Institusi perkahwinan adalah semakin menakutkan
Hal perkahwinan dan perceraian memang menakutkan. Menakutkan dari segi emosi dan perasaan yang bakal melanda. Hal ini merupakan tekanan dalam masyarakat hari ini yang melihat bahawa institusi perkahwinan ini merupakan institusi duit. Dalam hari ini, kita dapat melihat bahawa berjaya atau tidak seseorang diukur dengan wang ringgit. Hal ini merupakan satu perkara yang amat menekan hidup setiap manusia yang hidup didalamnya. Henda tak nak terpaksa akur dan ikut dalam sistem hari ini. Kita terperangkap dalam sistem ini..
Namun, akal manusia adalah anugerah manusia yang terbaik lebih bernilai dari wang ringgit. Usaha untuk mengasahnya dengan menyebarkan ilmu yang berguna.
Isteri tuntut cerai jika suami kawin lagi
Seorang suami ingin berkahwin seorang lagi (nombor 2) kerana tuntutan emosi beliau terasa tidak dipenuhi. Si isteri pula berkata akan menuntut cerai jika suami ingin berpoligami. Apakah yang harus dilakukan oleh si suami supaya ia tidak mengundang kemurkaan Allah? Adakah Allah murka terhadap suami yang melukai perasaan isteri dengan berkahwin seorang lagi? Bolehkah kita menggelar lelaki yang berbuat demikian sebagai `tidak berhati perut' atau gelaran buruk yang lain? Saya bimbang jika kata-kata demikian boleh mungundang kemurkaan Allah kerana Allah maha mengetahui membenarkan poligami.
Jawab:
Isteri boleh menuntut cerai jika terdapat perjanjian semasa akad yg dipersetujui suami (aku janji taklik), "yakni perkahwinan akan terbubar jika suami berpoligami." Pendapat ini adalah dari madzhab Hanafi dan Hanbali dan banyak dipraktikkan di Khaleej (negara2 Teluk) (Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)
Jika tidak ada perjanjian sebegini, maka isteri tidak boleh mengugut suami kerana kuasa poligami berada di tangan suami, isteri cuma boleh menuntut keadilan dilaksanakan sahaja.
Perbuatan isteri menuntut cerai dalam hal yg harus adalah nusyuz sebagaimana sabda Nabi saw.
HR Imam Lima (kecuali anNasaiy) dari Tsauban ra, "Mana-mana perempuan yg meminta talak tanpa ada sebab (syar'iy), maka haram atasnya syurga."
HR Abu Daud dan Ibn Majah dari Ibn Umar ra," (sabda) perkara halal yg paling dibenci oleh Allah ialah talaq."
Poligami sudah semestinya mendatangkan kedukaan dan serangan psikologi kepada isteri tua, namun jika suami boleh memberi keadilan (nafkah, giliran malam), maka sudah tentu kedukaan dan keperitan poligami itu akhirnya mengeluarkan madu yg manis. (Dr Qardhawi, Malameh almujtama' Islami) WA
Isteri Nusyuz, Boleh Minta Cerai?
Soalan:
Assalammualaikum Ustaz,
Saya skrg dlm process penceraian dan akan pergi mahkamah Syariah utk mediation. Cuma isteri saya yg tuntut minta diceraikan.Sebab2x 1.kurang nafkah zahir 2. takde nafkah batin 3.kurang kasih sayang 4.berubah sikap setelah berkahwin.
Sebab2x yg disebutkan semua saya tolak kerana makan minum dan rumah saya sediakan.mungkin saya tk dpt memberi dia nafkah lebih utk berbelanja tapi akibat beli rumah saya ada hutang loan bank jadi kurang la nafkah saya.bagi nafkah batin mungkin kurang bukan takde dan juga kerana sama2x bekerja shift (tapi itu tk saya jadi sbg alasan).atas kurang kasih sayang dan berubah sikap itu, saya akur kita suami isteri kurang berkomunikasi.Masing2x sibuk dgn kerja dan saya akur saya patut pandai mengatur masa utk isteri saya.
Namun apabila dia tuntut cerai dan terus tinggal rumah kakaknya saya tinggal bersendirian di rumah (tk dihalau oleh saya).Saya akur yg saya abaikan shalat saya dan ibarat lupakan Allah tapi saya dah insaf dan bertaubat.Waktu2x ini saya byk bertafakur dan berdoa dan cuba cari huraian tapi isteri saya tetap berkeras hati tak ingin hidup bersama saya. Telahpun saya meminta maaf kepada isteri saya atas kesalahan saya yg ada tapi pada saya kalau dimaafkan tak akan jadi begini.saya menjadi bingung. walaupun demikian nafkah zahir tetap saya beri hingga appointment di mahkamah nanti.
Saya ingin tahu mengikut hukum syarak boleh kah isteri saya tuntut cerai dan saya pernah baca ada cerai nusyuz dimana isteri tk bole tuntut cerai dari suaminya.apa erti itu nusyuz?harap ustaz bole huraikan.
Mungkin pada saya ini ada satu ujian dari Allah dan saya redha.namun kalau boleh dihuraikan saya amat bersyukur. Saya tak mahu bercerai kerana kami baru kahwin 3 tahun belum ada cahaya mata.
Saya minta maaf pada ustaz jika email saya panjang lebar tapi saya hendak terangkan duduk perkara sebenar.harap ustaz boleh memberi pandangan dan nasihat mengenai perkara ini.
Sekian. Wassalam
Suami runsing
===================================================================
Jawapan Saya:
Waalaikumsalam.
Pertama sekali saya doakan semoga saudara dipermudahkan segala urusan oleh Allah.
Saya tidak dapat menilai sebab-sebab dan alasan yang dikemukakan oleh isteri anda kerana tidak pasti duduk perkara yang sebenarnya. Cuma mungkin saya dapat kupaskan secara ringkas komen saya seperti di bawah:
1. Kurang nafkah zahir.
Nafkah ialah penunaian belanja daripada harta seseorang untuk sesuatu yang baik, atau untuk dirinya dan untuk orang-orang yang di bawah tanggungannya seperti isteri atau anaknya.
Nafkah secara secara ringkasnya ialah:
1. Menyediakan tempat tinggal.
2. Menyediakan wang makan minum (duit pasar)
3. Menyediakan pakaian bagi isteri
4. Menyediakan wang bagi perubatan.
Suami tetap wajib memberikan nafkah kepada isterinya, namun ia tertakluk kepada kemampuan suami dan isteri perlu redha dengan apa yang sahaja yang diberikan oleh suami. Contoh: Suami hanya mampu menyediakan tempat tinggal berupa flat 3 bilik sahaja, maka isteri perlu redha dengan pemberian tersebut.
Namun, tiada bersalahan dari segi syarak jika si isteri ingin meringankan beban suami seperti membantu membayar bil atau mengambil alih dari segi penyedian wang makan minum (duit pasar) dan sebagainya. Atau si isteri ingin menokok wang bagi pembayaran rumah untuk mendapatkan flat lebih besar yang berada di luar kemampuan suami. Namun perkara tersebut hanya boleh dilakukan jika si isteri bersetuju dan tidak boleh dipaksa.
Jika segala perkara di atas telah terlaksana atau pihak isteri memang bersetuju untuk membantu meringankan beban perbelanjaan, maka anda dikira sudah menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah. Adapun wang poket tidak termasuk dalam kewajipan nafkah, namun ia sangat digalakkan jika si suami mempunyai kelebihan wang.
2. Nafkah batin.
Perkara ini rumit, saya tidak dapat memberikan jawapan kerana tidak tahu duduk perkara yang sebenar. Cuma sebaik-baiknya perkara ini perlu dirunding untuk kepuasan bersama.
3. Kurang kasih sayang.
Saya rasa faktor ini perlu diberikan perhatian. Saudara perlu mendapatkan penjelasan isteri dari sudut manakah beliau rasa kurang mendapat belaian kasih sayang. Pada masa yang sama, saudara perlu memperbaiki komunikasi saudara dalam hal ini bagi menyelamatkan rumahtangga saudara.
Saudara juga boleh melayari laman blog saya http://abahyasir.blogspot.com bagi tips komunikasi dalam rumahtangga.
4. Berubah sikap selepas perkahwin.
Ini juga tidak dapat saya kupas kerana perlukan makluman lebih lanjut.
Bagi persoalan keluar rumah tanpa izin, memang dikira sebagai nusyuz dan derhaka walau apa jua alasan yang dikemukakan.
Nusyuz ialah durhakanya si isteri terhadap suami dan pelanggaran yang dilakukan atas ketentuan-ketentuan yg diwajibkan Allah swt dan hak-hak suami yang telah diberikan Allah kepadanya.
Para ulama juga menganggap nuzyuz itu boleh berlaku terhadap suami yang durhaka, bukan pada isteri sahaja.
Si isteri tetap boleh memfailkan perceraian di mahkamah walaupun dia dalam keadaan nusyuz. Pada masa yang sama, suami tidak wajib memberikan nafkah jika isteri nusyuz dan mahkamah juga boleh membuat pertimbangan atas faktor nusyuz dalam menganugerahkan mut'ah atau pampasan kepada isteri jika bercerai kelak.
Saudara boleh hubungi saya di pejabat melalui talian 62353172 bagi maklumat lanjut. Saudara suami isteri juga boleh mendapatkan khidmat kaunseling dari saya di Masjid Al-Falah jika berhajat.
Wajib bayar mutaah walaupun isteri tuntut cerai
Apakah bekas suami wajib membayar mutaah, edah dan nafkah kepada isterinya selepas cerai sedangkan isteri yang menuntut cerai? Apakah nafkah tertunggak juga wajib dibayar sedangkan tiada perintah mahkamah sebelum ini?
Apakah bekas suami boleh menuntut haknya terhadap kereta dibeli menggunakan nama isteri, tetapi bayaran bulanan dibayar oleh suami sedangkan selepas bercerai, kereta itu diambil isteri dengan alasan menggunakan namanya.
Sebelum bercerai, isteri menuntut supaya baki bayaran hantaran dijelaskan sebagai syarat untuk melepaskan segala kelengkapan rumah yang dibeli suami, namun atas dasar keselesaan anak, suami memulangkan semula kelengkapan rumah, walaupun baki hantaran sudah dijelaskan. Bagaimanakah untuk mendapatkan semula barang itu memandangkan bekas isteri enggan memulangkan barang berkenaan? Apakah barang itu dikira sebagai harta sepencarian
Menjawab persoalan pertama, bekas suami tetap wajib membayar mutaah kepada bekas isterinya walaupun perceraian dituntut oleh isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut sebagai satu tanggungan yang wajib ke atas orang-orang bertakwa.” (Surah al-Baqarah ayat 241)
Ulama Shafie juga menyatakan mutaah sebagai harta wajib dibayar oleh lelaki kepada isterinya yang diceraikan. Hanya nafkah edah yang wajib dibayar kepada bekas isteri iaitu selama tempoh tiga kali suci bekas isteri daripada haid atau jika dia hamil, tempohnya sehingga dia melahirkan kandungannya.
