga masa kini?


  1. Kewangan
  2. Tempat tinggal
  3. Kerja 
  4. Status.
Jika dilihat masalah dalaman ini cuma dapat diselesaikan dengan toleransi antara pasangan. Toleransi ini perlu dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan baik. Persoalan timbul, bagaimana boleh toleransi jika masing-masing keras kepala dan tidak berganjak dengan pendirian masing-masing.

Bagaimana jika suami atau isteri degil dan panas baran, serta di tambah lagi dengan campur tangan dari pihak ketiga? Apakah penyelesaiaannya.

Suami isteri perlu hidup dan tinggal bersama. Isteri perlu memahami kerjaya suami dan redha dengan pemberian suami. Hidup akan rukun damai jika masalah suami isteri diselesaikan secara tertutup antara suami dan isteri.