Selepas tempoh edah itu, nafkah bulanan seperti masih suami isteri yang sah tidak wajib dibayar. Menurut kitab al Ahwal as Sakhsiyah oleh Muhammad Abu Zahrah, semua fuqaha setuju nafkah bagi isteri yang dalam edah talak raji’i (talak yang boleh dirujuk) adalah wajib.
Jika talak tiga, fuqaha setuju diberi nafkah jika dia hamil, tetapi jika tidak hamil, mazhab Syafie berpendapat tidak berhak mendapat nafkah edah, tetapi berhak mendapat tempat tinggal saja.
Berkaitan nafkah tertunggak, Dr Abd Karim Zaidan dalam kitabnya al Mufassal Fi Ahkam al Mar’ah menyatakan, pendapat jumhur wajib beri nafkah kepada isteri apabila wujudnya sebab kewajipan itu dalam apa bentuk.
Ia menjadi hutang dari waktu suami enggan membayar nafkah tanpa perlu ada perintah mahkamah atau keredaan keduanya sebelum itu. Dalam masalah anda, nafkah tertunggak wajib dibayar, walaupun tiada perintah mahkamah sebelum bercerai.
Mengenai kereta pula, suami boleh menuntut hak terhadap kereta itu kerana apa-apa harta yang dibeli ketika dalam tempoh perkahwinan adalah harta sepencarian. Walaupun kereta didaftarkan atas nama isteri, tetapi ia bukanlah syarat mutlak menjadikan kereta itu hak milik isteri sepenuhnya.
Hal ini kerana suami turut memberikan sumbangan dengan membayar ansuran bulanan kereta itu. Ia selaras firman Allah yang bermaksud: “Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan orang perempuan ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.” (Surah an Nisaa’, ayat 32)
Anda perlu membuat permohonan injunksi dengan kadar segera di Mahkamah Syariah untuk menegah bekas isteri daripada melupuskan atau memindah milik kereta itu sehingga kes harta sepencarian diselesaikan. Oleh itu, anda perlu membuktikan di mahkamah kelak berkaitan pembayaran bulanan anda sumbangkan ketika memiliki kereta berkenaan.
Sebarang harta termasuk kelengkapan rumah yang dibeli dalam tempoh perkahwinan adalah harta sepencarian. Namun, anda sudah memulangkan kelengkapan itu kepada bekas isteri. Walaupun ketika memulangkan kelengkapan demi keselesaan anak, ia dikira sebagai pemberian daripada anda kepada bekas isteri.
Ia dianggap sebagai hibah iaitu pemberian daripada pemilik barang di mana pada mulanya bekas isteri memberikan kepada anda dengan syarat baki hantarannya dijelaskan, tetapi anda memulangkan semula kepadanya selepas menjelaskan baki hantaran.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang lelaki yang sudah memberikan satu pemberian atau sudah menghibahkan satu hibah menuntut balik sesuatu pemberian atau barang yang dihibahkan kepada orang lain, kecuali penarikan balik oleh bapa terhadap pemberian yang diberi kepada anaknya.”
Merujuk masalah anda, anda menyatakan sudah memulangkan kepada bekas isteri dan bukannya memberikan harta itu kepada anak anda. Oleh itu, anda dianggap memberikan hak anda kepada bekas isteri dan ia tidak boleh dituntut kembali.
Jelaslah, kerana anda sudah memulangkan kepada bekas isteri, anda hendaklah menunaikan janji itu. Jika anda ingin menuntut kembali, ia boleh dianggap sebagai mengingkari janji. Orang yang mengingkari janjinya boleh dikira sebagai munafik dan orang munafik dilaknat Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka.” (Surah an Nisaa, ayat 145)
Jika anda tetap yakin pemberian itu adalah kerana salah faham dan sebagainya, anda boleh menuntutnya dan membawa keterangan serta bukti yang menyokong tuntutan anda.
Perkahwinan juga perlu perancangan - Bahagian 1
6 April 2012
Tidak semua perkahwinan berakhir dengan kebahagiaan. Ada Mahligai Kasih yang baru dibina runtuh di tengah jalan. Sementelah inai masih merah di jari sudah terlerai hubungan suami isteri.
Rencana ini menyorot peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam memberikan perkhidmatan khususnya kepada
isteri untuk mendapatkan hak nafkah terutama apabila berlaku perceraian. Ini adalah bahagian pertama daripada tiga siri.
PUTRAJAYA - Nurain dan Umar (bukan nama sebenar) menjalin hubungan cinta semasa belajar di universiti. Tamat pengajian, pasangan muda ini dengan restu keluarga mendirikan rumah tangga.
Seperti kebanyakan pengantin baru, mereka bahagia pada awal perkahwinan meskipun kadang kala terpaksa berpisah atas nama tugas. Panas bagaimanapun tidak sampai ke petang. Impian untuk sehidup semati bagaimanapun tidak kesampaian untuk pasangan ini. Selepas hanya tiga tahun hidup sebagai suami isteri, ikatan perkahwinan akhirnya terlerai.
Umar sudah berkahwin lain sedangkan Nurain masih merawat hati yang luka tambahan jodoh yang singkat itu tidak mengurniakannya cahaya mata. Nasib yang sama juga menimpa Tiara (bukan nama sebenar). Perkahwinan yang juga dibina atas dasar cinta sama cinta tidak dapat bertahan seperti yang diimpikan.
Menjadi ibu tunggal pada usia muda bagaimanapun tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk membesarkan dua cahaya matanya. Hatta hidup perlu diteruskan demi masa depan anak-anaknya.
Berlainan pula bagi Mawar (bukan nama sebenar). Penjawat awam ini sudah berumah tangga serta mempunyai beberapa anak tetapi suaminya berubah kasih dan bercinta dengan isteri orang. Pasangan ini akhirnya bercerai dan suaminya berkahwin lain bukan dengan isteri orang tersebut tetapi dengan wanita lain!
SEMAKIN RAPUH
Institusi perkahwinan semakin rapuh! Mungkin inilah tanggapan yang boleh diandaikan berdasarkan senario yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Ikatan perkahwinan semakin mudah terlerai. Lafaz cerai semudah anak-anak kecil belajar A, B, C. Sehinggakan ada suami yang menggunakan kecanggihan teknologi dengan hanya menghantar teks cerai menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)!
Bagaimanapun, perceraian sebenarnya bukan berpunca daripada satu faktor tetapi melibatkan banyak faktor. Ini diakui Dr Mohd Na'im Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau yang pernah berkhidmat selama 10 tahun (1998-2008) sebagai hakim mahkamah syariah berkata, berdasarkan statistik, 44.9 peratus kes perceraian berpunca daripada pasangan yang gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Faktor lain yang menyumbang kepada perceraian ialah kurang didikan agama, gaya hidup sosial, masalah komunikasi, sikap pasangan serta masalah kesihatan dan seks. Perceraian juga berlaku kerana pasangan meneruskan kebiasaan tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan.
"Ada juga perkahwinan yang tidak kekal kerana ketidakmampuan menguruskan ekonomi rumah tangga. Ada yang masih terikut-ikut dengan zaman mereka masih bujang, boros berbelanja dan apabila sudah ada tanggungjawab tidak boleh menguruskan kewangan. Perceraian juga berlaku kerana suami atau isteri mementingkan kerjaya atau
kegiatan luar rumah," jelas Dr Nai'im.
TEMPOH KRITIKAL
Hakikatnya perceraian terutama pada usia muda perkahwinan seperti yang berlaku kepada Nurain, Umar dan Tiara semakin kerap berlaku. Menurut Dr Na'm, tempoh lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh genting untuk kedua-dua pihak suami dan isteri memahami dan menyesuaikan diri.
"Biasa yang saya tengok selepas lima tahun jika mereka boleh sesuai, insya-Allah perkahwinan itu boleh bertahan. Sebab itu kalau kita tengok statistik banyak perceraian berlaku pada lima tahun pertama perkahwinan," kata beliau.
Dr Na'im juga tidak berapa bersetuju jika ada yang menyalahkan kursus pra-perkahwinan yang tidak mantap sebagai punca perceraian. Menurut beliau, silibus kursus pra-perkahwinan sudah cukup untuk memberikan asas untuk satu-satu pasangan mendirikan rumah tangga. Pasangan yang menghadiri kursus berkenaan antaranya diberi bimbingan mengenai tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Mereka juga dibimbing cara berkomunikasi, cara terbaik mengendalikan masalah rumah tangga serta cara menguruskan wang dengan bijak.
FAKTOR NIAT
Dr Naim bagaimanapun menegaskan, mereka yang menghadiri kursus pra-perkahwinan perlu mempunyai niat yang betul apabila menghadiri kursus itu. Apakah dia hadir setakat untuk dapat sijil? Untuk dapat lesen untuk berkahwin?
"Sepatutnya mereka yang menghadiri kursus ini menghayati silibus kursus dan mempraktikkan selepas akad nikah dijalankan. Kita tak mahu ingat masa kursus sahaja, habis sahaja akad semua yang diajar diabai dan dilupakan. Jadi ini semua berbalik kepada niat pasangan tadi ketika menyertai kursus pra-perkahwinan," kata Dr Na'im yang pernah menjadi hakim mahkamah syariah
selama kira-kira 10 tahun.
PERLU RANCANG
Pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga juga perlu mempunyai matlamat mengapa mereka mahu berkahwin dan membina rumah tangga. Mereka juga mesti berazam bukan sahaja untuk memperbaiki diri sendiri tetapi juga pasangan yang dikahwini serta anak yang bakal dilahirkan. Katanya, amat penting untuk pasangan yang ingin berkahwin merancang hala tuju perkahwinan mereka. Mendirikan rumah tangga atau mahligai kasih memerlukan perancangan seperti juga jika mahu mewujudkan syarikat yang mempunyai reputasi baik.
"Sebagai contohnya, kita perlu mencari rakan kongsi yang baik yang kita boleh percayai untuk bekerjasama. Perkahwinan juga macam satu syarikat. Kena cari pasangan yang terbaik untuk
sama-sama membina rumah tangga. Nabi juga ajar kita macam mana mahu mencari pasangan hidup," kata Dr Na'im.
Beliau menambah alam rumah tangga seperti perjalanan perniagaan juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai cabaran. Dalam masa yang sama, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga juga perlu mempunyai visi dan misi yang sama. Faktor ini penting, jelasnya, kerana jika timbul masalah pasangan tersebut dengan komunikasi yang baik, boleh berbincang dan menyelesaikan masalah secara bersama.
ADUAN GANTUNG
Kita lazim mendengar rungutan wanita yang mendakwa mereka dianiayai suami dan dibiarkan "gantung tak bertali." Dalam hal ini, Dr Na'im berkata, beberapa senario bagaimana boleh timbul isu
'gantung tak bertali' dan beliau turut berpandangan istilah ini kadang kala disalah gunakan.
Menurut beliau ada isteri yang tidak mendapat nafkah daripada suami dan ada isteri yang enggan menuntut nafkah kerana takut diceraikan. Jelasnya, Seksyen 60 Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri memberikan hak kepada isteri menuntut nafkah bukan sahaja selepas perceraian tetapi juga semasa perkahwinan.
"Isteri takut diceraikan. Jadi dia berada dalam dilema. Suami memang tak bayar nafkah dan dalam masa yang sama undang-undang memberikannya hak kepada dia di bawah Seksyen 60 tadi untuk menuntut nafkah di mahkamah syariah semasa perkahwinan lagi. Status mereka masih suami isteri. Suami mungkin sudah lama meninggalkan isteri tetapi belum bercerai. Nak pergi ke mahkamah takut diceraikan. Tapi persoalannya kenapa dia gantung diri sendiri?
"Suami dia mungkin sudah gantung dia tapi isu sekarang siapa gantung siapa? Adakah undang-undang menghalang dia? Undang-undang tak menghalang dia kerana dia boleh memfailkan tuntutan di mahkamah di bawah Seksyen 60 yang saya sebutkan tadi. Jadi, kalau undang-undang tak menghalang dia, maknanya sekarang siapa gantung siapa?" soal Dr Na'im.
PERLU BERTINDAK
Isteri perlu berani bertindak. Isteri perlu ke mahkamah dan mengemukakan kesnya kepada hakim. Ini nasihat Dr Na'im kepada wanita yang merasa diri mereka dianiayai suami. Beliau turut mengaitkan isu "gantung tak bertali" dengan kes isteri yang teruk didera oleh suami tapi masih juga mahu meneruskan perkahwinan.
"Atas dasar apa? Dia kata kalau tuntut cerai dia takut tak dapat masuk syurga sebab ada yang kata kalau isteri minta cerai isteri tak boleh bau syurga, tak boleh masuk syurga. Sekarang persoalannya hukum benarkan atau tidak? Hukum benarkan. Yang tidak dibenarkan ialah kalau suami tak ada masalah dan isteri sengaja atau suka-suka nak minta cerai.
"Tapi dalam keadaan didera, adakah Islam begitu zalim sampai menjadikan isteri tadi menjadi seorang hamba yang duduk dalam kehidupan yang penuh penderitaan sedangkan dalam Al-Quran ada menyebut Allah menjadikan perkahwinan itu untuk mendapatkan sakinah (ketenangan) dan mawaddah (kasih sayang)," jelas Dr Na'im.
KESAN KEPADA ANAK
Masih mengenai isu isteri didera suami. Dr Na'im menyifatkan isteri yang tidak bertindak menuntut haknya meskipun didera dengan teruk oleh suami boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. Beliau berpandangan anak lelaki yang dibesarkan dalam rumah tangga yang demikian berkemungkinan akan turut terkesan dari segi psikologi.
"Bila dia berkahwin dia boleh buat yang sama kepada isterinya kerana dia nampak ayah mendera ibunya dan dia nampak benda ini sebagai satu keadaan yang biasa," katanya.
Justeru beliau menasihatkan isteri yang menjadi mangsa dera suami supaya menggunakan hak yang telah dibenarkan oleh undang-undang dan hukum.
"Bila mana kezaliman itu berlaku maka isteri kena bangkit untuk memastikan kezaliman itu dapat dihapuskan dengan cara dia mengemukakan permohonan di mahkamah. Mengapa perlu bimbang diceraikan? Mungkin dia akan mendapat kehidupan yang lebih baik," tambah Dr Na'im.
Beliau turut menyeru pihak berkuasa supaya mengambil serius isu penderaan isteri oleh suami. Katanya, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri ada menyebut bahawa barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya.
"Kalau dia ada kuasa ubahlah dengan menggunakan kuasa yang ada," tambahnya.
BERI PERTOLONGAN
Dr Na'im turut meminta peguam syarie yang mengendalikan kes perceraian supaya lebih bertimbang rasa dalam meletakkan jumlah bayaran untuk anak guamnya. Menurut beliau, ada isteri yang melalui proses perceraian terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengambil peguam.
"Katakanlah kes cerai ini berlarutan selama dua tahun, kalau dia ambil peguam syarie mungkin besar belanja yang dikeluarkan. Bayaran guaman ini bergantung, sebab tidak ada bayaran yang tetap, di mahkamah syariah belum lagi ada Akta Guaman Syarie berbanding mahkamah sivil ada Legal Profession Act 1976. Terpulang kepada peguam untuk meletakkan bayaran guamannya. Kita boleh katakan isteri bergantung kepada belas kasihan peguam syarie," kata Dr Na'im.
Sehubungan itu, beliau ingin mengajak peguam-peguam syarie supaya menyedari akan tanggungjawab sosial yang perlu ditanggung oleh Peguam Syarie membezakan diri mereka dengan peguam sivil.
"Apa tanggungjawab kita kepada masyarakat? Apa tanggungjawab kita untuk membantu masyarakat? Nabi ada bersabda barang siapa yang melepaskan kesusahan, kedukaan mana-mana saudara dia, Allah akan lepaskan dia di akhirat. Memanglah tidak ada benda yang percuma tetapi berpada-padalah," kata Dr Na'im. - Bernama
Rencana ini menyorot peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam memberikan perkhidmatan khususnya kepada
isteri untuk mendapatkan hak nafkah terutama apabila berlaku perceraian. Ini adalah bahagian pertama daripada tiga siri.
PUTRAJAYA - Nurain dan Umar (bukan nama sebenar) menjalin hubungan cinta semasa belajar di universiti. Tamat pengajian, pasangan muda ini dengan restu keluarga mendirikan rumah tangga.
Seperti kebanyakan pengantin baru, mereka bahagia pada awal perkahwinan meskipun kadang kala terpaksa berpisah atas nama tugas. Panas bagaimanapun tidak sampai ke petang. Impian untuk sehidup semati bagaimanapun tidak kesampaian untuk pasangan ini. Selepas hanya tiga tahun hidup sebagai suami isteri, ikatan perkahwinan akhirnya terlerai.
Umar sudah berkahwin lain sedangkan Nurain masih merawat hati yang luka tambahan jodoh yang singkat itu tidak mengurniakannya cahaya mata. Nasib yang sama juga menimpa Tiara (bukan nama sebenar). Perkahwinan yang juga dibina atas dasar cinta sama cinta tidak dapat bertahan seperti yang diimpikan.
Menjadi ibu tunggal pada usia muda bagaimanapun tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk membesarkan dua cahaya matanya. Hatta hidup perlu diteruskan demi masa depan anak-anaknya.
Berlainan pula bagi Mawar (bukan nama sebenar). Penjawat awam ini sudah berumah tangga serta mempunyai beberapa anak tetapi suaminya berubah kasih dan bercinta dengan isteri orang. Pasangan ini akhirnya bercerai dan suaminya berkahwin lain bukan dengan isteri orang tersebut tetapi dengan wanita lain!
SEMAKIN RAPUH
Institusi perkahwinan semakin rapuh! Mungkin inilah tanggapan yang boleh diandaikan berdasarkan senario yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Ikatan perkahwinan semakin mudah terlerai. Lafaz cerai semudah anak-anak kecil belajar A, B, C. Sehinggakan ada suami yang menggunakan kecanggihan teknologi dengan hanya menghantar teks cerai menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)!
Bagaimanapun, perceraian sebenarnya bukan berpunca daripada satu faktor tetapi melibatkan banyak faktor. Ini diakui Dr Mohd Na'im Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau yang pernah berkhidmat selama 10 tahun (1998-2008) sebagai hakim mahkamah syariah berkata, berdasarkan statistik, 44.9 peratus kes perceraian berpunca daripada pasangan yang gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Faktor lain yang menyumbang kepada perceraian ialah kurang didikan agama, gaya hidup sosial, masalah komunikasi, sikap pasangan serta masalah kesihatan dan seks. Perceraian juga berlaku kerana pasangan meneruskan kebiasaan tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan.
"Ada juga perkahwinan yang tidak kekal kerana ketidakmampuan menguruskan ekonomi rumah tangga. Ada yang masih terikut-ikut dengan zaman mereka masih bujang, boros berbelanja dan apabila sudah ada tanggungjawab tidak boleh menguruskan kewangan. Perceraian juga berlaku kerana suami atau isteri mementingkan kerjaya atau
kegiatan luar rumah," jelas Dr Nai'im.
TEMPOH KRITIKAL
Hakikatnya perceraian terutama pada usia muda perkahwinan seperti yang berlaku kepada Nurain, Umar dan Tiara semakin kerap berlaku. Menurut Dr Na'm, tempoh lima tahun pertama perkahwinan adalah tempoh genting untuk kedua-dua pihak suami dan isteri memahami dan menyesuaikan diri.
"Biasa yang saya tengok selepas lima tahun jika mereka boleh sesuai, insya-Allah perkahwinan itu boleh bertahan. Sebab itu kalau kita tengok statistik banyak perceraian berlaku pada lima tahun pertama perkahwinan," kata beliau.
Dr Na'im juga tidak berapa bersetuju jika ada yang menyalahkan kursus pra-perkahwinan yang tidak mantap sebagai punca perceraian. Menurut beliau, silibus kursus pra-perkahwinan sudah cukup untuk memberikan asas untuk satu-satu pasangan mendirikan rumah tangga. Pasangan yang menghadiri kursus berkenaan antaranya diberi bimbingan mengenai tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Mereka juga dibimbing cara berkomunikasi, cara terbaik mengendalikan masalah rumah tangga serta cara menguruskan wang dengan bijak.
FAKTOR NIAT
Dr Naim bagaimanapun menegaskan, mereka yang menghadiri kursus pra-perkahwinan perlu mempunyai niat yang betul apabila menghadiri kursus itu. Apakah dia hadir setakat untuk dapat sijil? Untuk dapat lesen untuk berkahwin?
"Sepatutnya mereka yang menghadiri kursus ini menghayati silibus kursus dan mempraktikkan selepas akad nikah dijalankan. Kita tak mahu ingat masa kursus sahaja, habis sahaja akad semua yang diajar diabai dan dilupakan. Jadi ini semua berbalik kepada niat pasangan tadi ketika menyertai kursus pra-perkahwinan," kata Dr Na'im yang pernah menjadi hakim mahkamah syariah
selama kira-kira 10 tahun.
PERLU RANCANG
Pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga juga perlu mempunyai matlamat mengapa mereka mahu berkahwin dan membina rumah tangga. Mereka juga mesti berazam bukan sahaja untuk memperbaiki diri sendiri tetapi juga pasangan yang dikahwini serta anak yang bakal dilahirkan. Katanya, amat penting untuk pasangan yang ingin berkahwin merancang hala tuju perkahwinan mereka. Mendirikan rumah tangga atau mahligai kasih memerlukan perancangan seperti juga jika mahu mewujudkan syarikat yang mempunyai reputasi baik.
"Sebagai contohnya, kita perlu mencari rakan kongsi yang baik yang kita boleh percayai untuk bekerjasama. Perkahwinan juga macam satu syarikat. Kena cari pasangan yang terbaik untuk
sama-sama membina rumah tangga. Nabi juga ajar kita macam mana mahu mencari pasangan hidup," kata Dr Na'im.
Beliau menambah alam rumah tangga seperti perjalanan perniagaan juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai cabaran. Dalam masa yang sama, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga juga perlu mempunyai visi dan misi yang sama. Faktor ini penting, jelasnya, kerana jika timbul masalah pasangan tersebut dengan komunikasi yang baik, boleh berbincang dan menyelesaikan masalah secara bersama.
ADUAN GANTUNG
Kita lazim mendengar rungutan wanita yang mendakwa mereka dianiayai suami dan dibiarkan "gantung tak bertali." Dalam hal ini, Dr Na'im berkata, beberapa senario bagaimana boleh timbul isu
'gantung tak bertali' dan beliau turut berpandangan istilah ini kadang kala disalah gunakan.
Menurut beliau ada isteri yang tidak mendapat nafkah daripada suami dan ada isteri yang enggan menuntut nafkah kerana takut diceraikan. Jelasnya, Seksyen 60 Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri memberikan hak kepada isteri menuntut nafkah bukan sahaja selepas perceraian tetapi juga semasa perkahwinan.
"Isteri takut diceraikan. Jadi dia berada dalam dilema. Suami memang tak bayar nafkah dan dalam masa yang sama undang-undang memberikannya hak kepada dia di bawah Seksyen 60 tadi untuk menuntut nafkah di mahkamah syariah semasa perkahwinan lagi. Status mereka masih suami isteri. Suami mungkin sudah lama meninggalkan isteri tetapi belum bercerai. Nak pergi ke mahkamah takut diceraikan. Tapi persoalannya kenapa dia gantung diri sendiri?
"Suami dia mungkin sudah gantung dia tapi isu sekarang siapa gantung siapa? Adakah undang-undang menghalang dia? Undang-undang tak menghalang dia kerana dia boleh memfailkan tuntutan di mahkamah di bawah Seksyen 60 yang saya sebutkan tadi. Jadi, kalau undang-undang tak menghalang dia, maknanya sekarang siapa gantung siapa?" soal Dr Na'im.
PERLU BERTINDAK
Isteri perlu berani bertindak. Isteri perlu ke mahkamah dan mengemukakan kesnya kepada hakim. Ini nasihat Dr Na'im kepada wanita yang merasa diri mereka dianiayai suami. Beliau turut mengaitkan isu "gantung tak bertali" dengan kes isteri yang teruk didera oleh suami tapi masih juga mahu meneruskan perkahwinan.
"Atas dasar apa? Dia kata kalau tuntut cerai dia takut tak dapat masuk syurga sebab ada yang kata kalau isteri minta cerai isteri tak boleh bau syurga, tak boleh masuk syurga. Sekarang persoalannya hukum benarkan atau tidak? Hukum benarkan. Yang tidak dibenarkan ialah kalau suami tak ada masalah dan isteri sengaja atau suka-suka nak minta cerai.
"Tapi dalam keadaan didera, adakah Islam begitu zalim sampai menjadikan isteri tadi menjadi seorang hamba yang duduk dalam kehidupan yang penuh penderitaan sedangkan dalam Al-Quran ada menyebut Allah menjadikan perkahwinan itu untuk mendapatkan sakinah (ketenangan) dan mawaddah (kasih sayang)," jelas Dr Na'im.
KESAN KEPADA ANAK
Masih mengenai isu isteri didera suami. Dr Na'im menyifatkan isteri yang tidak bertindak menuntut haknya meskipun didera dengan teruk oleh suami boleh memberi kesan negatif kepada anak-anak. Beliau berpandangan anak lelaki yang dibesarkan dalam rumah tangga yang demikian berkemungkinan akan turut terkesan dari segi psikologi.
"Bila dia berkahwin dia boleh buat yang sama kepada isterinya kerana dia nampak ayah mendera ibunya dan dia nampak benda ini sebagai satu keadaan yang biasa," katanya.
Justeru beliau menasihatkan isteri yang menjadi mangsa dera suami supaya menggunakan hak yang telah dibenarkan oleh undang-undang dan hukum.
"Bila mana kezaliman itu berlaku maka isteri kena bangkit untuk memastikan kezaliman itu dapat dihapuskan dengan cara dia mengemukakan permohonan di mahkamah. Mengapa perlu bimbang diceraikan? Mungkin dia akan mendapat kehidupan yang lebih baik," tambah Dr Na'im.
Beliau turut menyeru pihak berkuasa supaya mengambil serius isu penderaan isteri oleh suami. Katanya, Nabi Muhammad S.A.W. sendiri ada menyebut bahawa barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya.
"Kalau dia ada kuasa ubahlah dengan menggunakan kuasa yang ada," tambahnya.
BERI PERTOLONGAN
Dr Na'im turut meminta peguam syarie yang mengendalikan kes perceraian supaya lebih bertimbang rasa dalam meletakkan jumlah bayaran untuk anak guamnya. Menurut beliau, ada isteri yang melalui proses perceraian terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengambil peguam.
"Katakanlah kes cerai ini berlarutan selama dua tahun, kalau dia ambil peguam syarie mungkin besar belanja yang dikeluarkan. Bayaran guaman ini bergantung, sebab tidak ada bayaran yang tetap, di mahkamah syariah belum lagi ada Akta Guaman Syarie berbanding mahkamah sivil ada Legal Profession Act 1976. Terpulang kepada peguam untuk meletakkan bayaran guamannya. Kita boleh katakan isteri bergantung kepada belas kasihan peguam syarie," kata Dr Na'im.
Sehubungan itu, beliau ingin mengajak peguam-peguam syarie supaya menyedari akan tanggungjawab sosial yang perlu ditanggung oleh Peguam Syarie membezakan diri mereka dengan peguam sivil.
"Apa tanggungjawab kita kepada masyarakat? Apa tanggungjawab kita untuk membantu masyarakat? Nabi ada bersabda barang siapa yang melepaskan kesusahan, kedukaan mana-mana saudara dia, Allah akan lepaskan dia di akhirat. Memanglah tidak ada benda yang percuma tetapi berpada-padalah," kata Dr Na'im. - Bernama
Masalah rumah tangga
KEHIDUPAN dua insan dalam ikatan perkahwinan merupakan suatu bentuk kehidupan yang unik. Kedua-dua individu terpaksa saling bertolak ansur, mengenali kelemahan dan kekuatan diri agar keseimbangan perkahwinan dan keharmonian rumah tangga dapat dicapai. Tidak ketinggalan, terdapat pasangan yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam perkahwinan untuk terus menjadi pasangan bahagia.
Pelbagai bentuk konflik dihadapi dalam ikatan perkahwinan. Konflik yang dilalui andainya tidak dapat diatasi pasti memaksa pasangan mencari jalan muktamad iaitu melalui perceraian yang memansuhkan ikatan perkahwinan. Masalah dalam perkahwinan bukanlah suatu fenomena baru. Cuma di zaman serba maju hari ini, perceraian bukan lagi suatu yang memalukan tetapi digambarkan sebagai suatu jalan terbaik agar emosi individu tidak terus menerus berada dalam keadaan yang menekan. Manakala emosi anak-anak dapat dikawal agar tidak terus menghadapi gangguan.
Tidak terdapat suatu gambaran khusus yang boleh dikatakan bahawa sebuah rumah tangga itu berada dalam keadaan aman dan bahagia. Setiap perkahwinan pasti menghadapi pelbagai masalah tipikal seperti masalah tidak jelasnya pembahagian tugas di rumah dan penggunaan wang apabila kedua-dua pasangan bekerja, masalah saudara mara, komunikasi, seks, pendidikan anak-anak, rekreasi, hubungan dengan rakan-rakan dan sebagainya.
Kajian-kajian yang dilakukan di barat mendapati bahawa pasangan yang bahagia dan tidak bahagia, tidak akan terlepas daripada menghadapi pelbagai masalah dalam meneruskan kehidupan berumahtangga.
Walau bagaimanapun, pasangan yang dikatakan tidak bahagia menghadapi lebih banyak masalah dalam kadar yang lebih kerap dan serius berbanding dengan pasangan bahagia.
Rencana psikologi kali ini akan membicarakan beberapa masalah asas yang mungkin berlaku di tahap awal perkahwinan. Kajian telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1990 oleh Storaasli dan Markaun ke atas 131 pasangan berkulit putih. Masalah-masalah yang dihadapi dalam tempoh perkahwinan dinilai melalui suatu alat kajian dinamakan sebagai masalah perhubungan perkahwinan yang menyenaraikan sepuluh lingkungan masalah iaitu masalah berhubung dengan wang, komunikasi, saudara mara, seks, agama, rekreasi, sahabat, penggunaan dadah dan alkohol, penjagaan anak-anak dan perasaan cemburu. Pasangan diminta untuk menilai lingkungan masalah dirasai dan apa yang sedang mereka lalui dalam hubungan perkahwinan.
Hasil daripada kajian didapati pasangan yang berada di tahap awal perkahwinan (satu hingga tiga tahun) kebanyakannya menghadapi masalah-masalah seperti digambarkan dalam rajah I di bawah:
Rajah 1
Pemeringkatan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Peratusan
1.Kewangan 85
2.Komunikasi 43
3.Sanak-Saudara 30
4.Seks 21
5.Kawan-Kawan 20
6.Anak-Anak 18
7.Agama 15
8.Rasa Cemburu 13
9.Penggunaan Alkohol dan Dadah 10
10.Rekreasi 5
11.Lain-Lain 28
Rajah 1 dan 2 memperlihatkan beberapa masalah khusus yang dihadapi oleh pasangan yang baru berkahwin dan yang telah mula mempunyai anak. Di tahap awal perkahwinan, masalah kewangan menjadi masalah utama diikuti dengan masalah berkomunikasi. Seterusnya masalah timbul dari masalah sanak saudara pasangan berkaitan. Selepas mempunyai anak, punca masalah utama masih lagi berkisar pada isu-isu berhubung dengan komunikasi dan kewangan, diikuti dengan suatu masalah baru iaitu masalah seks.
Rajah 2
Pemeringkatan Masalah-Masalah Yang Dihadapi Peratusan
1.Komunikasi 45
2.Kewangan 43
3.Seks 43
4.Adik-Beradik 23
5.Rekreasi 15
6.Agama 10
7.Anak-Anak 8
8.Kawan-Kawan 8
9.Rasa Cemburu 3
10.Alkohol dan Dadah 0
11.Lain-Lain 23
Melalui hasil kajian yang dilakukan ini, ahli psikologi cuba mencari jalan terbaik agar pasangan yang akan berkahwin melihat punca masalah yang akan berlaku apabila mereka berkahwin kelak. Dapatkan kajian ini, walaupun cuma bersesuaian dengan 131 pasangan yang dikaji, sekurang-kurangnya dapat memberi kata kunci atau tanda saran kepada pasangan agar berwaspada dengan isu-isu masalah yang mungkin berlaku apabila melalui tahap-tahap awal dalam arena berumahtangga.
Pasangan yang menghadapi konflik dalam rumah tangga terdiri daripada individu yang tidak pernah memikirkan secara serius berhubung dengan perkembangan dan kehidupan normatif yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga. Penilaian dalam kehidupan berumahtangga perlu selalu dilakukan. Persoalan-persoalan berhubung dengan, ‘adakah pasangan saya berpuas hati dengan keadaan perjalanan rumah tangga saya sekarang ini?’ harus sentiasa dipersoalkan. Matlamat yang mahu dicapai dalam setahun, tiga tahun, lima tahun, sepuluh tahun dan seterusnya ke tahun-tahun berikut perlu dibincangkan agar kehidupan berumahtangga memberikan rasa kepuasan kepada pasangan. Setiap perkahwinan perlu mempunyai matlamat, sesuai dengan tahap pendapatan dan kedudukan kelas sosial yang dilalui.
Pasangan yang berkahwin harus dapat menghadapi pelbagai situasi dan permintaan baru. Kedatangan anak baru, anak sulung mula ke pusat pengajian tinggi, kematangan pemikiran pasangan dan kehendak-kehendak pasangan harus dilihat sebagai pola-pola kehidupan rumah tangga yang perlu difikirkan bersama.
Kegagalan pasangan memberikan perhatian kepada kehidupan normatif keluarga akan menyebabkan kehidupan berumahtangga menjadi suatu rutin yang perlu diikuti tanpa perancangan teliti untuk menghadapinya. Kehambaran dalam perkahwinan mula dirasai apabila pertelingkahan sering timbul bersebab daripada tidak seriusnya individu untuk berbincang rasa tidak puas hati di antara satu sama lain.
Masalah berkomunikasi secara terbuka untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati dalam perkahwinan merupakan suatu yang taboo dalam masyarakat Melayu. Pasangan yang berkahwin, terutama sekali wanita tidak diberi peluang untuk melahirkan rasa hati secara diplomasi dan terbuka. Cuma melalui pertelingkahan yang timbul dalam keluarga, barulah perasaan hati yang terpendam dapat disalurkan.
Sayangnya, kebanyakan pasangan yang berkahwin hari ini tidak mempunyai perancangan teliti berhubung dengan episod-episod yang harus dibincangkan bersama untuk membentuk suatu keluarga bahagia seperti mana yang dilaungkan kini.
Cara elak perceraiaan
Suami memerlukan isteri untuk menenangkan hatinya. Sebab itulah dalam Al-Quran. Ada di anjurkan supaya berdoa untuk mencari kebahagian suami isteri dengan maksudnya "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa".
Sifat saling memerlukan antara lelaki dan perempuan menjadikan mereka pasangan yang lengkap-melengkapi.
Namun demikian, jika lelaki dan perempuan diciptakan saling melengkapi, mengapakah terjadi konflik dan perceraian dalam rumah tangga? Adakah hanya dengan mengetahui punca masalah rumah dapat mengelakkan berlakunya perceraiaan. Lazimnya, kita akan dapat melihat bahawa lelaki dan perempuan mengalami konfilik rumah tangga disebabkan perbezaan cara lelaki dan perempuan berfikir. Perbezaan cara pemikiran ini akan menyebabkan konflik rumah tangga tidak dapat di elakkan, melainkan kedua-dua pasangan suami isteri tersebut gila atau pun mental.
Harapan suami kepada Isteri:
1. Menghormati dan taat kepada suami.
2. Menerima kelebihan dan kekurangan suami.
3. Setia
Harapan isteri kepada suami:
1.Melindungi diri dan perasaanya.
2. Memenuhi kehendak dan kemahuan diri mengikut kemampuan suami.
3. Mendidik kekurangan diri.
Jadi, untuk mengharungi rumah tangga ini, perlu ada kesefahaman dan komunikasi yang jelas.
Punca perceraian dari prespektif suami dan isteri
Punca cerai dari perspektif suami biasanya adalah kerana isterinya derhaka , tidak menurut perintah dan ikut kehendak sendiri sahaja. Bagi suami isteri yang degil dan tidak mahu mendengar kata ini telah nusyuz dan tidak layak menjadi isteri yang bertanggungjawab. Suami mengangap bahawa Isteri yang tidak menjalankan tangungjawab yang sesuai dengan norma seorang isteri. Sikap dan taste tinggi dan melebihi kemampuan suami juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya perceraiaan. Hal ini, akan menyebabkan konflik yang sering kali berlaku disebabkan perbezaan harapan atau pun expectation. Kadang kala pergaduhan yang sering berlaku akan menyebabkan suami dan isteri sudah tidak tahan dan tidak mahu duduk atau pun tinggal bersama lagi. Lebih mengecewakan apabila suami menganggap bahawa isterinya menyusahkan dirinya.
Dari perspektif isteri, suami tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan keperluan dan kemudahan mengikut tahap pendidikan atau sosioekonominya. Hal ini sering berlaku apabila wujud jurang pendidikan dan sosio ekonomi keluarga antara pasangan suami isteri. Isteri yang melihat suami sebagai tempat bergantungkan sumber eknomi dan pelindung. Lazimnya mereka menilai suami ketika di alam percintaan yang mana mereka sanggup membelanjakan wang ringgit dan tenaga tetapi sikap ini berubah selepas kahwin. Sikap kecewa dengan suami yang mengambil sambil lewa keperluan dan kehendak mereka. Ini akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati yang apabila meletup akan menjadi pertengkaran yang sangat buruk. Hal ini menyebabkan isteri makan hati dengan suami, maka bebelan dan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan akan diluahkan untuk meredakan tekanan. Namun, pertengakaran yang berterusan ini lama kelamaan akan menjadi barah yang merosakan serta memusnahkan isntitusi perkahwinan. Lebih mengecewakan apabila isteri menganggap bahawa perkahwinan ini sebagai sesuatu yang mengongkong dan sering menuntut cerai.
Dari perspektif isteri, suami tidak bertanggungjawab kerana tidak menyediakan keperluan dan kemudahan mengikut tahap pendidikan atau sosioekonominya. Hal ini sering berlaku apabila wujud jurang pendidikan dan sosio ekonomi keluarga antara pasangan suami isteri. Isteri yang melihat suami sebagai tempat bergantungkan sumber eknomi dan pelindung. Lazimnya mereka menilai suami ketika di alam percintaan yang mana mereka sanggup membelanjakan wang ringgit dan tenaga tetapi sikap ini berubah selepas kahwin. Sikap kecewa dengan suami yang mengambil sambil lewa keperluan dan kehendak mereka. Ini akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati yang apabila meletup akan menjadi pertengkaran yang sangat buruk. Hal ini menyebabkan isteri makan hati dengan suami, maka bebelan dan kata-kata yang menyakitkan hati pasangan akan diluahkan untuk meredakan tekanan. Namun, pertengakaran yang berterusan ini lama kelamaan akan menjadi barah yang merosakan serta memusnahkan isntitusi perkahwinan. Lebih mengecewakan apabila isteri menganggap bahawa perkahwinan ini sebagai sesuatu yang mengongkong dan sering menuntut cerai.
Kenapa pasangan suami isteri tidak serasi?
Apabila perkahwinan sudah menjangkau enam bulan, salah dan silap sesuatu pasangan akan mula diungkit, padahal sebelumnya dibiarkan sahaja, konon masih baru. Lalu suami yang tidak senang hati dengan sikap isteri, cuba menasihati isterinya begitu dan begini. Percayalah ketika itu, nasihat suami sudah tidak bernilai lagi, sebaliknya isterinya menjawab, “dulu tak salah, kenapa baru sekarang salah?”
Ternyata pasangan itu memang sudah tidak serasi. Tetapi demi cinta, mereka tetap mengharungi rumah tangga walaupun dalam keadaan tidak selesa. Walaupun dalam tidak selesa itu, mereka tetap menikmati saat-saat kebahagiaan rumah tangga. Anihnya dalam keadaan benci, isteri tetap mengandung dan mereka terus dikurniakan anak.
Sebab itulah kadang-kadang, kita rasa hairan dan terkejut apabila dalam diam-diam pasangan itu dikatakan bercerai. Lalu orang ramai pun berkata, “kenapa la bercerai, kesian anak terpaksa berpisah dengan ibu atau bapa.” Kita hairan kenapa setelah lama berkahwin, masih tidak temui serasinya.
Itu kata kita, tetapi sebenarnya mereka berdua sudah lama menderita. Namun hati kecil mereka masih ada harapan. Maka walaupun menderita, hidup masih diteruskan di samping mencari penawarnya. Tetapi apabila sampai kemuncak masalah dan penyelesaian masih tidak ditemui, perceraian terpaksalah dipilih.
Sebenarnya mereka sudah menyedari ketidakserasian itu sejak awal pernikahan mereka, namun mereka gagal untuk merawatnya dengan baik. Tetapi percayalah isu ini masih belum terlewat untuk dirawat.
Sebenarnya isu tidak serasi ini hanya ibarat retak mencari belah. Sebab itu jika pasangan yang terlibat tidak dapat mengesan ketidakserasaian itu lebih awal, perceraian boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jadi, beruntunglah mereka yang berusaha mencari punca penyebabnya.
Sebenarnya punca tidak serasi itu bermula daripada tidak serasinya iman pasangan tersebut. Mungkin suami kuat imannya, tetapi isteri lemah imannya. Apatah lagi kalau kedua-dua mereka tidak ada iman. Hakikatnya mereka tidak meletakkan Allah di dada mereka.
Percayalah mereka yang ada iman, pasti akan takut kepada Allah, iaitu takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan zalim kepada orang lain apatah lagi isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kalau isteri beriman, sudah pasti dia akan takut untuk menderhakai suaminya, dan akan takut untuk meminta cerai daripada suaminya.
Selain itu pasangan yang beriman itu akan melakukan solat lima waktu dan sunat-sunatnya. Malah mereka yang taat solat, akan berasa tenang sewaktu berhadapan dengan pasangan. Malah jika sesekali mereka berkesempatan melakukan solat berjemaah, pasti hati pasangan itu mudah disatukan Allah.
Percayalah apabila pasangan itu boleh berasa takut kepada Allah, dan dapat pula mendirikan solat dengan sempurna, bibit perceraian tidak akan terjadi. Keserasian pasti akan diperoleh oleh pasangan tersebut semasa berkahwin bahkan sampai bila-bila.
Sungguh pun begitu, jumlah golongan ini tidak ramai. Di sana sini kita temui mereka yang lemah iman, buktinya ramai yang tidak melakukan asolat dengan sempurna, dan ramai juga suami yang takut kepada isteri. Mereka ini kalau pun kelihatan seperti serasi, tetapi hakikatnya mereka mahu hidup secara bebas, berseronok suka dalam kancah dosa dan maksiat.
Peranan Suami Didik Isteri
Mana-mana pasangan yang boleh mengekalkan iman dan taqwa dan boleh melaksanakan solat dengan sempurna, pasti suami dan isteri mampu berperanan dalam rumah tangga seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Inilah pasangan yang serasi malah boleh berkekalan sehingga ke dalam syurga.
Suami dalam keadaan ini perlu berperanan sebagai pendidik selain memimpin isteri ke jalan yang selamat. Maknanya pada malam pertama perkahwinan mereka, suami perlu menjelaskan pantang larang yang perlu isteri taati. Dalam pada itu kalau isteri tersalah dan tersilap, segeralah menegurnya dengan penuh hikmah.
Isteri juga perlu diingatkan agar sentiasa mematuhi kehendak suami dan meminta izin sebelum melakukan sesuatu pekerjaan yang luar jangkaan. Peringatan ini penting dalam membina kehamonian rumah tangga. Semua ini akan memudahkan suami memimpin isteri ke arah jalan yang bahagia.
Manakala rumah tangga yang telah didapati tidak serasi perlulah menamatkan sengketa itu dengan saling memaafkan kesalahan masing-masing. Percayalah setelah kedudukan telah menjadi kosong-kosong, suami bolehlah membuat penjenamaan baru dengan menyenaraikan garis panduan, pantang larang seperti yang dinyatakan di atas.
Ingatlah selagi mereka mampu mengikut garis panduan dan pantang larang yang ditetapkan Allah dan Rasulullah, mereka akan terdorong ke arah hidup yang bahagia selama-lamanya.
40 Dalil Lelaki Tidak Layak Digelar suami....
1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.
4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.
12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.
19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain
Isteri cantik pun kena cerai?
(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)
Soalan pembaca:
Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.
Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.
Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.
******
Hamka keretamayat jawab:
Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!
Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...
Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”
Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.
Baik, balik pada topik, dulu.., aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)
Kat mana tadi?
Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!
Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, , setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.
Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.
Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.
Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari Hamka keretamayat ini baik baik:
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”
Woha!
Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!
Pps: Buku aku ada banyak lagi info berguna untuk laki bini,
Tips-Tips Mengelak Suami Isteri Bercerai
Sebelum ini,
1. Mencintai pasangan Secara Total..
Antara bentuk cinta yang total adalah tidak mementingkan diri sendiri. Suami mengalah, isteri pula menyerahkan diri sepenuhnya kepada suami. Dalam mencintai pasangan kebahagiaan si dia lebih diutamakan daripada kebahagiaan anda. Jangan hanya isteri yang terus menerus dituntut taat sedangkan suami tak sudi menonjolkan kemesraan dan belas kasihan. Cuba benkongsi secara adil hak dan tanggungjawab anda berdua, tiada yang dilebihkan dari yang lain.
Cinta ini dibuktikan dengan sikap yang dimahukan, oleh pasangan bukan yang disukai diri sendiri. Suami dan isteri saling memuaskan bukan hanya di atas katil tetapi setiap inci kehidupan yang dikongsi bersarma. Jangan kata kalau dah selesai masalah seks, maka selesai sudah segala-galanya. Ramai isteri yang disuap oleh seks untuk menidakkan hak-haknya yang lain.
Tak boleh tolak apa-apa saja keputusan suami, tiada kebebasan bensuara sama sekali.
Begitu juga ramai suami yang jadi mangsa queen control’ isteri. Cinta total tidak memaksakan kehendak anda kepada pasangan, ia lebih kepada pengorbanan tak meminta balasan. Cinta secara total juga tidak sesekali menghalalkan balas dendam.
Jangan balas jika isteri membuli dan jangan balas jika suami menyakiti. Cinta sebenar adalah mengorbankan diri untuk kebahagiaan kekasih. Jika anda berdua sudah mencapai tahap cinta setinggi ini agaknya tak payah risau sangat tentang perceraian, berserah pada Allah SWT yang menentukan kerana anda telah berusaha yang paling maksima setakat ini.
2. Nikmati Persahabatan
Tip menghindari perceraian yang kedua adalah nikmatilah persahabatan dengan pasangan. Mengapa suami cepat bosan dengan isterinya dan begitu sebaliknya? Jawabnya kerana isteri tak bersahabat, suami pula kaku dan serius sepanjang masa. Tiada masa bersama dan sibuk dengan dunia masing-masing.
Suami dengan laptopnya, isteri pula dengan blackberrynya. Jika bertemu tidak ada cerita yang menarik minat pasangan. Apatah lagi jika tekanan kerjaya dibawa pulang mesti tiada ruang langsung untuk menaikan pasangan yang ada cuma melampiaskan stres, kemarahan dan kebencian.
Mengapa dulu anda boleh menjadi sahabatnya, sekarang pula anda ketepikan dia dan mencari sahabat-sahabat lain di luar sana? Mengapa tidak mulakan sekali lagi pencarian sahabat sejati itu pada diri pasangan kita? Mulakan menjadi orang yang paling menarik untuk didekati, dimesrai, pandai bergosip, pandai menceriakan suasana dan tumpukan sepenuh minat anda kepada pasangan.
Tak salah tanya isteri tentang fesyen terkini, dandanan rambut yang dia suka atau baju apa yang dia syorkan untuk anda lebih bergaya. Jangan biarkan sehari pun tiada komunikasi yang menyeronokkan.
Masuk bilik tidur masing-masing senyap, keluar bekerja pun tak cakap, depan meja makan diam, pergi kenduri pun bisu? Kalaupun bercakap, dalam telefon, tersenyum dalam skype, meluahkan rasa dalam facebook bukan dengan pasangan tapi dengan orang lain.
Bagaimana ikatan persahabatan dapat dijalin jika masing-masing bersikap tidak peduli? Pedulilah sikit walau sekadar sentuh tangannya dan senyum kemudian berboraklah semesra anda melayan pelanggan di tempat kerja.
Jadilah raja lawak untuk isteri anda, atau pakar gosip untuk suami anda. Barulah suasana menjadi hangat dan bersahabat. Tahukah anda banyak perceraian dimulakan dari satu proses yang terkecil iaitu tak bercakap hingga terbesar iaitu saling melaknat?
3. Fokus Pada Visi Perkahwinan
Perkahwinan yang terkandas di tengah jalan dimulakan dengan suami isteri yang tak pandai merancang hidup. Tiada visi dalam perkahwmnan, tak tahu mana yang harus dijadikan fokus terpenting dalam kehidupan. Memulakan hidup baru dengan hutang kahwin yang tak habis-habis. Tak tahu menyimpan dan membina kerjaya, tak tahu umur berapa mesti habis bayar kereta, rumah dan hutang-hutang lainnya.
Tak tahu bila nak menunaikan haji, nak balas jasa ibu bapa, nak hantar anak ke universiti. Semua serba kabur, tanpa perancangan. Pasangan yang mempunyai sifat sebegini amat terdedah kepada bahaya perceraian. Apakah tiga tip ini mampu menjadi benteng menghadapi tsunami perceraian? Hanya anda dan pasangan yang boleh menjawabnya dengan usaha yang berterusan sepanjang hayat.
Cintailah dia secara total, jadilah sahabat yang hangat dan fokuslah pada visi kehidupan lnsya-Allah perkahwinan akan berkat.. Selamat mencuba Tips-Tips Mengelak Suami Isteri Bercerai..
Punca perceraian suami dan isteri
Ada yang isteri mintak cerai sebab suami homoseksual. Errr..!!! Ada jugak sebab syak suami dia pernah bersama perempuan lain. "I nampak video tu, u dah main dengan perempuan lain", tuduh si isteri. "Video mane u tengok ni, u cepat sangat percaya kat orang", si suami pertahankan dirinya.
Tak lupa perceraian disebabkan masalah ekonomi. Suami hutang dengan along sampai isteri dia turut kena gangguan. Alasan suami dia pinjam duit along sebab nak turuti kehendak isteri. Isteri nak itu, dia bagi. Nak ini, semua dia belikan. Last-last, isteri minta cerai juga sebab tak tahan kena gangguan along. Adeh..!!
Itu masalah yang berpunca drpd pihak lelaki. Bagaimana pulak drpd pihak wanita?
Ada satu kes, pasal masalah penyakit kelamin. Suami dah check doktor, tiada masalah. Tapi bila disuruh si isteri check, dia tak nak pulak. Degil, macam mana nak settle masalah. Adeh!! Tapi mungkin dia sogan agaknya. Maklumla, perempuan.
Kes lain, si isteri berskandal dengan kawan baik suaminya. Suami dia syak yang anak kedua dia bukan anak dia. Si isteri tak mengaku. Tapi, isteri cakap yang kawan suami dia tu lebih baik, menghargai. Kalau suami dia nak lepaskan pun dia redha.
TALAK: PERKARA HALAL YANG PALING DIBENCI ALLAH
Olahan: Marzulina Omar, JAKIM
Majalah Sinar Rohani, November 2003
Pembentukan keluarga yang berjaya ialah yang mampu mengikat
perasaan suami isteri dengan ikatan yang saling mengerti antara satu sama lain.
Ikatan yang melahirkan suasana bahagia dengan hiasan cahaya mata yang
menjadikan kehidupan rumah tangga aman sejahtera dan bahagia.
Kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada kedamaian. Tanpa
kedamaian, kehidupan berumah tangga tiada ertinya. Malah ia akan menjadi
suatu gelanggang permusuhan dan pergaduhan di antara suami dan isteri. Bila
perkara ini berlaku sudah tentu sebuah rumah tangga tersebut terdedah kepada
kehancuran. Maka bagi mewujudkan kedamaian rumah tangga, tanggungjawab
adalah kunci yang paling utama di mana tanggungjawab tersebut bukan sahaja
terbatas sekadar menyediakan tempat tinggal dan memenuhi segala tuntutan
fizikal seperti pakaian, makan minum, kenderaan dan sebagainya. Malah
tanggungjawab yang lebih khusus dan lebih utama ialah memberi kasih sayang,
menjaga hati dan perasaan pasangan. Oleh itu Islam mengadakan undang-
undang yang lengkap bermula daripada seseorang itu merancang hendak
berkahwin hinggalah ke peringkat perceraian sekiranya hubungan suami isteri itu
tidak dapat diperbaiki lagi.
Perkahwinan dan Perceraian
Perkahwinan :
Perkahwinan merupakan satu komitmen yang serius di antara lelaki dan
perempuan untuk hidup bersama sepanjang hayat. Tujuan berumah tangga
ialah untuk “mencari ketenangan dan kedamaian di dalam hidup” : (ar-Rum
ayat 21
1) Memandangkan perkahwinan dan pembentukan keluarga ini sangat penting
maka perkahwinan tidak boleh dianggap sebagai suatu perkara yang mudah dan
ringan kerana kewajipan yang dipertanggungjawabkan adalah sangat besar.
Oleh itu setiap pasangan yang hendak berkahwin terutama yang masih muda
hendaklah disedarkan apakah dia sudah layak untuk berumah tangga atau
mampu untuk berkahwin? Sudahkah bersedia dengan ilmu pengetahuan?
Sekurang-kurangnya sekadar yang patut diketahui oleh bakal seorang suami
atau isteri, kewajipan menjadi seorang suami contohnya, hukum hakam yang
berkaitan dengan soal suami isteri dan tatasusila hidup berkeluarga.
Kedamaian hidup berumah tangga mestilah diatur sejak di awal
perkenalan iaitu mesti diselidiki latar belakang pasangan di peringkat pemilihan
pasangan lagi. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang
dianjurkan oleh Islam, insyaAllah akan ada kerukunan dalam perkahwinan.
Selain itu pasangan yang ingin berkahwin juga hendaklah memahami dengan
sebenarnya apakah tujuan di sebalik sesuatu perkahwinan tersebut. Andainya
perkahwinan itu sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan melayan kehendak tanpa
memikirkan tujuan yang sebenarnya, maka perkahwinan tersebut akan lebih
terdedah kepada kehancuran. Justeru, bagi menjamin keharmonian, sesebuah
keluarga Islam mestilah mempunyai kekuatan iman dan taqwa, pengetahuan
dan tatacara hidup serta akhlak yang mulia.
Perceraian/ talak :
Cerai atau disebut juga sebagai talak mempunyai dua pengertian, dari segi
bahasa bermaksud melepaskan ikatan, manakala dari segi syarak ialah
melepaskan ikatan pernikahan dengan lafaz tertentu. Islam memberikan kuasa
talak kepada pihak suami manakala pihak isteri juga boleh menuntut perceraian
dalam bentuk-bentuk lain sama ada secara khuluk (tebus talak), fasakh dan
taklik melalui saluran Mahkamah Syariah. Ada tiga jenis talak yang perlu
diketahui oleh setiap pasangan suami isteri.
i) Talak Soreh iaitu talak yang jelas dan nyata. Contohnya suami telah
berkata: Aku jatuhkan kamu dengan talak satu; atau seumpamanya.
ii) Talak Kinayah, iaitu talak yang memerlukan kepada niat di mana ada
kalanya lafaz yang diucapkan itu berbeza-beza tetapi niatnya memang
hendak menceraikan isterinya. Contohnya suami berkata kepada
isterinya: Engkau tidak boleh aku gunakan lagi; atau kata-kata yang
seumpamanya.
iii) Talak Taklik iaitu talak yang bergantung kepada sesuatu perkara atau
perbuatan. Contohnya suami berkata: Jika engkau keluar dari rumah ini,
engkau aku talakkan dengan talak satu. Ia juga boleh berlaku apabila
suami berkata: Kalau aku kahwin lagi satu, engkau aku talak.
Sebagaimana cerai yang menunjukkan keterbukaan Islam dalam menyelesaikan
konflik rumah tangga begitulah juga Islam bersikap terbuka dalam
menyelamatkan sesebuah rumah tangga di mana telah disyariatkan adanya
tempoh iddah yang antaranya bertujuan untuk menilai kembali kesilapan,
menimbulkan penyesalan kerana keterlanjuran bertindak dan membolehkan
pasangan suami isteri menyambung ikatan kasih sayang mereka sebagaimana
sebelumnya melalui rujuk. Firman Allah SWT yang bermaksud: Talak (yang
boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, setelah itu bolehlah ia (rujuk dan)
dipegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya (makruf) atau
dilepaskannya (menceraikannya) dengan cara yang baik. (al-Baqarah: 229)
Faktor perceraian
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Sebenarnya ramai
pasangan suami isteri tidak mencapai tujuan perkahwinan yang sebenarnya
dalam erti kata tidak ada kebahagiaan rumah tangga. Pelbagai bentuk konflik
dihadapi dalam ikatan perkahwinan mereka di mana konflik yang dilalui ini
andainya tidak dapat diatasi pasti memaksa sesuatu pasangan terbabit mencari
jalan muktamad iaitu bercerai yang memansuhkan ikatan perkahwinan.
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Unit Perunding dan Pembangunan
Keluarga di beberapa Jabatan Agama Islam di negara ini, terdapat beberapa
faktor yang menyebabkan berlakunya perceraian seperti:
i) Salah seorang pasangan atau kedua-duanya meneruskan kebiasaan
tingkah laku dan sikap yang tidak sesuai dengan alam perkahwinan.
Bertindak bersendirian tanpa mengambil kira kesan kepada pasangan atau
perkahwinan. Membiarkan pasangan membuat tindakan secara sendirian.
ii) Penguasaan kefahaman terhadap agama berhubung dengan kehidupan
suami isteri kurang atau keluar daripada tuntutan Islam sebenar (kesan
kepada nilai dan personaliti).
iii) Pengurusan ekonomi rumah tangga tidak diuruskan mengikut konsep
kehidupan berumah tangga Islam iaitu berkongsi, bertolak ansur dan
mengutamakan yang utama.
iv) Pengurusan cara hidup keluar dari kawalan sosial dan syariat Islam seperti
minum arak, judi, menyalahgunakan dadah, berzina dan sebagainya.
v) Pengurusan hubungan dan komunikasi dengan pasangan dan keluarga
tidak lancar seperti mengutamakan diri atau keluarga sendiri lebih
daripada pasangan atau keluarga pasangan. Tidak mengambil berat
terhadap kesihatan, kebajikan pendidikan dan keperluan emosi ahli
keluarga.
vi) Menghadapi masalah peribadi yang tidak dapat dikongsi bersama
pasangan, mempunyai personaliti mendekat menjauh atau menjauh
menjauh seperti pemarah (emosional), cemburu buta, mendera dan
mementingkan perasaan sendiri.
vii) Salah seorang pasangan menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit
yang menghalang berlaku hubungan jenis dalam jangka masa yang terlalu
lama, mempunyai nafsu seks yang terlalu tinggi atau lemah.
viii) Gagal mengimbangi tumpuan perhatian serta masa kepada pasangan dan
rumah tangga, lebih mementingkan kerjaya atau lain-lain kegiatan luar
rumah. Tidak dapat memahami budaya kerja pasangan.
ix) Pasangan tidak dapat mengawal pengaruh luaran daripada pergaulan
(kawan-kawan), persekitaran dan keluarga dalam membentuk atau
mencorak kehidupan suami isteri.
Bentuk-bentuk konflik
Terdapat tiga bentuk konflik yang biasa dihadapi oleh pasangan iaitu:
i) Nusyuz – dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan. Dapat
dikesan melalui komunikasi pasangan seperti muka kelihatan masam,
wajah selamba atau tidak mahu bertentangan masa. Bercakap dengan
kasar atau tidak mahu bertegur sapa, pura-pura tidak mendengar atau
berkomunikasi melalui perantaraan. Tidak menghiraukan pasangan,
mengelak istimta’ dan bersetubuh. Tidak berlaku adil dalam poligami
sedangkan pasangan yang seorang lagi adalah orang yang berakhlak baik
dalam pergaulan dengan pasangannya. Bersikap atau tingkahlaku yang
membawa nusyuz kepada pasangannya.
ii) Syiqaq – Perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap
saling cerca-mencerca serta pukul memukul.
iii) Dharar – Penganiayaan suami kepada isteri sedangkan isteri adalah
wanita yang baik akhlaknya
Cara menangani konflik rumah tangga:
i) Mengelak keadaan yang boleh menimbulkan konflik sebagai langkah
mencegah berlakunya konflik.
ii) Mengadakan proses menyelesaikan masalah mengikut punca, bentuk dan
tahap konflik yang dihadapi oleh pasangan.
Menghindari konflik:
Walaupun perceraian adalah suatu perbuatan yang diharuskan oleh syarak,
namun menghindarinya punca berlakunya perceraian (konflik) adalah langkah
yang paling bijak antaranya ialah:
i) Mengesan perubahan di peringkat awal dengan memerhatikan air muka,
gerak geri dan percakapan.
ii) Elakkan dari bersangka buruk terhadap pasangan.
iii) Apabila menyedari terdapat isu-isu atau masalah yang berpotensi untuk
mengeruhkan hubungan suami isteri segera tanganinya tanpa menyimpan
sehingga menjadi banyak masalah dan melewat-lewatkan tindakan
sehingga keadaan menjadi bertambah parah.
iv) Apabila menyedari kelemahan atau kesilapan pasangan, bantu pasangan
untuk membuat perubahan atau baiki kesilapan. Berikan motivasi.
v) Apabila berhadapan dengan sesuatu isu atau masalah, pasangan perlu
menyatakan pendapat secara terbuka, tidak mengkritik pasangan atau
menyerang pasangan. Buatlah perbincangan dengan sikap tolak ansur.
vi) Dalam pergaulan, pasangan hendaklah menyelaraskan kehendaknya yang
inginkan rumah tangga bahagia dan harmoni serta bertimbang rasa dan
bersikap terbuka, sedia menerima pandangan pasangan terhadap dirinya.
Tidak cepat melenting dan sentiasa meminta maaf bila menyedari
kesalahan sendiri. Tunjukkan kasih mesra yang ikhlas dengan mencari
kekuatan dalam hubungan suami isteri.
vii) Tidak mendapatkan nasihat atau panduan daripada mereka yang tidak
mempunyai kepakaran atau tidak menyukai diri suami atau isteri.
viii) Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri.
Prosedur Perceraian
Adalah disyorkan bahawa sebaik-baiknya perceraian itu hanya menjadi pilihan
terakhir jika semua cara penyelesaian lain menemui jalan buntu. Manakala
perceraian itu pula hendaklah dilakukan dengan makruf di mana perceraian itu
tidak sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan martabat isteri. Islam telah
menetapkan peraturan perceraian dengan begitu halus dan teliti agar tidak ada
mana-mana pihak yang teraniaya di mana setiap negeri di Malaysia
menggunakan enakmen atau akta undang-undang keluarga Islam masing-
masing. Contohnya dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor
47;
(1) Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah
menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah
dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan satu akuan mengandungi
butir-butir mengenai perkahwinan itu dan nama, umur dan jantina anak-
anak, jika ada, hasil daripada perkahwinan itu;
i) Butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidangkuasa
kepada Mahkamah di bawah Seksyen 45;
ii) Butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal
ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu, termasuk tempat
prosiding itu;
iii) Suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;
iv) Suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan jika ada, apakah
langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
v) Syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat
kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada,
peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari
perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang
diperolehi melalui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, jika
tiada sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan
pemohon mengenai hal-hal itu; dan
vi) Butir-butir mengenai perintah yang diminta.
(2) Selepas menerima sesuatu permohonan untuk perceraian, Mahkamah
hendaklah membuat satu saman untuk diserahkan kepada pihak yang
satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah
mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk
membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu
bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.
(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan
Mahkamah berpuashati selepas penyiasatan yang wajar bahawa
perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tidak dapat dipulihkan maka
Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq
di hadapan Mahkamah.
(4) Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu, dan hendaklah
menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang
berkenaan dan kepada Ketua Pendaftara untuk didaftarkan.
(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau
jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah
bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah
dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa
pendamai terdiri daripada seorang pegawai Agama sebagai pengerusi dan
dua orang lain, seorang untuk seorang lagi bagi isteri, dan merujuknya
kepada jawatankuasa itu.
(6) Pada melantik dua orang itu di bawah seksyen kecil (5), Mahkamah
hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib
pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(7) Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai
dan ia hendaklah menjalankannya.
(8) Jika jawatankuasa itu tidak bersetuju atau jika Mahkamah tidak
berpuashati tentang cara ia menjalankan perdamaian, Mahkamah boleh
memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain
menggantikannya.
(9) Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam
tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih
lama tidak sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
(10) Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak terbabit hadir dan
hendaklah memberi tiap-tiap seorang dari mereka peluang untuk didengar
dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkan patut dan boleh, jika ia
fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.
(11) Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan
tidak dapat memujuk pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai
suami isteri, jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan
tentang hal yang sedemikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan
itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan
penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal
lain berhubung dengan perkahwinan itu.
(12) Tiada seseorang peguambela dan peguamcara boleh hadir atau
bertindakan bagi mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan
sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak prosiding di
hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh
diwakili oleh sesiapa jua, selain daripada seorang ahli keluarganya yang
karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.
(13) Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian
telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai
suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian
itu.
(14) Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan
bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk
pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri,
Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu
melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, dan jika Mahkamah tidak
dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk
melafazkan satu talaq, atau jika suami itu enggan melafazkan satu talaq,
maka Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk
tindakan menurut seksyen 48. (15) Kehendak seksyen-kecil (5) tentang
rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak dipakai dalam
sesuatu kes di mana pemohon mengatakan bahawa ia telah ditinggal
langsung oleh pihak yang satu lagi dan tidak tahu di mana pihak yang
satu lagi itu berada;
i) Di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia
Barat dan ianya tidak mungkin masuk ke dalam bidangkuasa
Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas
tarikh permohonan itu;
ii) Di mana pihak yang satu lagi itu sedang di penjara selama tempoh
tiga tahun atau lebih;
iii) Di mana pihak pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi
itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh; dan
iv) Di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang
luarbiasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa
pendamai tidak praktik.
(15) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen kecil.
(16) Sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang
dibuat oleh Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh
‘iddah.
(17) Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah
itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa sehingga
berakhir kehamilan itu.
Oleh itu jika prosedur perkahwinan mesti didaftarkan maka perceraian
juga mestilah melalui saluran mahkamah serta didaftarkan. Kegagalan berbuat
demikian membolehkan pasangan dikenakan penalti oleh mahkamah. Semua ini
bertujuan untuk memelihara pasangan agar tidak mempermudahkan talaq selain
memudahkan isteri menuntut hak-hak selepas perceraian atau membuat isteri
apabila ingin berkahwin lain apabila tamatnya tempoh iddah.
Hukum perceraian melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
Perceraian merupakan kata-kata yang senang dilafazkan oleh sesiapa jua pun.
Janji manis di alam percintaan sehingga membawa ke alam rumah tangga
kenikmatannya dirasai sekejap sahaja. Telah banyak kedengaran pada hari ini
pada suami mempermainkan perkataan talaq atau cerai kepada isterinya
disebabkan kejahilannya dalam pengetahuan tersebut (tidak memahami hukum
agama). Manakala di pihak isteri pula tidak kurang juga yang lantang menuntut
cerai daripada suami tanpa memikirkan akibat yang akan menimpa dirinya atau
anak-anaknya. Sedangkan menuntut cerai kepada suami tanpa ada sebab yang
harus di sisi syarak adalah haram sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW
yang bersabda: “Wanita manapun yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa
ada sebab yang syari’i maka haram baginya bau syurga” (Abu Daud dan Ibnu
Majah). Malah baginda menegaskan lagi dalam hadisnya yang lain yang
maksudnya: “Perbuatan halal yang sangat-sangat dimurkai Allah ialah talak
(perceraian).” Manakala Allah SWT pula ada berfirman yang maksudnya: “Dan
bergaullah dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian
jika kamu (merasai) benci (disebabkan tingkah lakunya) janganlah pula kamu
terburu-buru menceraikannya, kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak
untuk kamu.” (an-Nisa’: 19)
Sesungguhnya persoalan-persoalan baru mengenai perkembangan moden
yang ada kaitannya dengan hukum munakahat Islam memerlukan ijtihad
semasa. Samalah jua dengan senario cerai melalui SMS baru-baru ini yang
menimbulkan polemik yang pelbagai di kalangan masyarakat. Isu ini menjadi
lebih hangat apabila pihak media turut memberi tumpuan terutama apabila
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang mengesahkan dan mensabitkan
perceraian pasangan suami isteri Shamsuddin Latif dan Azida Fazlina Abdul Latif
yang dikirimkan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Ekoran daripada itu
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
kali ke 55 yang bersidang pada 27 Julai 2003 telah membuat penelitian
mendalam dan memberi pandangan mengenai hukum perceraian melalui SMS
sebagaimana berikut:
i) Talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan
kepada isterinya secara khusus seperti melalui faksimili, SMS, e-mail dan
sebagainya merupakan talak berbentuk kinayah dan adalah sah sekiranya
disertai dengan niat.
ii) Semua perceraian perlu dikemukakan ke Mahkamah Syariah untuk
mensabitkan talak tersebut.
iii) Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden
adalah perceraian yang tidak menepati adab perceraian yang digariskan
oleh syarak.
Kesimpulan
Sesungguhnya dalam menjalani kehidupan berumah tangga sesiapapun tidak
dapat lari daripada kemungkinan menghadapi ujian atau konflik. Tetapi
pasangan yang sering kali menghadapi konflik dalam rumah tangga
menunjukkan bahawa kemungkinan mereka tidak pernah memikirkan secara
serius berhubung dengan perkembangan dan kehidupan normatif yang berlaku
dalam rumah tangga mereka sedangkan penilaian dalam kehidupan berumah
tangga perlu selalu dilakukan. Persoalan-persoalan seperti: “Adakah pasangan
saya berpuas hati dengan keadaan perjalanan rumah tangga saya sekarang ini?”
harus sentiasa dipersoalkan. Kehambaran dalam perkahwinan akan mula dirasai
apabila pertelingkahan sering timbul akibat daripada tidak seriusnya individu
untuk berbincang rasa tidak puas hati di antara satu sama lain.
Hakikatnya kecekapan suami dan kebijaksanaan isteri amat diperlukan di
mana dalam setiap perkahwinan perlu mempunyai matlamat di mana seorang suami atau isteri wajib menambah dan mendalami ilmu mengenai kekeluargaan
di samping berusaha menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh
amanah demi memelihara keteguhan rumah tangganya di mana bagi seorang
suami yang menjadi ketua keluarga hendaklah lebih berhati-hati dalam
menggauli isteri mereka kerana wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki
yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikap isteri yang tidak elok, maka sikap
itu akan kekal selama-lamanya. Lantaran itu dalam memberi nasihat kepada
isteri, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok
akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok
itu akan mudah patah. Dengan lain perkataan jika lemah seorang pemimpin itu
maka lemahlah struktur kepimpinannya. Rasulullah pernah bersabda yang
maksudnya: “Awas! Kamu semua adalah pemimpin, bertanggungjawab
terhadap rakyatnya. Ketua negara adalah pemimpin, bertanggungjawab
terhadap rakyatnya. Lelaki adalah pemimpin keluarganya, isteri adalah
pemimpin di dalam rumah suaminya, bertanggungjawab terhadap suami dan
anaknya. Dan hamba adalah pengurus harta tuannya, bertanggungjawab
terhadap rakyat di bawah pimpinannya masing-masing.”
Kempen yang dijalankan oleh kerajaan dalam mengukuhkan lagi institusi
kekeluargaan ‘Utamakan Keluarga: Semakin Hari Semakin Sayang’ seharusnya
disambut di mana kedua belah pihak mestilah sensitif dalam mengekalkan
kerukunan rumah tangga, lebih banyak bersabar dalam menelan pahit maung
kehidupan, membesarkan anak-anak dan dalam menghadapi kerenah pasangan
yang tidak menyenangkan. Mereka mestilah pandai mengambil hati antara satu
sama lain supaya tidak wujud ketegangan yang memungkinkan perceraian
kerana perceraian merupakan satu padah yang amat malang bagi sesebuah
rumah tangga. Akibat daripada perceraian bukan sahaja melibatkan pasangan
suami isteri, tetapi melibatkan anak-anak dan hubungan antara keluarga.
Subscribe to:
Posts (Atom)